Finnovasia KL 2017 MDEC

Persidangan Fintech Finnovasia KL 2017 – Semasa berkecimpung dalam sektor korporat dahulu, saya sering menghadiri persidangan berkaitan kewangan dan juga teknologi bagi pihak syarikat di Malaysia dan beberapa lokasi luar negara. Kini segalanya semakin berbeza dengan kemunculan arus teknologi digital yang mempengaruhi trending kewangan dan sosioekonomi global.

Malaysia juga tidak terkecuali dengan perubahan ini. Pada 20 Mac 2017, saya telah menghadiri Persidangan Fintech Finnovasia KL 2017 anjuran Finnovasia dengan rakan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di Pullman City Centre Hotel and Residences, Kuala Lumpur. Ia mempertemukan lebih 30 peneraju teknologi kewangan global dan tempatan ‘Fintech experts’, termasuk pentadbir perbankan dan kewangan.

 
Finnovasia KL 2017, Fintech,
 
 

Finnovasia KL 2017: The Future Of Fintech In Asia

 

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, teknologi kewangan (Fintech – Financial Technology) menjadi perhatian utama dalam pembangunan industri kewangan negara. Berdasarkan fakta Bank Negara Malaysia, 10 hingga 40 peratus daripada keseluruhan pendapatan sektor perbankan berkemungkinan besar bakal menghadapi risiko menjelang 2025 disebabkan inovasi Fintech.

 
Pengisian bertajuk The Future Of Fintech In Asia membincangkan pandangan fakta, trend dan cabaran teknologi kewangan masa kini serta jangkaan yang bakal berlaku di masa hadapan di Malaysia, Asia dan seluruh dunia. Malaysia sebagai sebuah negara yang menuju ke arah status negara maju perlu sentiasa bersedia mendepani cabaran inovasi Fintech ini.
 
 
Persidangan turut mengundang 3 Speaker utama iaitu Dato’ Yasmin Mahmood, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC; Aznan Abdul Aziz, Pengarah Pembangunan Sektor Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Chin Wei Min, Pengarah Eksekutif, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
 
 
Menurut kenyataan Dato’ Yasmin, MDEC merupakan organisasi yang diberi mandat untuk membangunkan ekonomi digital di Malaysia. Pada 2015, ekonomi digital telah menyumbang sebanyak 17.8% GDP dan mampu mencapai 18.2% GDP yang disasarkan menjelang 2020.
 
 
Kini dengan berkembangnya budaya ‘digitalisation’ meneraju pelbagai keperluan industri, inovasi Fintech mampu membuka peluang untuk lebih berdaya saing di persada antarabangsa. Malaysia sebagai ‘global key player’ dalam Kewangan Islam, dilihat berpotensi sebagai platform mempelopori inovasi Fintech tempatan ke pasaran global.
 
 
Finnovasia KL 2017, Fintech, MDEC,
 
Persediaan MDEC Terhadap Inovasi Fintech Malaysia
 
MDEC bersedia mendepani cabaran kemajuan teknologi kewangan global dan inovasi Fintech di Malaysia. Pemerkasaan inovasi Fintech ini juga menjadi antara faktor penting MDEC dalam usaha membangunkan Data Centre memacu ekonomi digital negara sebagai peneraju di Asia Pasifik.

Persediaan, kerjasama dan kolaborasi dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia, institusi kewangan, sektor dan industri berkaitan diperingkat tempatan serta antarabangsa sentiasa menjadi keutamaan MDEC agar matlamat dapat direalisasikan dengan jayanya.

 
Persidangan informatif ini juga bakal menjadi input rujukan dalam elemen pengisian intervensi pembangunan insan dalam segmen transformasi digital kepada penuntut institusi sebagai persediaan mendepani inovasi Fintech. Berkesempatan juga bergambar bersama Dato’ Yasmin Mahmood di Finnovasia KL 2017.
 
Fintech, Dato' Yasmin Mahmood, MDEC, Finnovasia, MDEC,
 
Finnovasia KL 2017 merupakan platform ilmu dalam memperkasa pengetahuan dalam pembangunan sosioekonomi masyarakat. Input yang dikongsi menjadi pencetus dalam melahirkan warga digital peneraju industri dan pemimpin masa hadapan yang berwawasan dan berdaya maju.
 

Inovasi teknologi kewangan di Malaysia bakal menyaksikan perubahan yang melibatkan pembukaan akaun, transaksi pembayaran perbankan secara online tempatan dan global yang lebih selamat dan kompetitif. Malaysia perlu senantiasa bersedia mendepani inovasi Fintech sebagai antara peneraju ekonomi digital Asia dan persada global.

 
Info lanjut Finnovasia KL 2017 ini boleh dirujuk di www.mdec.my.
 
 

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini.

7 Thoughts to “Persidangan Fintech Finnovasia KL 2017”

  1. moga teknologi kewangan membawa menafaat besar kpd negara tercinta

  2. el

    singgah sini…
    nice info ostad

  3. Info yang sangat berguna.
    Sektor kewangan perlu maju sesuai dengan arus teknologi

  4. ya…agak risau juga dengan perkembangan keaadaan ekonomi di negara ini..

  5. thn 2017 ni ekonomi mmg mencabar mengulangi krisis yg pernah berlaku 2007, 1997

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.