Qwork Platform Peluang Pekerjaan Dan Sumber Tenaga Berkemahiran

Qwork, Qwork Employer Business Networking, Peluang pekerjaan, Sumber tenaga Qworkers, SMEs, Korporat,

Adakah anda sedang mencari peluang pekerjaan sesuai dengan kelulusan, pengalaman dan kemahiran, atau majikan yang memerlukan pekerja mahir yang menepati hasrat perniagaan? Kini, anda boleh mendaftar secara percuma dengan Qwork, platform mencari pekerjaan online (recruitment platform) sebagai solusi jangka panjang hasrat kerjaya anda.

Qwork Employer Business Networking,

Qwork Employer Business Networking


Pada 22 March 2017, saya telah menghadiri sesi Qwork Employer Business Networking di Cinematheque, CMPC Finas, Platinum Sentral. Antara yang hadir termasuk pemilik dan pengusaha PKS (SMEs), wakil korporat dan yang berdaftar dengan Qwork (Qworkers) untuk pekerjaan.

Sesi turut memperkenalkan Qwork sebagai ‘online recruitment platform’ yang mempertemukan majikan dengan Qworkers melalui business networking, sebagai solusi majikan / pekerja. Peluang bekerja berdasarkan tugasan dan 'projek basis' secara flexi-mode bermula part-time agar majikan dapat mengenalpasti skill yang bersesuaian sebelum bertukar full-time.

Sejak mula beroperasi pada Jun 2016, Qwork telah memperolehi maklumat data yang menggalakkan untuk mengisi permintaan pasaran pekerjaan di Malaysia. Ia memudahkan majikan dan juga Qworkers dalam menjimatkan masa dan kos kedua-dua pihak.

Qwork Employer Business Networking,

Platform Qwork Dengan Profil Live Update


Kelebihan Qwork ini antaranya menyediakan Qwork Vidzume, iaitu video resume profesional yang merupakan sebahagian inisiatif projek antara Qwork dengan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia memudahkan majikan sebagai sebahagian proses temuduga dan membuka peluang kepada Qworkers berketerampilan untuk mendapatkan pekerjaan.

Selain itu, setiap pendaftaran Qworkers akan bermula dengan status ‘newbie’ yang dari masa ke semasa prestasi kerja akan direbiu dan meningkat ke peringkat ‘renown’ dan ‘ace’, begitu juga rate gaji dalam pasaran. Qwork adalah peluang terbaik bagi ‘freelancer’ menawarkan kemahiran kepada majikan pelbagai sektor untuk kerja-kerja berdasarkan tugasan tertentu dan ‘project basis’.

Qwork Memperkasa Kerjaya Dan Industri


Qwork menyediakan peluang kepada Qworkers generasi muda (millenials) dalam menggalakkan mereka memulakan pengalaman bekerja sebagai portfolio semasa masih belajar. Begitu juga membantu Generasi Y memperkukuhkan skill melalui pelbagai program ‘empowerment’ yang dianjurkan. Inilah peluang terbaik membina portfolio untuk kerjaya masa hadapan yang mantap.

Antara projek Qwork yang bakal diadakan tidak lama lagi ialah Qube, pusat pembangunan remaja yang direka bertujuan memperkasa kemahiran dan bimbingan kerjaya sosio-remaja di Gombak. Qwork juga akan menyediakan resume mereka melalui program ‘Get-Skilled-Get-Employed’ kepada mana-mana organisasi berkaitan.

Qwork Employer Business Networking, Blogger Malaysia,

Bagi saya, Qwork merupakan platform yang terbaik memperkasa kerjaya dalam era digital kini. Kepada rakan pembaca, sama ada anda seorang majikan atau sedang mencari peluang pekerjaan, Qwork adalah solusi buat anda. Bukan itu sahaja, kepada ibu bapa, pembaca yang mempunyai anak-anak meningkat remaja, inilah peluang buat masa hadapan mereka.

Anda boleh mendaftar sebagai majikan atau Qworkers melalui laman web Qwork secara percuma. Pelbagai maklumat terkini berkaitan aktiviti dan info lanjut juga boleh diikuti melalui jaringan media sosial Qwork. Jom… jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Website: www.qwork.my

Facebook: Qwork Malaysia
Instagram: @qwork.my
Twitter: @QworkMY

COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Qwork Platform Peluang Pekerjaan Dan Sumber Tenaga Berkemahiran
Qwork Platform Peluang Pekerjaan Dan Sumber Tenaga Berkemahiran
Qwork, Qwork Employer Business Networking, Peluang pekerjaan, Sumber tenaga Qworkers, SMEs, Korporat,
https://1.bp.blogspot.com/-kc5YhcF5NXY/WNScDW9GjgI/AAAAAAAAO90/X6S4efzha28ltMIQ9ivNNrA-nuU-BEJyACLcB/s640/Qwork.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-kc5YhcF5NXY/WNScDW9GjgI/AAAAAAAAO90/X6S4efzha28ltMIQ9ivNNrA-nuU-BEJyACLcB/s72-c/Qwork.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/03/qwork-platform-peluang-pekerjaan-dan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/03/qwork-platform-peluang-pekerjaan-dan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy