Rawatan Buang Lemak Cryo-Lipolysis Dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro

Rawatan buang lemak Cryo-Lipolysis dengan Zimmer Z Lipo dan Z Wave Pro, Ageless Medispa Bangsar,

Jangan disangka saya yang kurus tiada lemak. Bila usia mencecah 40an, kesihatan memang perlu dijaga bukan sahaja fizikal luaran malah juga dalaman. Bila bercerita tentang lebihan lemak 'spare tyre' di pinggang dengan rakan blogger Bro Framestone, beliau mencadangkan agar saya pergi mendapatkan rawatan buang lemak Cryo-Lipolysis dengan Zimmer Z Lippo dan Z WavePro di sebuah klinik pakar kesihatan Ageless Medispa & Clinics di Bangsar, Kuala Lumpur.

Zimmer Z Lipo, Z Wave Pro, Ageless Medispa & Clinics,

Rawatan Cryo-Lipolysis Dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro


Ini merupakan pengalaman pertama menjalani rawatan buang lemak Cryo-Lipolysis dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro. Sejujurnya ada sedikit gementar dan risau sebab tak pernah menjalani rawatan seperti ini. Namun, penjelasan Dr Alice, pengasas klinik, perunding dan doktor pakar kecantikan, surgery dan pembuangan lemak di sini buat saya yakin untuk meneruskan rawatan.

Terlebih dahulu, saya diberi penerangan terperinci tentang kaedah dan fasa terapi Cryo-Lipolysis dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro yang bakal dijalani. Ia melibatkan proses penyejukan lemak dan pemecahan tanpa rasa sakit, malah selamat tanpa kesan sampingan. Tambahan lagi, ia langsung tidak melibatkan pembedahan. Thumbs up buat Dr Alice yang profesional dan mesra.

Dr Alice, Khir Khalid, Ageless Medispa & Clinics, Bangsar,

Rawatan Zimmer Z Lipo

Selepas penerangan, saya diperiksa bahagian lemak yang perlu dibuang. Terdapat pilihan sama ada membuang lemak di sekitar bahagian lengan, pinggang atau betis. Maka, sudah tentu pilihan saya di bahagian pinggang yang banyak lemak ‘sparetyre’ ini. Saya diperiksa dan turut ditanda bahagian mana yang bakal dirawat dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro.

Langkah pertama Cryo-Lipolysis menggunakan teknologi terkini Zimmer Z Lipo dengan kaedah pelekapan vakum dan penyejukkan lemak di tempat yang disasarkan. Rawatan sekitar 1 jam dengan fasa, masa dan kadar penyejukan yang telah ditetapkan. Penyejukan fasa pertama serendah -5 celsius (3 minit), fasa ke-2 (52 minit) -10 celsius dan fasa ke-3 (5 minit) dengan suhu -5 celsius.


Masa nak mula rawatan Zimmer Z Lipo ni memang terasa sejuk di perut dan pinggang bila dilekapkan sejenis pelapik berjel dan kemudiannya dengan aplikator yang menyedut (vakum) bahagian lemak untuk dirawat. Rasa melekap je pinggang divacum, tapi selepas itu semuanya ok... hanya tunggu rawatan berjalan sambil berfacebook dan berselfie. Tengoklah gambar di atas sekali, saya selfie waktu rawatan... tenang dan amat merehatkan.

Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo and Z Wave Pro, Ageless Medispa,
Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo and Z Wave Pro, Ageless Medispa,

Rawatan Zimmer Z WavePro

Terdapat sedikit tanda kemerahan seperti berbekam angin dibahagian dirawat setelah aplikator Zimmer Z Lipo ditanggalkan. Proses pula diteruskan dengan rawatan Zimmer Z WavePro, iaitu rawatan ‘hand massage’ menggunakan teknologi shockwave yang mampu memecahkan lemak lebih pantas. Tempoh urutan mengambil masa 10 minit sebelum semuanya selesai. 

Aplikator Z WavePro ini mempunyai 'shockwave', iaitu getaran yang mampu memecahkan sel-sel lemak yang telah dibekukan. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembuangan lemak dengan lebih berkesan. Setiap lemak yang telah dipecahkan akan larut beransur-ansur dan dibuang melalui sistem penghadaman pembuangan manusia secara semulajadi. 

Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo and Z Wave Pro,
Cryo-Lipolysis by Zimmer Z Lipo and Z Wave Pro,

Kombinasi Cryo-Lipolysis Dengan Zimmer Z Lipo Dan Z WavePro


Saya turut difahamkan berdasarkan laporan kajian Arbutus Laser Center, Vancouver mendapati; rawatan Cryo-Lipolysis kombinasi Zimmer Z Lipo dan Z WavePro pada setiap minggu untuk tempoh 4 minggu berturut-turut mampu memberi kesan keanjalan kulit dan pengurangan lemak 2 kali lebih pantas dengan 44% lebih berkesan dari rawatan biasa.

Ia juga merangsang pembentukan kolagen yang menjadikan kulit lebih anjal, menghilangkan selulit dan 'stretch mark'. Paling penting, rawatan ini selamat, tidak melibatkan pembedahan, tidak sakit dan tidak mendatangkan kesan sampingan. Maka, lepas ni boleh saya fokus dengan senaman untuk bina bentuk perut 6 pack tanpa lemak lagi. 

Cyro-Lipolysis by Zimmer Z Lipo and Z Wave Pro, Ageless Medispa,

Justeru, bagi anda yang mahukan rawatan buang lemak Cryo-Lipolysis Dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro untuk bentuk tubuh badan yang lebih sihat dan menarik, boleh hubungi Ageless Medispa & Clinics atau layari info lanjut di http://zimmer-aesthetics.com.my/.

Ageless Medispa & Clinics Sdn. Bhd.
257, Jalan Maarof, Bangsar,
59000, Kuala Lumpur.
Tel: +603 2095 0458 / +603 2282 0994
Fax: +603 2096 1458
Email: aliceageless@gmail.com

Zimmer - The 2nd Generation of Cryo-Lipolysis ini akan diperkenalkan secara rasmi di Malaiysia pada 9 Mac 2017.

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Rawatan Buang Lemak Cryo-Lipolysis Dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro
Rawatan Buang Lemak Cryo-Lipolysis Dengan Zimmer Z Lipo dan Z WavePro
Rawatan buang lemak Cryo-Lipolysis dengan Zimmer Z Lipo dan Z Wave Pro, Ageless Medispa Bangsar,
https://2.bp.blogspot.com/-35IQVCNw2vM/WLqICXm4PrI/AAAAAAAAOsI/BQxCyrILIe4l9ZExl0WZcZMF0aulPq5FwCLcB/s640/Zimmer%2BZ%2BLipo.jpeg
https://2.bp.blogspot.com/-35IQVCNw2vM/WLqICXm4PrI/AAAAAAAAOsI/BQxCyrILIe4l9ZExl0WZcZMF0aulPq5FwCLcB/s72-c/Zimmer%2BZ%2BLipo.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/03/rawatan-buang-lemak-cyro-lipolysis.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/03/rawatan-buang-lemak-cyro-lipolysis.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy