6 Produk Hilangkan Parut Terbaik Di Dunia

Ramai orang pasti berasa kurang selesa bila ada parut. Ia adakala boleh memberi kesan psikologi negatif terhadap keyakinan diri terutama bila berhadapan perkara-perkara yang melibatkan urusan rasmi. Paling terasa kalau parut di muka atau bahagian badan yang memang tak boleh nak cover.

Saya juga tidak terkecuali bila bercakap tentang parut. Masa remaja banyak jerawat dan meninggalkan kesan parut sehingga kini. Bila semakin sibuk dengan aktiviti yang melibatkan pertemuan dengan pelbagai orang, saya mula mencari informasi produk yang boleh hilangkan parut dan senaraikan 6 jenis produk hilangkan parut terbaik di dunia berdasarkan penerangan dan testimoni.

6 Jenis Produk Hilangkan Parut Terbaik Di Dunia,

Produk Hilangkan Parut Dengan Pantas Dan Berkesan Di Dunia


1. Azanis Scar Serum

Berdasarkan senarai produk paling terbaik adalah Azanis Scar Serum. Ia adalah international scar serum yang amat popular di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand dan merupakan produk rawatan parut terlaris di Malaysia menurut Utusan Malaysia dan TV3. Terdapat dalam saiz 15ml, banyak testimoni mengatakan Azanis Scar Serum memberi kesan yang lebih pantas dan cepat berbanding yang lain.

Bila saya survey lebih lanjut kenapa ia berkesan adalah disebabkan kepekatan tinggi antioksida dan tindakan anti-radang dalam Vitamin E Natural (12,000 IU dalam pek 15ml) dan Cocoa Butter. Tambahan lagi ia mudah didapati di farmasi-farmasi dan secara online. Cuma ada juga peringatan agar berhati-hati dengan produk tiruan Azanis Scar Serum. 


2. Bio Oil

Bio Oil mengingatkan saya sewaktu di kolej dahulu kerana ketika itu ia sering diiklankan di kaca tv. Cuma masa tu saya tak ambil kisah sangat. Kini bila mencari informasi tentang produk yang boleh hilangkan kesan parut, Bio Oil antara salah satu yang masih ada dipasaran. Terdapat 2 saiz juga iaitu, 60ml dan 125ml yang boleh digunakan untuk kulit sensitif di bahagian muka dan badan. 

Ia juga antara produk yang berkesan untuk masalah parut dan regangan kulit (stretch mark), merawat warna kulit tidak sekata, penuaan kulit dan kulit kering. Ada juga yang menggunakannya sebagai penanggal make-up disamping merawat kulit muka. Namun ia dikatakan mengandungi minyak PurCellin yang berasal dari itik. Mungkin ada yang kurang selesa dengan produk yang mengandungi bahan daripada haiwan.  

6 Jenis Produk Hilangkan Parut Terbaik Di Dunia,

3. Mederma

Mederma merupakan antara produk hilangkan parut yang merawat parut lama dan baru, kesan melecur, regangan kulit termasuklah parut yang disebabkan jerawat. Mederma mempunyai kandungan vitamin E dan aloe vera yang bertindak membantu kulit kembali tegang dan dan melicinkan kulit. Ia didatangkan dengan 2 saiz iaitu 20gm dan 50gm,

Terdapat juga beberapa testimoni yang mengatakan keberkesanan produk ini namun ia mengambil masa yang lama. Ada juga yang menggunakannya hingga 2 tahun dengan sabar tetapi masih ada kesan bekas parut. Selain itu, ada juga testimoni mengatakan mereka berasa gatal-gatal bila menggunakannya terutama bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif.

6 Jenis Produk Hilangkan Parut Terbaik Di Dunia,

4. Dermatix

Dermatix merawat secara klinikal menghilangkan serta memudarkan parut pada kulit. Selain itu ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan kegatalan pada kawasan berparut baru yang disebabkan luka yang baru sembuh sama ada di muka dan badan. Ia juga amat berguna sebagai 'sunblock' yang melindungi kulit dari sinaran UV matahari. 

Dipasarkan dengan 2 saiz dan lebih kecil dari kesemua senarai yang ada iaitu dalam tiub 7g dan 16g. Terdapat beberapa testimoni menyatakan keberkesanan menggunakan Dermatix ini, cuma harganya agak mahal berbanding yang lain. Ia juga disarankan agar digunakan dengan mendapatkan khidmat nasihat dari doktor atau pun pakar kulit sebaiknya terlebih dahulu. 

6 Jenis Produk Hilangkan Parut Terbaik Di Dunia,

5. White Lotus

Informasi produk White Lotus agak sukar ditemui dalam carian untuk informasi bahasa Malaysia. Terdapat juga informasi yang kurang jelas buat saya sewaktu membaca dan survey. Namun saya difahamkan ia diperbuat daripada 100% bahan minyak green tea organik yang membantu menghilangkan parut dengan memperbaiki sistem kitaran darah.

Saya juga tidak menemui testimoni yang benar-benar menceritakan tentang produk ini. Apa yang diketahui ia merupakan produk pemulihan parut yang dikategori menggunakan bahan organik herba cina dan didatangkan dengan saiz 25ml setiap satu.


6. Palmer’s

Produk Palmer’s ini merupakan rawatan terapi kulit yang hampir menyamai Azanis Scar Serum. Ia boleh menghilangkan parut, regangan kulit, tonasi kulit tak sekata, kulit kering dan juga kesan penuaan. Terdapat juga testimoni dan review yang mengesahkan keberkesanan produk ini. Ia tidak berminyak dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada kulit muka atau pun badan.

Didatangkan dalam saiz 60ml juga dan selain itu terdapat juga beberapa jenis produk dalam bentuk krim, losyen dan juga balm. Ia juga membantu untuk melembutkan kulit dan berkesan.

6 Jenis Produk Hilangkan Parut Terbaik Di Dunia,

Justeru, mana satu pilihan anda? Jika ditanya, pendapat saya lebih memilih Azanis Scar Serum. Pertamanya kerana, berdasarkan testimoni yang banyak mengakui keberkesanan produk dalam menghilangkan parut dengan pantas dan cepat. Keduanya, ia merupakan produk pilihan ramai yang sangat popular jika dibandingkan antara senarai 6 jenis produk hilangkan parut yang terbaik di dunia ini. Nak beli pun mudah dan pastikan yang original.

6 comments:

  1. Banyk produk untuk hilangkn parut tu boleh pilih mana satu

    ReplyDelete
  2. Sekarang sangat banyak produk untuk merawat kesan parut..cumanya kita perlu bijak memilih dan bergantung juga pada keserasian produk dan kulit..

    ReplyDelete
  3. Ramai kata Azanis memang bagus, harga pun berpatutan, nanti bolehlah cuba Azanis pulak

    ReplyDelete
  4. dlm byk2 produk ni cuma bio oil je yg sy pernah cuba... sy suka bau dia wangi...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.