Wonderland Parade Sempena Meraikan Alice In Wonderland, The Musical Show

Wonderland Parade di Resorts World Genting sempena meraikan Alice in Wonderland, The Musical Show,

Sempena musim cuti sekolah, Resorts World Genting menyajikan kemeriahan yang lebih istimewa dengan Perarakan ‘Wonderland Parade’ berserta pelbagai tarikan yang pasti mengujakan setiap pengunjung. Ia diadakan bagi meraikan dan memeriahkan lagi persembahan muzikal Alice in Wonderland, The Musical Show yang bermula pada 17 hingga 26 Mac, dengan 16 karakter yang diinspirasikan daripada karya fantasi muzikal ini.

Wonderland Parade, Resorts World Genting, Khir Khalid,

Kemeriahan Resorts World Genting Sempena Cuti Sekolah


Pada Ahad, 19 Mac 2017, saya telah berkunjung ke Resorts World Genting bersama puan mem dan menyaksikan sendiri kemeriahan sempena cuti sekolah. Berpeluang juga meraikan Wonderland Parade bersama kanak-kanak sekolah yang comel-comel di Food Factory hinggalah menyaksikan persembahan Alice in Wonderland di Genting International Showroom.

Fokus utama Wonderland Parade adalah untuk menambahkan lagi ceriaan kepada setiap pengunjung kanak-kanak serta seisi keluarga sempena musim cuti sekolah ini. Antara 16 karakter yang diinspirasikan daripada fantasi muzikal adalah Rama-rama Gergasi, Bunga Gergasi, Badut, Burung-burung, Lebah, Ulat Beluncas dan Labah-labah yang nakal.

Perarakan diadakan setiap hari melibatkan beberapa lokasi, iaitu Tulgey Wood di First World Rainforest pada jam 12 tengah hari dan 9 malam, Garden Courtyard (SkyAvenue) pada jam 2 petang dan 6 petang dan Genting Grand pada 4 petang. Terdapat juga perarakan ke Genting International Showroom pada jam 7 petang setiap hari.

Wonderland Parade, Resorts World Genting,
Wonderland Parade, Resorts World Genting,

Persembahan Alice in Wonderland, The Musical Show


Pernah saya kongsikan sebelum ini info > Pelancaran Alice in Wonderland. Kini saya berpeluang menyaksikan keunikan persembahan yang bukan sekadar kehebatan lakonan teater, tetapi kreativiti seni audio dan visual yang memukau hingga akhir persembahan. Walaupun dipersembahkankan dalam Mandarin, terdapat terjemahan bahasa Inggeris yang dipaparkan bersebelahan pentas.

Persembahan muzikal Alice in Wonderland versi Mandarin ini memaparkan animasi 3D yang direka dari China oleh Sino-Canadian Cooperatif Multimedia Musical. Ia telah dipersembahkan di lebih 10 negara antaranya John F. Kennedy Centre di Washington, ACT 3 International Festival di Singapura, Vancouver Symphony Orchestra di Kanada Guangzhou Opera House di China dan Sai Wan Ho Civic Centre di Hong Kong.

Alice in Wonderland, The Musical Show, Resorts World Genting,
Alice in Wonderland, The Musical Show, Resorts World Genting,
Alice in Wonderland, The Musical Show, Resorts World Genting,

Bagi saya ia memberi pengalaman baru bersama puan mem dalam persembahan teater yang pernah ditonton sebelum ini. Adunan kreativiti persembahan watak, penceritaan dan animasi 3D amat menarik perhatian untuk terus menonton. Penghargaan terima kasih kepada Resorts World Genting atas peluang menyaksikan persembahan yang menarik dan amat menghiburkan.

Alice in Wonderland, The Musical Show, Resorts World Genting,

Pakej Istimewa Alice in Wonderland Resorts World Genting


Persembahan Alice in Wonderland, The Muzikal Show diadakan bermula 17 hingga 26 Mac pada jam 8 malam setiap hari kecuali 19 dan 26 Mac (Ahad) jam 4 petang. Terdapat pakej istimewa disediakan bermula RM859.00 nett termasuk penginapan 1 malam di First World Hotel (Y5 Triple Room) dan 4 tiket Alice in Wonderland (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Pakej sah bermula 17 hingga 26 Mac 2017.

Kepada yang berhasrat menonton persembahan muzikal ini, harga tiket Alice in Wonderland, The Muzikal Show ini ialah RM268.00 (VIP), RM168.00 (PS1) dan RM98.00 (PS2).

Maklumat lanjut boleh dilayari di www.rwgenting.com.

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
image
Name

Bisnes,32,Blogging,64,Ekspresi,110,Familia,35,Foodie,34,Gadget,8,Hartanah,13,Health & Fitness,11,Hiburan,26,Informasi,98,Intervensi,27,Komuniti,36,Lifestyle,58,Motivasi,118,Movie,12,Pendidikan,38,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,42,Segmen Dan Giveaway,68,Sosial,41,Teater,5,Travelog,14,Umrah Dan Haji,3,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Wonderland Parade Sempena Meraikan Alice In Wonderland, The Musical Show
Wonderland Parade Sempena Meraikan Alice In Wonderland, The Musical Show
Wonderland Parade di Resorts World Genting sempena meraikan Alice in Wonderland, The Musical Show,
https://1.bp.blogspot.com/-fxBr6FaOScQ/WM6vJEZxbkI/AAAAAAAAO5E/_BeBFCfYL681f9Lf_KKgk5fleMvmr1BkACLcB/s640/Alice%2Bin%2BWonderland%252C%2BGenting.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-fxBr6FaOScQ/WM6vJEZxbkI/AAAAAAAAO5E/_BeBFCfYL681f9Lf_KKgk5fleMvmr1BkACLcB/s72-c/Alice%2Bin%2BWonderland%252C%2BGenting.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/03/wonderland-parade-sempena-meraikan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/03/wonderland-parade-sempena-meraikan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy