Apa Itu BMI dan Kepentingannya

Bagaimana mencapai berat badan ideal,

BMI secara mudahnya adalah indeks yang membezakan tahap keadaan badan anda sama ada kurang berat badan, berat badan ideal, berlebihan berat badan, dan juga obesiti. Pastinya setiap orang akan cuba sedaya upaya untuk berada dalam kategori berat badan ideal.

Pengiraan BMI boleh kita buat sendiri di rumah. Apa yang diperlukan hanyalah berat badan dan juga ketinggian kita. Sebab itulah BMI juga boleh dikatakan sebagai indeks yang membandingkan berat badan dengan ketinggian kita. 

Sebagai contoh, orang yang dengan ketinggian 170cm, berat badan yang ideal adalah dalam lingkungan 60kg. Tapi untuk berat yang sama, ianya tidak sesuai untuk orang yang dengan ketinggian 155cm.

Formula untuk mengira BMI pun senang je.

BMI = Berat (KG) / (Tinggi x tinggi)(m)

BMI tiada kaitan secara langsung dengan penyakit-penyakit tetapi ia adalah salah satu indikasi untuk pengurusan risiko seseorang yang boleh menghadapi penyakit. Terutamanya penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kencing manis dan lain-lain.

BMI juga penting untuk orang yang ingin memulakan diet.

Berdasarkan BMI, seseorang boleh tahu berapa banyak berat yang perlu mereka kurangkan untuk mencapai berat yang sesuai dengan ketinggian mereka.

Bagaimana nak mencapai Berat Badan Ideal?


Langkah pertama adalah anda perlu tahu, di mana tahap anda sekarang. Kira BMI anda dan rekodkan.

Kemudian mulakan diet anda. Anda boleh gunakan mana-mana jenis diet seperti diet Atkins, diet seimbang dan lain-lain.

Pantau perbezaan berat badan dan BMI anda setiap bulan untuk melihat pencapaian anda.

Pastikan anda lakukan senaman secara konsisten sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Satu perkara yang anda perlu ingat..

Mempunyai berat badan ideal bukan bererti secara 100% peratus anda sihat. Ini kerana BMI tidak dapat membuat pengiraan tentang tahap ketinggian tahap kolesterol dalam darah dan perkara-perkara lain yang tidak mempunyai hubungan terus dengan ketinggian dan berat badan.

Jadi, jangan terlalu selesa dengan berat badan yang ideal kerana pemakanan yang seimbang, senaman dan pemeriksaan kesihatan yang menyeluruh diperlukan untuk menentukan tahap sebenar kesihatan anda.

Untuk lebih tips-tips kuruskan badan dan menu diet boleh tengok di facebook page Kurus Oh Kurus dan kurusdancantik.com

6 comments:

  1. Ambil tahu BMI ini boleh menjadi guidelines untuk kita lebih prihatin terhadap tubuh sendiri...ada sesetengah pekerjaan juga yang sangat mementingkan BMI yang ideal..

    ReplyDelete
  2. Kira peringatan ni...
    Dah lama tak kita bmi..hihi

    ReplyDelete
  3. BMI tak kira sangat dah sekarang ni, sbb kita guna kira lemak dah. sekadar guideline oklah

    ReplyDelete
  4. start bln dpn nak move on lah nak start workout..gila lama x workout bmi pun terlajak dah ni huwaaa

    ReplyDelete
  5. dulu rajin check BMI ni tp sekarang dah malas hahahahaha workout ikut mood boleh gituuuu ;-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.