Berbuka Puasa Dengan Signature Buffet Ramadan Bangi Golf Resort

Sempena Ramadan yang bakal tiba, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) sekali lagi akan menyajikan buffet berbuka puasa istimewa tahun ini dengan menu-menu popular bermula 29 Mei hingga 23 Jun 2017. Terdapat sehingga 200 jenis juadah bercirikan citarasa masakan popular ala Melayu, Barat dan juga Timur bakal disajikan buat para tetamu berbuka puasa.

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort


Pada 15 April 2017, saya telah menghadiri majlis preview berbuka puasa Bangi Golf Resort yang memperkenalkan menu-menu istimewa sempena berbuka puasa Ramadan ini. Terkenal dengan variasi sajian buffet berkualiti dan harga berpatutan, restoran BGR diiktiraf Halal oleh Jakim dan antara kelab golf yang mendapat pengiktirafan akreditasi sejak 2009.

Pengunjung bakal menyaksikan demonstrasi masakan dan sajian popular seperti Kambing Bakar dan Sup Kambing Mamak yang dihidangkan sendiri oleh chef berpengalaman. Terdapat juga Kueh Teow Goreng, Mee Mamak, Sate Ayam dan Daging yang dihidang segar setiap hari.

Bagi juadah selera Melayu, BGR memperkenalkan menu Nasi Lemak Istimewa sebagai tarikan utama tahun ini. Ia dihidangkan bersama Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masak Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,
Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,
Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,
Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,

Menu Ala Barat pula mengetengahkan sentuhan ‘Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma’. Pengunjung juga boleh menikmati Lasagna Ayam, Golden Sand Spagetti Carbonara dan menu terbaru tahun ini iaitu Peri-Peri Chicken Drumlets. Terdapat juga hidangan Oriental, Nasi Ayam Hainanese istimewa dengan sos cili halia dan bawang putih.

Selain itu, ada pelbagai pilihan pencuci mulut seperti ‘Spanish Churros’ dan variasi kuih muih tradisional Melayu, puding, agar-agar, buah-buahan tropika, termasuk Serawa Durian, Assorted Swiss Rolls (Red Velvet, Orange Jaffa & Mocha Chocolate), Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame, Mocha Cake, Tropical Nectar, Caramel Surprise dan Banana-na.

Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,
Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,
Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,
Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,
Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,

Bukan itu sahaja, malah terdapat promosi ‘Durian Runtuh’ dimana pengunjung boleh membeli durian yang dibawa khas dari ladang di Raub, Pahang, selain buah-buahan tempatan bersama Gelato (aiskrim) berperisa Musang King dan P.G.A (Passion Fruit, Guava, Asam Boi) oleh Sweet Scoopz. Ia boleh dibeli dan dibawa pulang dengan harga diskaun eksklusif buat pengunjung restoran BGR.

Sweet Scoopz Malaysia, Buffet Ramadan Bangi Golf Resort,

Buffet Istimewa Ramadan Di Bangi Golf Resort


Kesemua juadah ini boleh dinikmati dengan harga berbaloi bermula RM58 (dewasa) dan RM28 (kanak-kanak). Pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan muzik ‘live’ bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam. Restoran BGR juga ada lebih 800 ruang parker serta ruang solat buat para tetamu. 

Justeru, sebarang tempahan dan pertanyaan berkaitan Buffet Ramadan Bangi Golf Resort, anda boleh hubungi talian 1-700-81-8557, atau layari laman web dan media sosial untuk info lanjut.

Bangi Golf Resort Restaurant
No. 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bang, Selangor 43650, Malaysia.

Website: www.bgrrest.com


7 comments:

  1. Alhamdulillah..bila banyak menu...banyak pilihan..itu yang tetamu cari-cari..ditambah dengan harga yang berpatutan..inilah masanya sekeluarga dapat luangkan masa berbuka bersama...meriah..masakan Melayu ada..menu baeat ada..nice..

    ReplyDelete
  2. Memang terlalu banyak pilihan sampai x reti nak pilih dah...

    ReplyDelete
  3. Menarik ni..dekat dgn rumah :)

    ReplyDelete
  4. Banyak pilihan kan sampai tak tau nak makan yang mana.. 😉

    ReplyDelete
  5. tak de yang tak menyelerakan...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.