Buffet Bazar Ramadan Di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Buffet berbuka puasa di The Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel yang bertemakan Bazar Ramadan,

The Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur bakal menyajikan buffet bertemakan Bazar Ramadan sebagai juadah istimewa berbuka puasa bulan Ramadan 2017 yang bakal menjelang tiba. Buffet bertemakan Bazar Ramadan ini menyajikan lebih 200 hidangan tempatan tradisional Melayu terpilih dari pelbagai negeri di Malaysia yang pastinya memberi pengalaman berbuka puasa paling istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan buat semua para tetamu.

Blogger Malaysia, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur, The big Apple Restaurant,

Buffet Bertemakan Ramadan Bazar The Big Apple Restaurant


Baru-baru ini saya telah menyertai food review berbuka puasa bagi merasai sendiri keistimewaan sajian dan suasana berbuka puasa bertemakan Bazar Ramadan ini. Ia diadakan di The Big Apple Restaurant, tingkat 14, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur yang dilengkapi dengan pelbagai gerai Ramadan klasik berserta juadah sajian terpilih yang mengimbau kemeriahan suasana bazar Ramadan yang terdapat di seluruh Malaysia.

Antara speciality Buffet bertemakan Bazar Ramadan, Berjaya Times Square Hotel, turut menyediakan hidangan Claypot Kari Kepala Ikan Kedah oleh Sous Chef hotel, Chef Yusoff dengan resepi istimewa nendanya. Beliau menggunakan bahan-bahan dan rempah ratus aromatik yang segar, bagi menyediakan sajian terbaik bagi memeriahkan lagi citarasa berbuka puasa nanti. Ok, wefie lagi sekali dengan Claypot Kari Kepala Ikan Kedah yang marveles!

Khir Khalid, The Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur,

Setiap gerai-gerai di persekitaran The Big Apple Restaurant ini juga menyediakan sajian istimewa yang tersendiri, antaranya Lempeng Kelapa, Briyani Kambing, Ikan Keli dan Cencaru Bakar, Pucuk Manis Ubi Keledek, Otak-Otak Muar, Murtabak Istimewa, Ayam Goreng Uncle Bakri dan pelbagai lagi hidangan yang menyelerakan. Terdapat juga pilihan ulam-ulam tempatan dan salad untuk citarasa sihat.

Selain pelbagai pilihan sajian buffet istimewa di gerai-gerai yang tersedia, tetamu juga boleh menikmati citarasa Nasi Briyani Gam resepi terbaik oleh Chef Yusoff dengan pilihan ayam dan kambing. Sememangnya terdapat pelbagai pilihan makanan dan sedap-sedap, hanya beberapa sahaja gambar yang dapat dikongsikan. Selebihnya, saya rekodkan jurnal vlog di akhir entri ini.   

Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur,
Ramadan Preview Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur,
Ramadan Preview Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur,
Ramadan Preview Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur,
Ramadan Preview Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur,

Turut memeriahkan iagi suasana berbuka puasa ialah band AngklungBalleBalle yang sekali lagi diundang atas permintaan yang popular. Suasana food preview Bazar Ramadan ini pun sudah cukup meriah dan secara tidak langsung membangkitkan suasana buka puasa yang sebenar. Terasa seperti sudah dalam bulan Ramadan, berbuka puasa bersama puan mem dan rakan-rakan.

Ramadan Preview Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur,
Ramadan Preview Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur,
Ramadan Preview Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur,
Khir Khalid, Ramadan Preview Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur

Pakej Buffet Bazar Ramadan Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur


Buffet bertemakan Bazar Ramadan ini akan bermula pada 29 Mei hingga 22 Jun 2017, (6 petang – 10:30 malam). Harga buffet adalah seperti berikut;

1. Minggu pertama dan ke-4 - RM128.00nett (dewasa) dan RM58.00nett (kanak-kanak).

2. Minggu kedua dan ke-3 - RM138.00nett (dewasa) dan RM68.00nett (kanak-kanak). 

Terdapat juga voucher early bird dengan harga RM100.00 (dewasa) dan RM50.00nett (kanak-kanak).

Selain itu, anda juga boleh menikmati buffet Ramadan istimewa, RM118.00nett dengan tempahan minimum 10 meja. Setiap tempahan 10 meja akan menerima 1 meja percuma. 

Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur, Blogger Malaysia,

Terdapat juga Ramadan Meeting Package berharga RM148.00nett seorang untuk sehari dan RM158.00nett seorang, separuh hari. Residential Package Ramadan bermula RM428.00nett semalam. Pakej merangkumi buffet sarapan, 1 hari mesyuarat dengan 2 coffee breaks, 1 buffet makan tengah hari dan malam bersama bilik mesyuarat dan kemudahan yang disediakan.

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur di talian +603 2117 8000 atau layari info lanjut di www.berjayahotel.com/kualalumpur.

Jom tonton jurnal vlog meninjau menu-menu pilihan dan suasana Ramadan Preview 2017 di 
The Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.


COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Buffet Bazar Ramadan Di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur
Buffet Bazar Ramadan Di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur
Buffet berbuka puasa di The Big Apple Restaurant, Berjaya Times Square Hotel yang bertemakan Bazar Ramadan,
https://4.bp.blogspot.com/-HaBA1JI4QWM/WOB8cc1tg3I/AAAAAAAAPFo/yWLrH0SR5K49Td9M3kMkEC_OzFH2eQivQCLcB/s640/Berjaya%2BBloggers.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-HaBA1JI4QWM/WOB8cc1tg3I/AAAAAAAAPFo/yWLrH0SR5K49Td9M3kMkEC_OzFH2eQivQCLcB/s72-c/Berjaya%2BBloggers.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/04/buffet-buka-puasa-bertemakan-bazar.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/04/buffet-buka-puasa-bertemakan-bazar.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy