Fiesta Islamic 2017 Menyumbang Pembangunan Masjid Dan Masyarakat

Fiesta Islamic 2017, Pelancaran derma dan wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor.

Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Fiesta Islamic 2017 yang berlangsung di tapak pembinaan Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor. Merupakan fiesta yang memuatkan pelbagai pengisian berkonsep riadah sambil beramal bersempena Pelancaran Derma dan Wakaf Masjid Jorak Elahi dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor dan kerajaan Negeri Johor.

Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,

Kemeriahan Fiesta Islamic 2017


Fiesta Islamic 2017 telah berlangsung pada 6 hingga 9 April 2017 dengan pengisian yang meriah seperti ekspo jualan usahawan tempatan, pertandingan, persembahan fesyen, ceramah dan konsert berteraskan Islamik. Terdapat juga aktiviti sukan lasak seperti memanah oleh Panah Warisan dan Sunnah (Tok Jani), permotoran ATV (JX Sport & Fishing), Flying Fox (Selat Official) dan Mini Petting Zoo.

Ketibaan kami pada tengah hari, 8 April menyaksikan kemeriahan fiesta dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan persembahan fesyen busana pengantin. Kelab Bermotor Batu Pahat turut diundang berkongsi aspirasi dikuti pengisian slot program Kumpulan Geng Masjid yang menganjurkan pertandingan azan untuk kanak-kanak.

Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,
Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,
Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,

Tanpa disangka, Fiesta Islamic 2017 ini juga telah mempertemukan saya dengan rakan persekolahan yang bertahun-tahun tidak berjumpa. Beliau merupakan antara tenaga penting di sebalik tirai pihak Kementerian Penerangan Johor yang menjayakan program dan acara sepanjang Fiesta Islamic 2017 ini. Alhamdulillah... dipertemukan di program yang murni dengan izin Illahi.

Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor, Syahir,

Saya juga berpeluang merasai pengalaman sukan lasak di tapak fiesta yang diberi nama Sunnah Recreation Park. Inilah pengalaman pertama saya bergayut ‘Flying Fox’ walaupun sebelum ini pernah menolak disebabkan gayat. Kali ini, saya berjaya melawan perasaan 'phobia' gayat. Meluncur laju sambil rekod video untuk vlog... yess!!

Selain itu, turut berpeluang merasai 'feel' memanah dan mempelajari serba sedikit teknik memanah yang betul. Sempat juga menunggang ATV pada keesokan hari sebelum majlis Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi berlangsung. ATV merupakan sukan lasak yang mencabar tetapi amat menyeronokkan. Bila mula dapat tempo mengawal tunggangan, rasa sukar nak berhenti sehingga tangan lenguh memacu ATV meredah trek. 

Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,
Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,
Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,

Pada malam 8 April juga telah diadakan program Ekspresi Seni Islamik yang memuatkan ceramah ringkas pengisian agama dan dimeriahkan lagi dengan persembahan personaliti popular Heliza Helmi, Atu Zero, Syuk SYJ, serta kumpulan Devotees yang turut sama membantu meraih sumbangan derma dan wakaf untuk pembangunan Masjid Jorak Elahi.

Saya juga menemubual penduduk dan bersolat di masjid sedia ada yang berstruktur spara batu dan kayu dan dimamah usia. Kini ia tidak mampu menampung pertambahan penduduk dengan ruang solat dan letak kereta yang terhad. Malahan juga mengganggu lokasi komersil dan jalan raya yang menyebabkan kesesakan semasa solat Jumaat, terawih dan perayaan termasuk sewaktu majlis dan program agama diadakan. 

Pembangunan pesat sekeliling memaksa perubahan baharu kepada Masjid Jorak Elahi agar terus berperanan penting untuk pembangunan sosio-masyarakat masa kini. Ia merupakan usaha yang memerlukan penglibatan dan sokongan padu dari semua pihak.

Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,

Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi


Pelbagai lagi acara menarik seperti Gathering Perdana Kelab Kereta Motor Batu Pahat, slot program Sekolah Pendidikan Khas Batu Pahat termasuk sesi lelongan amal pada hari berikutnya. Pelancaran Derma dan Wakaf Pembangunan Masjid Jorak Elahi berlangsung pada 9 April sekitar 4.30 petang dan dirasmikan oleh Dato Puad Zarkashi.

Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir, akan dibangunkan di tanah wakaf Majlis Agama Islam Johor, bersebelahan Taman Tema Air Batu Pahat. Projek pembangunan masjid melibatkan kos RM14 juta dengan keluasan tanah 2.3 hektar. Ia bakal menjadi platform pemerkasaan komuniti dengan kemudahan riadah, perpustakaan, kelas pengajian termasuk pembangunan sosio-budaya dan ekonomi. Jumlah sumbangan terkumpul sewaktu pelancaran adalah sebanyak RM2 juta.

Pelancaran Derma Dan Wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,

Infak Pembangunan Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir


Melalui penulisan blog ini, saya menyeru pembaca yang dihormati agar dapat turut sama membantu menghulurkan sumbangan. Terdapat 3 jenis sumbangan iaitu; Wakaf (miliki saham wakaf dengan nilai minima RM300/Lot – 1kps), Derma (wang tunai seikhlas hati) dan Kupon Derma (kupon derma RM10, RM50 dan RM100 disalurkan kepada AJK yang dilantik).

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun;

Persatuan Pembinaan Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir Batu Pahat Johor (PERMAS)

CIMB Bank - 8008 3977 49
Bank Islam - 0103 2010 0560 99


Derma dan Wakaf Masjid Jorak Elahi Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor,

Semoga Allah swt yang membalas setiap usaha dengan keberkatan dunia dan akhirat… aamiin.

Sekalung tahniah kepada penganjur Fiesta Islamic 2017 atas pengisian ilmu dan acara yang bermanfaat. Terima kasih juga buat Halim Brothers dan komuniti HaiBlogger! atas peluang program yang memberi nilai tambah kepada pembangunan masyarakat ini.

COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Fiesta Islamic 2017 Menyumbang Pembangunan Masjid Dan Masyarakat
Fiesta Islamic 2017 Menyumbang Pembangunan Masjid Dan Masyarakat
Fiesta Islamic 2017, Pelancaran derma dan wakaf Masjid Jorak Elahi, Bukit Pasir, Batu Pahat, Johor.
https://1.bp.blogspot.com/-NWs_7wNxkwM/WO5ihfzC12I/AAAAAAAAPO8/DQMSjBtZUnUfyd-gAEyWDP3ymF3yU_xMgCLcB/s640/Fiesta%2BIslamic%2B2017.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-NWs_7wNxkwM/WO5ihfzC12I/AAAAAAAAPO8/DQMSjBtZUnUfyd-gAEyWDP3ymF3yU_xMgCLcB/s72-c/Fiesta%2BIslamic%2B2017.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/04/fiesta-islamic-2017-menyumbang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/04/fiesta-islamic-2017-menyumbang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy