Ghost-Danur: I Can See Them Menghantui Penonton Di Malaysia

Ghost Danur, I can see them, filem seram Indonesia di pawagam Malaysia pada 4 May 2017,

Baru-baru ini saya telah menghadiri majlis pra-tonton filem seram dari Indonesia bertajuk ‘Ghost-Danur: I Can See Them’ yang bakal ditayangkan secara rasmi bermula 4 May 2017. Merupakan sebuah filem seram adaptasi novel terbitan Antenna Entertainment yang diinspirasi berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku kepada penulis novel, Risa Saraswati satu ketika dahulu.  

Ghost-Danur: I Can See Them, antenna entertainment,

Sinopsis Ghost-Danur: I Can See Them


Filem seram Indonesia, Ghost-Danur: I Can See Them mengisarkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Risa (Prilly Latuconsina) yang sering keseorangan di rumah neneknya. Risa meminta agar beroleh teman daripada ibunya Elly sewaktu menyambut hari lahir agar tidak keseorangan disebabkan kesibukan ibunya berkerja di bandar.

Namun setelah beberapa lama, Elly mula menyedari anaknya seolah-olah mempunyai teman bermain. Secara nyata, Elly melihat anaknya bermain sendirian tetapi seolah-olah bersama teman-teman. Elly mendapati Risa sering tertawa, bercakap dan bermain sendirian. Justeru Elly mencari jalan dengan bantuan bomoh dan dapat memisahkan Risa dengan 3 makhluk halus sebagai teman sepermainannya.

Sejak itu, Risa tidak lagi bertemu dengan teman-teman makhluk haus itu dan berpindah dari rumah neneknya. Namun setelah beberapa tahun berlalu dan meningkat dewasa, Risa terpaksa kembali disebabkan perlu menjaga neneknya yang semakin uzur bersama-sama adiknya bernama Riri. Ketika itu, Riri pula mendapat tarikan makhluk halus dan gangguan-gangguan ngeri mula berlaku.

Keadaan semakin parah apabila Riri tiba-tiba hilang dibawa masuk ke alam lain oleh roh jahat yang ada di rumah itu. Mahu atau tidak, Risa terpaksa berhadapan dengan roh jahat dalam situasi mencemaskan untuk menyelamatkan adiknya Riri agar dapat kembali ke alam manusia.

Ghost-Danur: I Can See Them, antenna entertainment,

Filem Seram Ghost-Danur: I Can See Them


Filem ciptaan Dian S. Faizal dan arahan Awi Suryadi ini menampilkan barisan pelakon berbakat yang diterajui oleh Prilly Latuconsina memegang watak Risa ketika dewasa. Turut didukungi Sandrinna Michelle Skornicki (Riri), Shareefa Daanish (Asih), Asha Kenyeri Bermudez (Risa Kanak-kanak), Indra Brotolaras (Andri), Kinaryosih (Elly), Ingrid Widjanarko (nenek).

Pemegang watak 3 makhluk halus sebagai teman sepermainan dilakonkan oleh Wesley Andrew (William), Kevin Bzezovski Taroreh (Jhansen), Gamaritz (Peter) bersama-sama Aisha Khorunnisa Lestari (kanak-kanak kecil) dan Fuad Idris (Mr. Ujang). Penerampilan istimewa Aline Adita (Psychologist) dan Jose Rizal Manua (Mr. Asep) turut diketengahkan dalam filem seram ini.

Khir Khalid, Ghost-Danur: I Can See Them,

Saya juga berbesar hati bila berpeluang bergambar bersama penulis novel yang hadir ke majlis pra-tonton yang diadakan di Malaysia ini. Beliau turut menyatakan bahawa kisah yang diceritakan dalam filem ini 80% daripadannya sememangnya terkait dengan kisah sebenar yang berlaku kepada dirinya. 

Cuma watak lakonan dan suasana tempat berlakunya kejadian itu berbeza daripada yang sebenar. Apa pun, terpulang kepada penerimaan penonton sama ada mempercayai atau tidak. Menurut beliau lagi, jika tidak mempercayainya, anggaplah sahaja filem ini sebagai fiksyen yang menghiburkan.

Justeru, dapatkah Risa menyelamatkan Riri dan mengakhiri segala kekusutan yang melanda disebabkan roh jahat yang menghantui mereka? Semuanya bakal terjawab dalam filem seram Ghost-Danur: I Can See Them yang bakal ditayangkan bermula 4 May 2017 di pawagam seluruh Malaysia.

Ghost-Danur: I Can See Them,

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ghost-Danur: I Can See Them Menghantui Penonton Di Malaysia
Ghost-Danur: I Can See Them Menghantui Penonton Di Malaysia
Ghost Danur, I can see them, filem seram Indonesia di pawagam Malaysia pada 4 May 2017,
https://4.bp.blogspot.com/-QDFcuodt6ck/WQDplOIis2I/AAAAAAAAPc4/XaUQdh-LqzE3UzobwMl2-m-vW4hwidkvwCLcB/s640/Ghost-Danur%2Bpreview.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-QDFcuodt6ck/WQDplOIis2I/AAAAAAAAPc4/XaUQdh-LqzE3UzobwMl2-m-vW4hwidkvwCLcB/s72-c/Ghost-Danur%2Bpreview.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/04/ghost-danur-i-can-see-them-menghantui.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/04/ghost-danur-i-can-see-them-menghantui.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy