Inovasi Pembelajaran Untuk Abad Ke-21 Yang Dinamik Oleh Dr Paul LeBlanc

Inovasi sentiasa menjadi perhatian utama pelbagai pihak dalam era informasi teknologi kini. Perubahan teknologi bukan sekadar meliputi pembangunan teknikal tetapi juga persediaan modal insan dalam mendepani cabaran kemajuan dunia. Itulah antara yang disampaikan oleh Dr. Paul LeBlanc dalam sesi perkongsian bertajuk ‘Innovation in Education for a Dynamic 21st century’ anjuran INTI International Universiti & Colleges di Kampus Blok Selatan, Subang Jaya, Selangor.

Southern New Hampshire University, INTI International University & Colleges,

Inovasi Pembelajaran Abad ke-21 Oleh Dr Paul LeBlanc


Pagi 4 April 2017, saya telah menghadiri sesi perkongsian oleh Dr. Paul LeBlanc yang merupakan Presiden di Southern New Hampshire University (SNHU), Amerika Syarikat. SNHU telah disenaraikan di tangga ke-12 oleh Fast Company Magazines sebagai ‘World’s Fifty Most Innovative Companies’ pada 2012. Kini ia merupakan antara university paling berinovasi dan progresif di dunia.

Dr Paul LeBlanc turut mengetengahkan fakta kaji selidik berkaitan inovasi teknologi, perubahan trend pekerjaan, sumber tenaga dan industri. Antara yang membuka minda ini adalah fakta berkaitan impak inovasi teknologi kepada industri dan akademik. Turut membentangkan tentang 1950 Indianapolis 500, Napster dan Apple sebagai rujukan inovasi industri.

Tahun 2006 menyaksikan perubahan mendadak sebanyak 350 syarikat gergasi berasaskan kertas dan percetakan gulung tikar di Amerika Syarikat disebabkan persaingan industri. Malah sektor berkaitan IT, info-digital dan komputer juga ada diantaranya gagal mendepani inovasi drastik globalisasi kini, juga menyaksikan perubahan ketara jurnalisme yang beralih kepada Amazon dalam skala yang besar.

SNHU, INTI, Dr Paul LeBlanc, Innovation in Education for a Dynamic 21st century,

Justeru, pengisian pembelajaran senantiasa perlu 'up-to-date' menepati piawaian dan standard yang diperlukan industri merangkumi pengetahuan teknologi, informasi dan kepimpinan modal insan (personal skills). Kerjasama erat antara institusi dan rakan industri memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan pendedahan dan persediaan praktikal kepada graduan kini dalam menjamin pembangunan kerjaya masa hadapan.

Kini SNHU merupakan ‘non-profit provider’ dalam pengajian tinggi online kedua terbesar di Amerika Syarikat. SNHU juga merupakan rakan kolaborasi INTI dalam menyediakan 4+0 American Degree Program yang telah menerima akreditasi daripada Association of Collegiate Business Schools and Programs (ACBSP). Ia juga ‘American Degree Program’ yang diluluskan di Malaysia sejak 2004.

Dr Paul LeBlanc, Innovation in Education for a Dynamic 21st century, INTI,

Sesi yang berakhir sekitar tengah hari ini memberi input baharu yang bermanfaat untuk diketengahkan sebagai pengisian modal insan yang strategik dalam elemen pembangunan sosial dan pendidikan. Info lanjut berkaitan 4+0 American Degree Program juga boleh dilayari di www.newinti.edu.my.

4 comments:

  1. Pendidikan sekarang berasaskan teknologi baru boleh maju ke depan.

    ReplyDelete
  2. wahh..bagus tu. semakin maju la lepas ni

    ReplyDelete
  3. Terbaik pendidikan skrg ni..maju dan bertambah maju..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.