Membongkar Teknik Mempertemukan Jodoh Bersama Lunch Actually

Pasti ada dikalangan ahli keluarga atau rakan-rakan anda yang masih ‘single’ dan sedang mencari jodoh teman hidup. Atau anda melihat ada calon yang sangat sesuai dipadukkan dengan ahli keluarga atau rakan dan mencari jalan bagaimana hendak membantu mempertemukan jodoh mereka berdua. Begitulah aspirasi Lunch Actually, sebuah syarikat ‘lunch date’ terbesar di Asia membongkar teknik mempertemukan jodoh dan ‘modern date’ melalui sesi ‘Matchmaking Masterclass’ yang diadakan.

Ms Violet Lim, Lunch Actually Matchmaking Masterclass,

Lunch Actually, Platform ‘Lunch Dating’ Nombor 1 Dan Terbesar Asia


Pada 30 Mac 2017, saya telah menghadiri Matchmaking Masterclass by Lunch Actually di Talent Lounge, Damansara Perdana. Matchmaking Masterclass ini diadakan bertujuan memberi kefahaman yang betul tentang teknik dan cara mempertemukan jodoh serta ‘modern date’ agar dapat membantu sesiapa yang kita sayangi agar bertemu jodoh.

Sesi disampaikan oleh Ms Violet Lim, Ketua Pegawai Eksekutif dan juga co-founder Kumpulan Lunch Actually. Beliau merupakan 'certified matchmaker' yang ditauliahkan oleh Matchmaking Institute New York. Mengasaskan Lunch Actually pada tahun 2004, kini merupakan syarikat terbesar nombor 1 di Asia yang telah membantu menguruskan lebih 90,000 temujanji dengan 85% kejayaan mempertemukan jodoh di seluruh asia.

Ms Violet Lim mengasaskan Lunch Actually Academy untuk membantu 'singles' bertemu jodoh melalui teknik 'coaching' yang profesional. Menerbitkan buku bestselling ‘Lessons from 15,000 First Dates' pada 2010, juga dianugerahkan The Most Insightful Blog di Singapore Blog Awards 2010 untuk personal blog ‘Diary of a Modern-Day Matchmaker’ (www.violetlim.com) yang menarik ribuan pembaca tentang pandangan temujanji dan perhubungan jangka panjang.

Lunch Actually Matchmaking Masterclass,
Lunch Actually Matchmaking Masterclass,

Aktiviti Interaktif Dalam Matchmaking Masterclass Lunch Actually


Menghadiri Matchmaking Masterclass ini telah membuka minda tentang membantu insan yang kita sayangi. Ia satu usaha yang murni terutamanya bagi kita yang sudah berjodoh ini mempelajarinya. Kenapa?... sebagai seorang Muslim, saya berpendapat ia satu usaha membantu ‘membina masjid’. Membantu ahli keluarga atau rakan mempertemukan jodoh mereka, mendirikan rumahtangga.

Ms Violet Lim juga turut berkongsi ‘7 Golden Rules of Matchmaking’, merupakan teknik penting dalam mengatur temujanji dan mempertemukan jodoh yang bersesuaian dengan gaya hidup dan trending masa kini. Kami juga diberi aktiviti praktikal dengan menganalisa seseorang yang kita kenali agar memudahkan hasrat membantu mempertemukan jodoh yang diinginkan dengan berkesan.

Lunch Actually Matchmaking Masterclass,

Lunch Actually - We Make Love Happend

  
Sesungguhnya dalam trend gaya hidup masa kini yang dinamik dengan cabaran kerjaya terutamanya kepada warga kota metropolitan, juga bagi mereka yang kurang berkemampuan dalam mendapatkan jodoh untuk teman hidup, inilah platform yang terbaik untuk kita membantu mereka. Perkara yang baik ini jika diusahakan dengan ilmu pasti ada manfaatnya buat diri kita juga.

Justeru, bagi anda yang berminat mengetahui lebih lanjut membongkar teknik mempertemukan jodoh bersama Lunch Actually, atau menyertai seminar dan Matchmaking Masterclass yang dianjurkan, boleh layari laman web www.lunchactually.com

10 comments:

  1. Bagi yg sedang mencari jodoh bolehlah mempelajari teknik ni...xsalah mencuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yg nak bantu temukan jodoh pun bagus mencuba kak.. Jadi matchmaker :)

      Delete
  2. Ehem..... Nak jodohkan siapa nie ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. goodluck! haha #pray4khir

      Delete
    2. Nanti kita aturkan date makan burger utk uncle zuan hehe ;)

      Delete
  3. Jodoh utk yg single kan? yg jodoh ke2,3 & 4 tu boleh join ke...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je.. asalkan jngn salah guna sudah hehee :D

      Delete
  4. Wow, Bro KK dah jadi matchmaker ye. Hebat ni!

    ReplyDelete
  5. jodoh yang pertama dah ada..

    yang kedua dalam perancangan kot..hehehe

    benda yang bagus ..tolong-tolong doakan

    ReplyDelete
  6. Bagus untuk yang memerlukan...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.