Menikmati Hidangan Tradisional Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Hi guys!... berita baik buat peminat makanan Korea. Restoran Hwa Ga Korean Traditional Authentic Cuisine di Empire Gallery, Damansara Perdana kini menyediakan hidangan masakan tradisional Korea ‘open promotion’ dengan harga promosi istimewa. Menghidangkan buffet 3 jenis menu masakan ayam dengan unlimited refill bermula serendah RM28 seorang. Jom tengok hidangan istimewa di sini.

Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,

Restoran Hwa Ga Menu Tradisional Korea 


Petang hari minggu yang lalu, saya dan puan mem bersama rakan-rakan berpeluang menikmati hidangan ‘open promotion’ masakan tradisional korea istimewa di Hwa Ga Empire Gallery, Damansara Perdana ini. Ia juga adalah restoran masakan tradisional Korea yang berasaskan daripada sumber halal dan ‘pork free’ pilihan terbaik penggemar masakan Korea.

Terdapat 3 jenis masakan ayam yang dihidangkan untuk buffet ‘open promotion’ ini, iaitu ayam panggang perisa original, ayam panggang perisa pedas dan ayam goreng, dinikmati bersama hidangan sampingan (Banchans). Paling menarik, boleh makan seberapa banyak ayam berserta Banchans yang kita mahu kerana ia boleh ditambah lagi, lagi dan lagi (unlimited refill) dalam masa 2 jam.

Makanan Korea, Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,
Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,
Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,
Makanan Korea, Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,
Makanan Korea, Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,

Selain itu, kami juga turut dihidangkan dengan beberapa sajian masakan tradisional Korea yang dinamakan Nurungji Tongdak (Nurungji Cheese dan Nurungji Teriyaki) yang merupakan menu pertama terdapat di Malaysia. Terdapat juga menu Ala Carte yang lain seperti Fried & Spicy Chicken, Spicy squid dan Steamed chicken (An dong province style) yang turut dihidang untuk dinikmati. Semuanya sedap dan sangat menyelerakan.

Ini juga kali pertama saya merasai keenakan ayam masakan tradisional Korea yang original. Ayam buffet ‘open promotion’ ini dihidangkan ‘boneless’ dan boleh dimakan terus bersama banchans. Bertambah seronok bila berpeluang mengenali pengurus dan ketua chef Restoran Hwa Ga disamping mendengar penerangan beliau tentang penyediaan makanan tradisional korea ini dan bergambar. 

Nurungji Cheese, Makanan Korea, Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,
Nurungji Teriyaki, Makanan Korea, Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,
Makanan Korea, Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,
Makanan Korea, Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,
Makanan Korea, Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,
Makanan Korea, Hwa Ga Empire Gallery Heritage Lane, Damansara Perdana,

Buffet ‘Open Promotion’ Hwa Ga Damansara Perdana


Justeru, anda kini boleh menikmati buffet istimewa ‘open promotion’ ini hanya di Restoran Hwa Ga Empire Gallery, Damansara Perdana setiap hari sehingga 31 Julai 2017. Harga buffet ‘open promotion’ ini saya sertakan seperti di bawah;

Lunch: 11 pagi hingga 3 petang.
Dewasa RM28 seorang / Kanak-kanak RM18 seorang (6 - 11 tahun) / Percuma bawah 5 tahun.

Dinner: 5 petang hingga 11 malam.
Dewasa: RM30 seorang / Kanak-kanak RM18 seorang (6 - 11 tahun) / percuma bawah 5 tahun.

Tambahan 10% caj perkhidmatan dikenakan untuk 'open promotion' buffet lunch dan dinner ini. 

Jom apa lagi... memang sedap dan sangat berbaloi untuk dinikmati bersama seisi keluarga atau rakan-rakan. Info lanjut Restoran Hwa Ga Damansara Perdana ini saya sertakan dibawah;

Hwa Ga Damansara Perdana 
Lot F05 Empire Gallery Heritage Lane,
No. 2, Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana, 47820,
Petaling Jaya, Selangor.
Tel: +603 7732 6151
Waktu Perniagaan: 11 pagi - 11 malam.


6 comments:

  1. Wah sedapnya makanan Korea hargapun berbaloi di sini

    ReplyDelete
  2. Pergghhh...meleleh air liur baca entry ni... Adeh! Hahaha

    ReplyDelete
  3. banyaknya hidangan tu..nampak sedap..tak pernah lagi try makanan korea

    ReplyDelete
  4. sedapnya ostad
    kami penah mkn kat seoul garden je
    tp tulah situ bukan nya korean sgt pun campuq2

    ReplyDelete
  5. semuanya tampak menyelerakannnnn

    ReplyDelete

Powered by Blogger.