Pemerkasaan Projek InfraRakyat Berimpak Tinggi Transformasi ECER

Projek InfraRakyat dan Pembangunan Modal Insan Transformasi ECER berjaya tingkatkan taraf hidup rakyat, ECERDC,

Baru-baru ini sekali lagi saya diberi kepercayaan berkongsi informasi pemerkasaan projek-projek berimpak tinggi dan berteraskan rakyat (InfraRakyat) Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Ia merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan merancakkan transformasi sosio-ekonomi dan meningkatkan taraf hidup melalui program pembangunan modal insan bersifat inklusif dan holistik dibawah perlaksanaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Najib Razak, ECERDC, Loji Rawatan Air Ganchong,

Projek InfraRakyat Dan Pembangunan Modal Insan ECERDC


Pada 22 April 2017, saya telah menyertai media trip lawatan kerja YAB Perdana Menteri Malaysia ke Loji Rawatan Air Ganchong (LRA Ganchong) di Pekan, Pahang. Merupakan acara penyerahan rasmi LRA Ganchong oleh ECERDC kepada Kerajaan Negeri Pahang yang disaksikan Dato' Sri Najib Tun Razak, disamping meninjau kemajuan sosio-ekonomi dan beramah mesra bersama masyarakat di Pekan.

Melalui lawatan kerja ini, Dato’ Sri Najib Tun Razak turut menyerahkan sijil penyertaan program kepada 79 peserta projek Agropolitan Pekan Batu 8, Lepar sebagai tanda pengiktirafan terhadap usaha dan kerja keras mereka sepanjang 6 tahun penyertaan dalam inisiatif membasmi kemiskinan. Peserta terpilih daripada golongan B40 diberi penempatan semula dan pekerjaan dalam industri tanaman kelapa sawit dan ternakan biri-biri.

Najib Razak, ECERDC, Loji Rawatan Air Ganchong,

Seramai 15 pelajar program Latihan Akademik empower ECER turut menerima pengiktirafan daripada Perdana Menteri atas kejayaan mereka dalam peperiksaan PT3 dan SPM. Seramai 10 peserta dewasa bagi program Latihan Kemahiran empower ECER di Pekan juga menerima bantuan peralatan dan kelengkapan perniagaan yang disediakan oleh Program TERAJU@ECER.

Turut diadakan penyerahan surat watikah kepada 26 peserta Rancangan Tanah Kelompok (RTK) Permatang Besar (fasa pertama). Peserta terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan diberi 1.6 hektar tanah dibawah pengurusan FELCRA Berhad untuk diusahakan. Mereka turut menerima dividen 3 kali setahun sebagai pendapatan tambahan membantu meningkatkan taraf hidup.

Najib Razak, ECERDC, Loji Rawatan Air Ganchong,

Selain projek-projek infrastruktur, program pembangunan modal insan juga menjadi komitmen ECERDC. Sehingga kini, lebih 175,000 isi rumah di Pahang telah mendapat manfaat melalui penyertaan program-program pembangunan modal insan dan pembasmian kemiskinan ECERDC. Seramai 97% peserta adalah daripada kumpulan B40, termasuk kira-kira 15,000 penerima Orang Asli.

Menerusi program-program ECERDC seperti empower ECER, entrepreneur ECER dan Agropolitan Pekan, peserta-peserta telah berjaya meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup melalui bidang keusahawanan dan peluang pekerjaan. Para pelajar daripada keluarga miskin di kawasan luar bandar juga telah menunjukkan peningkatan ketara dalam keputusan akademik.

Rancangan Tanah Kelompok (RTK), Ganchong,
Latihan Akademik empower ECER, Ganchong,

Lawatan Kerja Perdana Menteri Ke Loji Rawatan Air Ganchong


Loji Rawatan Air Ganchong ini merupakan salah satu projek InfraRakyat dibawah agenda Transformasi Nasional, Rancangan Malaysia ke-10 dengan peruntukan sebanyak RM255.1 juta. Ia bagi menjamin bekalan air terawat yang berterusan kepada 80,000 pengguna domestik, perniagaan dan pelabur. Loji ini mampu membekalkan 80 juta liter air terawat setiap hari untuk 10 tahun akan datang.

Pembinaan loji yang bermula Mac 2014 ini berjaya disiapkan pada Mac 2017 mengikut bajet serta jadual yang ditetapkan. Bekalan air terjamin mampu meningkatkan taraf hidup, pertumbuhan ekonomi Pahang dan keyakinan pelabur tempatan dan luar negara dikawasan perindustrian dan komersil Pekan-Peramu termasuk Taman Automotif Pekan.

Turut dalam perancangan ialah meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran air terawat melalui loji ini kepada 160 juta liter sehari bagi memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat serta perkembangan pembangunan di Tanjung Agas serta daerah Nenasi.

Transformasi ECER, Najib Razak,

ECERDC Memacu Transformasi Wilayah Ekonomi Pantai Timur


Lawatan kerja yang bermula sekitar 9 pagi ini berakhir pada jam 1 petang. Saya turut difahamkan, Wilayah ECER telah berjaya menarik sejumlah RM101.4 bilion pelaburan swasta melalui usaha ECERDC. Ia telah mewujudkan lebih 140,000 peluang pekerjaan di kawasan luar bandar dan lebih separuh jumlah pelaburan tersebut adalah di Pahang bernilai RM56.4 bilion, dengan lebih 52,000 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan.

Najib Razak, Khir Khalid, Ganchong, Transformasi ECER,

Terdapat pelbagai lagi projek InfraRakyat berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan termasuk Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 600km. ECRL bakal memudahkan logistik dan menggalakkan pembangunan baharu dikawasan bandar dan luar bandar Wilayah ECER yang merentasi pusat pertumbuhan utama Pahang termasuk Bentong, Mentakab, Maran, Gambang, Kuantan Sentral, Pelabuhan Klang dan Cherating.

Satu lagi projek InfraRakyat berimpak tinggi yang dilaksanakan ialah Pelabuhan Kuantan. Kini ia sedang diperluaskan untuk menjadi pelabuhan laut dalam yang berupaya menampung kapal-kapal besar sehingga 200,000 tan berat muatan (DWT) dan mengendalikan 52 juta tan muatan kargo pukal dan kontena. Pelabuhan Kuantan akan diperkukuh sebagai ‘Gerbang Ke Asia Pasifik’ menjelang 2018.

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pemerkasaan Projek InfraRakyat Berimpak Tinggi Transformasi ECER
Pemerkasaan Projek InfraRakyat Berimpak Tinggi Transformasi ECER
Projek InfraRakyat dan Pembangunan Modal Insan Transformasi ECER berjaya tingkatkan taraf hidup rakyat, ECERDC,
https://3.bp.blogspot.com/-SM0d9oRH6_Y/WP4qt1ax_XI/AAAAAAAAPYg/cwO4pEMPpSwg3IYMhYIQ-3lwaBP2YFEmgCLcB/s640/ecerdc%2Bganchong.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-SM0d9oRH6_Y/WP4qt1ax_XI/AAAAAAAAPYg/cwO4pEMPpSwg3IYMhYIQ-3lwaBP2YFEmgCLcB/s72-c/ecerdc%2Bganchong.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/04/pemerkasaan-projek-infrarakyat-berimpak.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/04/pemerkasaan-projek-infrarakyat-berimpak.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy