Selera Desa Sempena Ramadan Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

Setiap kali menjelang Ramadan, pasti ramai diantara kita sering teringat juadah kampung dan masakan ibu tercinta ketika berbuka puasa. Justeru, bagi memeriahkan lagi berbuka puasa di bulan Ramadan ini, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur bakal menyajikan pelbagai variasi hidangan istimewa berkonsepkan ‘Selera Desa Kembara Iftar Di Kuala Lumpur’.

Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,

Selera Desa Kembara Iftar Di Kuala Lumpur


Sajian juadah menarik Selera Desa Kembara Iftar Di Kuala Lumpur di Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ini diinspirasikan mengikut tempat-tempat yang dahulunya amat popular di Kuala Lumpur. Nostalgia makanan hebat seperti di Jalan Medan, Pasar Lama, Foch Avenue, Warung Doraisami, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat, Kampung Attap, Jalan Gurney, Warung Jalan Peel, Jalan Bellamy dan Batu Road bakal dibawah satu bumbung Ramadan ini.

Ia diilhamkan daripada gabungan hebat yang berpengalaman luas dalam kulinari dan masakan Melayu antara Cef Yohanis, Cef Mariam, Cef Syukri, Cef Alias dan pasukan yang berpengalaman. Terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, pilihan minuman dan pencuci mulut.

Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,

Antara sajian yang dihidangkan ialah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat, Lemang dan pelbagai lagi. Terdapat pemanis mulut yang segalanya daripada durian seperti Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol Lempok, Kek Durian, Cucur Durian, Talam Durian, Mousse Durian dan Puding Durian.

Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,
Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,
Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,
Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,
Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,
Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,
Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,
Saffron Brasserie, AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur,

Selera Desa Di AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur Sempena Ramadan Ini


Preview sajian Ramadan ini sememangnya membangkitkan aura berbuka puasa di bulan Ramadan. Malah dengan hidangan yang berkonsepkan nama-nama tempat popular ini benar-benar membuatkan anda merasai pengalaman sebenar Selera Desa kembara iftar di Kuala Lumpur.

Tempahan berbuka puasa boleh dibuat sekarang. Tawaran harga istimewa diberikan dengan voucher awal serendah RM58.00nett bagi tempahan sebelum 15 Mei 2017. Selepas tarikh tersebut, voucher dijual pada harga RM68.00nett (dewasa) dan RM40.00nett (kanak-kanak).

Tempahan dan info lanjut, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 03 2026 6060 sambungan 7703 atau layari laman web www.ancasahotels.com.

8 comments:

  1. SubhanaAllah..bulan Ramadhan bukan sahaja segala ganjaran amalan berganda-ganda malahan ruang rezeki juga terbuka luas..seronok bila sembang tentang apa pun yang berkaitan Ramadhan ni..

    ReplyDelete
  2. manu dia..wahhhh..
    lapar tengok

    ReplyDelete
  3. Ancasa's Ramadhan best offers always

    ReplyDelete
  4. kambing golek tuuuu yg x tahan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.