ANUARFAIZAL Pelopori Fesyen Maestro Moden Sempena Aidilfitri

Koleksi Fesyen Maestro Moden Aidilfitri, ANUARFAIZAL Art Exhibition & Fashion Show, Galeri Seni Universiti Malaya,

ANUARFAIZAL, seorang ikon perniagaan dan jenama yang tidak asing lagi dalam industri fesyen kini memperkenalkan fesyen Baju Melayu terbaharu sempena Aidilfitri istimewa buat lelaki. Fesyen sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional ini telah diperkenalkan dalam ANUARFAIZAL  |  Aidilfitri – Art Exhibition & Fashion Show di Galeri Seni University Malaya.

AnuarFaizal, Galeri Seni Universiti Malaya, Khir Khalid,

Koleksi Fesyen Maestro Moden Aidilfitri ANUARFAIZAL 


ANUARFAIZAL, pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UITM Shah Alam dan dilahirkan di Amerika Syarikat telah mendapat panggilan sebenar yang merubah haluan kerjayanya pada tahun 2014. Tanpa pengajian fesyen yang formal, beliau melibatkan diri sepenuhnya dalam industri reka bentuk fesyen untuk busana lelaki dan juga adi-busana untuk wanita.

Melalui aspirasi fesyen, ANUARFAIZAL memberanikan diri untuk mengubah dan mengolah ciri-ciri yang ada pada pakaian tradisional dengan mewujudkan sentuhan moden kepada Baju Melayu yang konvensional. Reaksi tindakbalas industri fesyen telah memacu publisiti buat jenama ANUARFAIZAL sebagai pereka kontroversi.

Namun, melalui pendekatan jenama ANUARFAIZAL dan strategi pemasaran yang ‘direct’, bermula dari saat beliau digelar ‘kontroversi’, nama beliau menjadi bualan di kalangan selebriti tempatan sehingga menjadikan beliau sebagai Couturier peribadi dan juga sebagai pereka pilihan bakal raja sehari dengan rekaan mewah, glamour dan elegan.

ANUARFAIZAL  |  Aidilfitri – Art Exhibition & Fashion Show, Galeri Seni Universiti Malaya,
ANUARFAIZAL  |  Aidilfitri – Art Exhibition & Fashion Show, Galeri Seni Universiti Malaya,
ANUARFAIZAL  |  Aidilfitri – Art Exhibition & Fashion Show, Galeri Seni Universiti Malaya,

ANUARFAIZAL Art Exhibition & Fashion Show yang dinaungi oleh Galeri Seni Universiti Malaya ini turut mempamerkan hasil kerja termasuk rekaan terbaharu sempena Aidilfitri kepada semua yang hadir. Beliau juga merupakan pereka fesyen pertama di Malaysia mengadakan pameran seni dan fesyen selama sebulan, sekali lagi menjenamakan dirinya dan bersedia menakluki industri fesyen.

Koleksi eksklusif Aidilfitri yang diketengahkanterdiri daripada Kurta dan seluar slim fit. Ia boleh dijadikan Baju Melayu apabila dipadankan dengan sampan instant ciptaan asli ANUARFAIZAL semenjak tahun 2014 dan juga Jubbah pendek pertama seumpamanya di Malaysia.

ANUARFAIZAL  |  Aidilfitri – Art Exhibition & Fashion Show, Galeri Seni Universiti Malaya,

Fabrik untuk koleksi ini adalah diimpot dan dilabel sebagai ‘AIR-FLEX’. Ia adalah AIRY, sesuai untuk cuaca panas dan lembab di negara kita. Ia juga FLEKSIBEL dimana satu saiz boleh pergi ke dua saiz lebih besar untuk mengurangkan isu saiz dan suaipadan. Ia juga MINIMAL, sesuai untuk lelaki moden.

Koleksi ANUARFAIZAL juga mengetengahkan ‘kemas dan minimum’ sebagai elemen-elemen reka bentuk utama untuk koleksi 2017 ini. Butang sorok dan siluet yang bersih disediakan oleh ANUARFAIZAL untuk lelaki yang bergaya dan sesuai sebagai pakaian hari raya lelaki masa kini.

Kesemua koleksi fesyen ANUARFAIZAL boleh didapati di laman media sosial di bawah; 


COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: ANUARFAIZAL Pelopori Fesyen Maestro Moden Sempena Aidilfitri
ANUARFAIZAL Pelopori Fesyen Maestro Moden Sempena Aidilfitri
Koleksi Fesyen Maestro Moden Aidilfitri, ANUARFAIZAL Art Exhibition & Fashion Show, Galeri Seni Universiti Malaya,
https://3.bp.blogspot.com/-D_Vc09MJQTM/WSaHgpxRuHI/AAAAAAAAP1s/ai_lJC7VdUwtZYLGIDBjkCwrvBe24fGEQCLcB/s640/AnuarFaizal.jpeg
https://3.bp.blogspot.com/-D_Vc09MJQTM/WSaHgpxRuHI/AAAAAAAAP1s/ai_lJC7VdUwtZYLGIDBjkCwrvBe24fGEQCLcB/s72-c/AnuarFaizal.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/05/anuarfaizal-pelopori-fesyen-maestro.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/05/anuarfaizal-pelopori-fesyen-maestro.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy