Aspirasi Udara Bersih Melalui Seni Mural Bersama Sunway REIT

Udara segar adalah anugerah terindah yang membantu meningkatkan kualiti hidup setiap insan. Atas keperihatinan tentang pentingnya udara bersih, Sunway REIT telah melancarkan kempen ‘Clean Air – A Smoke Free Environment Project’ di pusat membeli belah terkemuka Sunway Pyramid, sebagai inisiatif menerapkan gaya hidup sihat dalam pembangunan sosio-komuniti positif serta memperkenalkan kaedah seni mural sebagai elemen menyampaikan mesej yang unik dan berkesan.

Clean Air - Smoke Free Environment Project, Sunway REIT,

Clean Air - Smoke Free Environment Project


Pada Selasa, 9 Mei 2017, saya telah menyertai pelancaran ‘Clean Air – A Smoke Free Environment Project’. Ia merupakan pengalaman pertama dalam aspirasi pemerkasaan sosio-komuniti anjuran Sunway REIT. Turut berpeluang mengenali individu-individu yang berperanan penting menjayakan aspirasi murni ini. 

Antara usaha penting, melibatkan 3 artis seni tempatan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa iaitu Kenji Chai, Caryn Koh dan Louise Low, menyokong inisiatif dengan seni graffiti dan mural yang memberi mesej kesedaran kepada orang ramai tentang kemudaratan merokok. Setiap mereka mengetengahkan ekspresi seni tentang harapan untuk udara yang bersih dan bebas asap rokok di 3 bahagian dinding luar Sunway Pyramid.  

Kami turut meninjau hasil seni mural yang memperkenalkan ekspresi seni mural seorang doktor menjadi artis seni, Caryn Koh Seni mural bernama ‘Bloom’ ini terletak di bahagian dinding luar bersebelahan outlet Sephora. Ia memaparkan kanak-kanak sekolah tersenyum dikelilingi bunga matahari kekuningan dan bernafas ceria dalam udara segar tanpa pencemaran asap rokok.

Caryn Koh, Clean Air - Smoke Free Environment Project, Sunway REIT,
Sunway Pyramid, Dato' Jeffrey Ng, Caryn Koh, Bloom,Sunway REIT,

Mural kedua terletak di bahagian luar berdekatan Sunway Pyramid West Link Bridge adalah hasil tangan artis graffiti terkenal, Kenji Chai. Karya seni berjudul ‘Resurection’ memaparkan symbol transformasi burung merpati, bermaksud pilihan yang diberi dalam kehidupan kita semua. Kitalah yang membentuk kelestarian ekosistem atau memusnahkannya. Ia juga mewakili suara hati komuniti yang mahukan udara bersih bebas asap rokok.

Kenji Chai, Clean Air - Smoke Free Environment Project, Sunway REIT,

Seterusnya membawa kami menyelami karya Louise Low yang diberi nama ‘Rose Petals’, di bahagian belakang dinding luar An Viet di Lower Ground 2. Hasil karya interaktif ini bertujuan menarik orang ramai menghargai keindahan semulajadi melalui seni cerminan berbentuk bunga ros ‘3D ruby-red petals’ yang menyebarkan aura mewangi di persekitaran bebas dari udara tercemar.

Louise Low, Clean Air - Smoke Free Environment Project, Sunway REIT,

Bandar Sunway Sebagai 'Smoke-Free City' Pertama Di Malaysia


Sempena pelancaran kempen, Dato’ Jeffrey Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway REIT turut berkongsi hasrat menjadikan Bandar Sunway sebagai ‘smoke-free city’ pertama di Malaysia menjelang 2018. Orang ramai digalakkan menyertai Sunway REIT Smoking Cessation Programme yang ditaja sepenuhnya bermula 8 May 2017 sehingga 30 Jun 2018. 

Peserta akan menerima kaunseling percuma oleh para profesional yang disokong Sunway Medical Centre dan Johnson and Johnson. Ia dibuka kepada 250 penyertaan. Bagi minggu pertama kempen (8 Mei - 14 Mei 2017), turut diadakan khidmat nasihat ‘smoking cessation programme’ dan ‘smokerlyzer test’ di LG2 Orange Avenue, Sunway Pyramid untuk orang ramai. Sesi bermula 11.30 pagi hingga 2.30 petang (Isnin - Jumaat), dan 11.30 pagi hingga 3.30 petang (Sabtu dan Ahad).

Terdapat juga peluang bergambar di ‘photobooth’ disamping menyokong mesej positif seni mural terhadap aspirasi udara yang bersih melalui perkongsian media sosial dengan hastag #cleanairproject dan #sunwayforgood.

Sunway Foor Good, Clean Air - Smoke Free Environment Project, Sunway REIT,

Sebagai key opinion leader komuniti dan blogger yang bergiat dalam segmen pembangunan sosial, ini merupakan usaha strategik menyuntik kesedaran terhadap kepentingan udara persekitaran yang bersih dan menarik masyarakat manfaatkan gaya hidup positif. Elemen kesenian sememangnya platform terbaik menyampaikan mesej peringatan secara holistik untuk jangka masa panjang.  

Justeru, inilah peluang untuk kita bersama turut serta. Sunway REIT menjemput orang ramai untuk menyokong Clean Air - Smoke Free Environment Project dengan mesej akujanji (pledge) di microsite yang dilancarkan. Seramai 400 perserta terawal akan memperolehi 500 Sunway Pals points.

Info lanjut 'pledge' dan penyertaan boleh layari www.sunwaycleanairproject.com.

3 comments:

  1. Udara bersih segar utk pernafasan dihasilkanalam sekitar yg xtercemar...cantik lukisan mural tu

    ReplyDelete
  2. cantiknya gambar lukisan mural ni

    ReplyDelete
  3. satu usaha yg baik dan wajar diikuti

    ReplyDelete

Powered by Blogger.