Bufet Ramadan Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam

Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,

Sempena kehadiran bulan Ramadan 1438H yang bakal menjelang, Segi Seri Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Pelancaran Bufet Ramadan bagi memperkenalkan juadah berbuka puasa yang bakal disajikan di Laman Kayangan Shah Alam. Tema Ramadan tahun ini berkonsepkan ‘Citarasa Dua Sempadan’ yang menghidangkan pelbagai juadah istimewa resepi citarasa Utara Malaysia dan Thailand.

Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,

Majlis Pelancaran Bufet Ramadan Laman Kayangan


Pada petang Jumaat, 28 April 2017, saya telah menghadiri Majlis Pelancaran Bufet Ramadan di Laman Kayangan, Shah Alam dan menikmati sendiri prebiu sajian yang bakal dihidangkan sempena berbuka puasa bulan Ramadan nanti. Tahun ini, gabungan menu tempatan Utara Malaysia bersama Thailand dipilih kerana keenakan makanan yang sememangnya menjadi pilihan ramai.

Majlis Pelancaran Bufet Ramadan ini telah disempurnakan oleh Pengarah Pelancongan Thailand (cawangan Kuala Lumpur) En Ahman Md Adam, diiringi Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd, Tuan Haji Azhar bin Haji Ibrahim bersama selebriti jemputan, Fauziah Dato’ Ahmad Daud (Kak Ogy). Ia turut memperkenalkan harga serta pakej menarik kepada pelanggan berbuka puasa Ramadan ini.

Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,

Terdapat lebih 100 menu berbuka puasa yang bakal disediakan sepanjang Ramadan ini. Antara yang dihidangkan adalah Ayam Kari Hijau Terung Pipit (Kaeng Kheiywhwan Ki), Ikan Daun Selasih dengan Cili (Pla bai Pakapow), Tomyam Pok Tek, Gulai Lemak Pisang dengan Ikan Bilis, Laksa Kuala Pengelih serta menu paling istimewa, Murtabak King Segi Seri.

Selain itu, Kak Ogy juga turut bersama-sama mempromosikan bufet Ramadan di Laman Kayangan ini disamping memperkenalkan produk air tangannya sendiri iaitu sambal ikan kurau masin berlado, paru goreng Nek Mon dan sambal goreng Saadiah yang akan dipasarkan dengan kerjasama Segi Seri. Justeru, bagi prebiu bufet Ramadan ini, saya sediakan beberapa gambar sajian untuk anda.

Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,
Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,
Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,
Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,
Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,
Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,

Sejujurnya boleh dikatakan kesemua juadah prebiu bufet Ramadan yang disediakan ini, sedap-sedap dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Murtabak King Seri Segi tu sangat sedap dan berbeza dengan rasa kebanyakan murtabak. Apatah lagi jika dimakan dengan kari sentuhan chef hebat tu... memang superb. 

Masakan kari dan tomyam macaroni yang digoreng juga buat saya teringat-ingat sampai ke hari ini. Antara lain, anda patut rasai laksa dan menu utama yang pasti buat anda berpuas hati. Bukan itu sahaja, suasana persekitaran Laman Kayangan ini boleh memuatkan seramai 400 orang dengan selesa dan setiap pengunjung akan turut dihiburkan dengan alunan muzik Ghazal sebagai penyeri selera berbuka puasa nanti.    

Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,

Pengalaman menikmati prebiu bufet Ramadan di Laman Kayangan bersama rakan blogger tidak terhenti di sini. Bulan Ramadan nanti pasti repeat lagi. Justeru bagi yang ingin membuat tempahan, saya sediakan pakej harga Bufet Ramadan Laman Kayangan, Shah Alam untuk rujukan anda.

Harga Bufet Ramadan Laman Kayangan


Early Bird Promotion
Pembelian awal sehingga 25 Mei 2017
RM45.00 (Dewasa)
RM35.00 (Kanak-Kanak/Warga Emas)

Harga Normal (Sah digunakan bermula 8 Jun – 21 Jun 2017)
RM59.00 (Dewasa)
RM35.00 (Kanak-Kanak/Warga Emas)

Pakej Famili
RM59.00 (dewasa)
RM35.00 (kanak-kanak/warga emas)
Beli 5 Dewasa: Percuma 2 Kanak-Kanak/Warga Emas
Beli 9 Dewasa: Percuma 1 Dewasa

Pakej Korporat

Beli 50 meja dengan harga RM29,000.00
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 hamper
* PA sistem dan projector

Beli 10 meja dengan harga RM5,900.00
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa

Untuk pertanyaan, tempahan dan info lanjut, anda boleh hubungi talian dibawah;
019-250 3093
012-253 3973
012-387 1775

Laman Kayangan, Shah Alam

Dataran Karyawan
Kompleks Belia & Kebudayaan
Negeri Selangor, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor
Website: www.segiseri.com

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Bufet Ramadan Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam
Bufet Ramadan Citarasa Dua Sempadan Di Laman Kayangan Shah Alam
Bufet Ramadan Laman Kayangan Shah Alam, Citarasa Dua Sempadan,
https://4.bp.blogspot.com/-LwjCH1t3IdA/WQcqOAYul_I/AAAAAAAAPiE/KYH1l3u2WD4g1kpwNRkI4dbh3CXZdr32ACLcB/s640/Laman%2BKayangan.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-LwjCH1t3IdA/WQcqOAYul_I/AAAAAAAAPiE/KYH1l3u2WD4g1kpwNRkI4dbh3CXZdr32ACLcB/s72-c/Laman%2BKayangan.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/05/bufet-ramadan-citarasa-dua-sempadan-di.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/05/bufet-ramadan-citarasa-dua-sempadan-di.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy