DreamWorld Indoor Playland Di The Starling Dan IOI City Mall Putrajaya

Berita baik buat anda, ayah dan ibu, abang, kakak serta adik-adik yang gemarkan aktiviti santai bersama keluarga. Kini DreamWorld Indoor Play Centre telah pun mula beroperasi pada 25 May 2017 di Starling, Damansara Uptown dan 27 Mei 2017 IOI City Mall. Marilah bersama kita raikan kemeriahan dengan 3 hari promosi sempena pembukaan dengan setiap pembelian tiket masuk akan memperolehi 1 lagi tiket percuma untuk digunakan pada hari tersebut.

DreamWorld Indoor Playland,

DreamWorld Indoor Playland The Starling Dan IOI City Mall Putrajaya


DreamWorld Indoor Play Centre atau juga dikenali dengan DreamWorld Playland adalah pilihan lokasi riadah ‘indoor’ terkini yang disediakan istimewa untuk aktiviti-aktiviti kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.  Merupakan ‘adult-accompanied space’ untuk kanak-kanak belajar sambil berhibur dan bermain. DreamWorld Playland ini mengadunkan pembelajaran dan hiburan untuk perkembangan minda kanak-kanak dalam berinteraksi dan juga bersosial.

Keluasan DreamWorld Playland adalah sekitar 6,000 kaki persegi dan mampu memuatkan seramai 120 kanak-kanak dalam satu masa. Antara aktiviti ceria disediakan di playland dan party room, kanak-kanak boleh memanjat terowong, tangga dan menyusuri gelongsor dengan cabaran yang bersesuaian buat mereka. Paling istimewa, suasana tempat ini bertemakan salji yang pastinya menyeronokkan.

DreamWorld Indoor Playland,
DreamWorld Indoor Playland,
DreamWorld Indoor Playland,

Selain itu, sekiranya anda ingin membuat sambutan hari jadi buat anak-anak, anda juga boleh membuat tempahan di DreamWorld Playland dengan pakej dan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan termasuk ‘Dream rides’ istimewa yang pastinya memberikan pengalaman menarik serta kenangan manis.

Anda boleh membuat pilihan untuk mendapatkan Pakej Pengguin dengan harga RM68 untuk hari biasa (weekdays) atau RM78 pada hujung minggu (weekend). Pakej menyediakan party room selama dua jam dengan ‘unlimited play’ untuk kanak-kanak, penyediaan makanan dan juga kad jemputan hari jadi. Terdapat juga mascot Eskimo yang turut sama menghiburkan kanak-kanak sewaktu majlis.

DreamWorld Indoor Playland,

Harga Masuk Ke DreamWorld Indoor Play Centre


Admission rate untuk ‘unlimited play’ di The Starling berharga RM48 untuk hari biasa (weekdays) dan RM58 pada hujung minggu (weekend), manakala di IOI City Mall berharga RM45 (weekdays) dan RM55 (weekend). Setiap pembelian tiket kanak-kanak akan beroleh tiket percuma untuk dewasa yang menemani. Tambahan RM5 untuk seorang lagi dewasa yang ikut bersama.

DreamWorld Indoor Playland, The Starling,
DreamWorld Indoor Play Centre The Starling
DreamWorld Indoor Playland, IOI City Mall Putrajaya,
DreamWorld Indoor Play Centre, IOI City Mall, Putrajaya

DreamWorld juga sedang mengadakan promosi selama 6 bulan dimana anda boleh memperolehi Birthday Cash Voucher bernilai RM288, 20% diskaun untuk Drop & Shop, undangan istimewa untuk setiap acara di DreamWorld Indoor Playland dan juga DreamWorld Passbook percuma. Kesemuanya bernilai RM5,840 tetapi anda hanya perlu membayar RM288 atau memilih Super Saver Package berharga RM108 untuk 3 kali masuk.

DreamWorld Indoor Playland membership,

Jom Berkunjung Ke Dreamworld Indoor Playland 


Jom kita berkunjung ke Dreamworld Indoor Playland sama ada di The Starling atau IOI City Mall Putrajaya, mana-mana berdekatan dengan anda. Inilah lokasi bermain sambil menimba ilmu buat anak-anak dalam suasana yang ceria, meriah dan selamat. Bukan itu sahaja, pastinya anak-anak dan kita sekeluarga juga memperolehi pengalaman baharu yang menarik disamping menambah kenalan dan kawan-kawan... jom jom yeah!   

Dream World Indoor Playland,

DreamWorld Playland ini bertempat di alamat dibawah berserta info lanjut untuk anda;

DreamWorld Indoor Playland
The Starling Mall
No. 6, Jalan SS 21/37,
Damansara Uptown,
47400 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tempahan dan info lanjut: 012 7219 9509 (Yoong Fui).

IOI City Mall
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Lebuh IRC, iOi Resorts City,
62502, Putrajaya
Tempahan dan info lanjut: 012 7029 9509 (Hazwan).

Follow FB DreamWorld Playland untuk info terkini: www.facebook.com/dreamworldplayland
  

5 comments:

  1. Indoor Playland ni sangat membantu ibu bapa untuk bawa anak-anak beriadah secara tertutup terutama bagi anak-anak yang alahan cuaca..mudah demam kalau cuaca panas..atau mudah batuk dan selesema waktu hujan..

    ReplyDelete
  2. Dah masuk, sure taknak balik dah

    ReplyDelete
  3. biru.... cantik suasananya...

    ReplyDelete
  4. Tgk harga tu..aduh sakit nya di poket 😬

    ReplyDelete

Powered by Blogger.