Durex Malaysia Melancarkan Kempen #TalkNowProtectAlways

Durex Malaysia telah melancarkan Kempen Kesedaran Kesihatan Seksual dan Reproduktif #TalkNowProtectAlways dalam usaha meluaskan lagi kesedaran, mendidik dan menggalakkan ibu bapa serta golongan muda di Malaysia tentang kesihatan seksual dan reproduktif. Kini ibu bapa dan warga muda Malaysia digalakkan untuk memulakan perbincangan tentang kesihatan seksual dan reproduktif ini secara intelek dengan panduan sewajarnya.

#TalkNowProtectAlways, Durex Malaysia,

Kempen #TalkNowProtectAlways Durex Malaysia


Pada Khamis, 11 Mei 2017, saya telah menghadiri majlis pelancaran kempen #TalkNowProtectAlways anjuran Durex Malaysia ini. Ia dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, yang merupakan inisiatif dalam usaha memberikan pemahaman yang tepat tentang pengetahuan kesihatan seksual dan reproduktif kepada masyarakat.

Kempen ini dilancarkan hasil dari Kajian Kesihatan Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia 2016 yang menunjukkan bahawa pemahaman anak muda Malaysia tentang kesihatan seksual dan reproduktif kini di tahap membimbangkan. Hasil kajian tersebut pernah saya kongsikan dalam beberapa sesi kesedaran sosial dan turut dicatatkan sebagai rujukan pembaca di sini > Kajian Seksual dan Reproduktif Warga Muda Malaysia 2016.

Penemuan utama tinjauan mendedahkan 35% golongan muda Malaysia tidak percaya bahawa wanita mampu mengandung pada kali pertama mengadakan hubungan seks, 19% golongan muda Malaysia percaya bahawa menggunakan 2 kondom pada satu masa menjamin perlindungan yang lebih baik. 82% golongan muda Malaysia pula percaya bahawa kejadian rogol berlaku disebabkan kehendak seksual yang tidak terkawal oleh si perogol.

#TalkNowProtectAlways, Senator Datuk Chong Sin Woon,
#TalkNowProtectAlways, Durex Malaysia, Tiffany Ang,

Menurut Senator Datok Chong Sin Woon dalam ucapannya menyatakan; pada masa kini kita menghadapi pelbagai isu kesihatan seksual dan reproduktif yang memberi impak negatif terhadap anak-anak, rakan sebaya dan komuniti secara keseluruhannya. Kita tidak banyak membincangkan topik kesihatan seksual dan reproduktif dan perlu mengorak langkah mengubah trend ini.

Kita juga sering menghadapi masalah salah tanggap dan pelbagai lagi isu lain disebabkan kekurangan ilmu dikalangan masyarakat terhadap kesihatan seksual dan reproduktif. Oleh itu, kita perlu ambil tahu berserta impaknya terhadap masyarakat demi kebaikan generasi muda di masa akan datang.

Ms. Tiffany Ang selaku Pengarah Pemasaran Reckitt Benckiser turut menyatakan bahawa ini masa yang sesuai untuk mengubah persepsi tentang kesihatan seksual dan reproduktif di negara ini. Melalui falsafah Durex, Healthier Lives, Happier Homes, kempen #TalkNowProtectAlways mampu mendidik dengan pengetahuan yang betul dan melindungi masyarakat dari sebarang kesan yang memburukkan.

#TalkNowProtectAlways, Durex Malaysia,

Panduan Kesihatan Seksual Dan Reproduktif Durex Malaysia


Sebagai sebahagian dari inisiatif kempen #TalkNowProtectAlways, Durex Malaysia akan memperkenalkan Panduan Kesihatan Seksual dan Reproduktif bagi ibu bapa dan golongan muda Malaysia untuk membekalkan maklumat yang tepat dan cara untuk memulakan perbincangan atau perbualan dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan anak-anak berkaitan topik ini.

Panduan Kesihatan Seksual dan Reproduktif dihasilkan oleh Durex Malaysia dengan kerjasama Profesor Dr. Harlina Halizah Siraj, Perunding Obstetrik dan Ginekologi, dan Profesor Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia, serta En. Zaid Mohamad, Pelatih Keibubapaan, bagi memastikan maklumat yang disediakan adalah tepat, sesuai bagi pelbagai peringkat umur dan menitikberatkan sensitivity agama dan budaya di Malaysia.

Durex Malaysia bakal berkerjasama dengan Pertubuhan IKRAM Malaysia menerusi pertubuhan sokongan, IKRAM Wanita dan IKRAM Siswa serta Persatuan Bersekutu Ibu Bapa dan Guru Wilayah Persekutuan untuk mendekati ibu bapa dan golongan muda Malaysia di bandar dan pinggir bandar bagi mendidik tentang kepentinngan pengetahuan kesihatan seksual dan reproduktif dengan efektif.

#TalkNowProtectAlways, Durex Malaysia, Perspective Strategies,

Kempen #TalkNowProtectAlways ini juga merupakan sebahagian komitmen berterusan Durex Malaysia untuk menyuntik pengetahuan yang betul tentang kesihatan seksual dan reproduktif dikalangan rakyat Malaysia, menerusi kajian, pendidikan dan sokongan yang berterusan. Durex Malaysia menyeru agar lebih banyak organisasi awam dan swasta menyokong usaha ini untuk pembangunan sosio-masyarakat yang sihat dan sejahtera.

Rujukan penuh Panduan Kesihatan Seksual dan Reproduktif di www.durex.com.my   

6 comments:

  1. Ingatkan Encik Khir salah seorang panelnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak bro... saya diundang ke pelancaran kempen ni. Kajiselidik Durex Malaysia banyak menyokong input sebagai modul perkongsian motivasi kesedaran sosio-remaja. Ada fakta kajian yg digunapakai utk itu.

      Delete
  2. syg nyer masih lg yg memilih jln / cara yg tidak sihat... yg plg kesian lahir anak2 yg x berdosa (mangsa HIV)

    ReplyDelete
  3. Perlunya ada pendedahan tentang perkara2 begini esp pada para remaja

    ReplyDelete

Powered by Blogger.