Motivasi iM4U fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017 Di Pusat Kebajikan

Aspirasi pemerkasaan sosio-komuniti terkandung keunikan yang memberi pengalaman dan inspirasi tersendiri. Begitu juga program iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 yang dianjurkan sebagai inisiatif bersama iM4U fm dan Kumpulan Sunway bertujuan meraikan golongan kurang bernasib baik dengan menyediakan pakaian raya yang baru serta membaik pulih pusat kebajikan terpilih bersempena bulan Ramadan.

iM4u fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017

iM4u Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017


Pada Selasa 16 Mei 2017, saya telah berkunjung ke Kompleks Pendidikan Anak-Anak Yatim Darul Kifayah yang merupakan salah satu lokasi program iM4U Fabrik Kasih bersama Sunway 2017. Tahun ini merupakan tahun ke-3 program seumpamanya diadakan. Kali ini, ia memfokuskan kepada elemen pendidikan bersama 3 pereka fesyen di 3 lokasi berlainan iaitu Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang.

Program menampilkan pereka fesyen Tengku Syami, Zakwan Anuar dan Fuzana Mokhtaza sebagai pembimbing pelajar rekaan fesyen dari GIATMARA Malaysia dan Kolej Vokasional dalam menyediakan pakaian raya yang ditaja oleh PKNS Real Estate Company. Selain itu, Sunway Property dan Sunway Construction turut terlibat dalam usaha membaik pulih 9 pusat kebajikan di 3 buah negeri tersebut.

Antara pengisian program memuatkan sesi pemadanan pakaian kepada pelajar pusat kebajikan yang dilaksanakan oleh pelajar-pelajar jurusan fesyen GIATMARA dan Kolej Vokasional. Selain membantu golongan kurang bernasib baik, penglibatan pelajar-pelajar jurusan fesyen juga merupakan platform menimba kemahiran dan pengalaman praktikal dalam bidang yang diceburi. 

iM4u fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017,
Fuzana Mokhtaza, iM4u fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017,

Saya berkesempatan berkongsi aspirasi kerjaya bersama Fuzana Mokhtaza dan mereka yang turut bergiat menjayakan program ini. Berpeluang juga berbual santai bersama pelajar-pelajar termasuk warga pusat kebajikan sebagai inisiatif inspirasi dan ukhwah sebelum acara diteruskan dengan kemeriahan sesi Zumba oleh Rock Star Gym. 

Program iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 diteruskan dengan sesi ceramah oleh Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia yang berkerjasama dengan Kumpulan Sunway melalui School Outreach Programme bagi mendekati anak-anak kebajikan melalui aktiviti kesedaran kesihatan. Turut diadakan Pertandingan Dekorasi Baju sebelum program berakhir sekitar 5.30 petang.

iM4u fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017,
iM4u fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017,
iM4u fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017,

Program iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 ini memberi nilai tambah dalam pembangunan sosio-komuniti terutama pada bulan Ramadan dan menjelang Syawal. Ia juga selari dengan komitmen Kumpulan Sunway terhadap United Nation Sustainable Development Growth dalam inisiatif kelestarian komuniti melalui kerjasama membantu golongan kurang bernasib baik.

Selain itu, bulan Ramadan juga adalah bulan terbaik berkongsi keceriaan dan juga memberi. Adalah diharapkan agar aktiviti keusahawanan sosial dan kesukarelawan melalui iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 dapat memberi impak positif dan sinar keceriaan kepada pusat kebajikan dan warganya disamping menyuntik semangat kesukarelawan kepada yang terlibat dalam membangunkan sebuah masyarakat prihatin yang harmoni dan sejahtera.

iM4u fm Fabrik Kasih Bersama Sunway 2017,

Majlis Berbuka Puasa iM4U fm Fabrik Kasih Bersama Sunway


Program ini akan berakhir pada bulan Jun 2017 dengan Majlis Berbuka Puasa iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 yang akan diadakan di 3 lokasi berlainan. Ia akan diserikan lagi dengan sesi memperagakan pakaian raya baru oleh warga pusat kebajikan yang terdiri daripada kanak-kanak, warga emas serta warga pusat autisme.

Majlis dan lokasi program adalah seperti di bawah;

Sunway Resorts Hotel & Spa, Kuala Lumpur – 2 Jun 2017
Sunway Lost World Hotel, Ipoh – 8 Jun 2017
Sunway Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang – 15 Jun 2017

Justeru, sebarang maklumat lanjut mengenai iM4U fm Fabrik Kasih bersama Sunway 2017 boleh diikuti melalui siaran iM4U fm di 107.9FM di Lembah Klang atau layari www.iM4Ufm.

10 comments:

  1. Berjiwamurni mnyumbang memberi kpd yg memerlukan

    ReplyDelete
  2. terbaikkk ahh abg khir! seronok dapat join program macam nih,

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..bila menggembirakan..kegembiraan itu akan datang kembali kepada kita..

    ReplyDelete
  4. bagus ada program seperti ini...barulah mereka yang golongan yang kurang bernasib baik ini terasa dihargai

    ReplyDelete
  5. kalu sy join mesti ramai igt sy ni student u lg hehehehehe

    ReplyDelete
  6. Bagus ada program macam ni...moga dapat terus membantu dan memberi sumbangan pd yg memerlukan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.