Kehebatan Shaolin Kung Fu Sempena Genting International Children’s Festival

Kelapangan hari Ahad, saya telah menyaksikan teater Soul of Shaolin: Hui Guang’s Story yang dipersembahkan di Genting International Showroom. Teater ini merupakan antara pengisan Genting International Children’s Festival sempena musim cuti sekolah. Teater lagenda yang mengisahkan perjalanan hidup Shaolin ini dipersembahkan oleh kumpulan teater bertaraf antarabangsa dari China bermula 28 Jun sehingga 26 Jun 2017.

Soul Of Shaolin: Hui Guang’s Story, Genting International Showroom,

Genting International Children’s Festival


Bersempena musim cuti sekolah, Resorts World Genting menceriakan lagi suasana di 6000 kaki dari paras laut dengan Genting International Children’s Festival bertemakan ‘art, dance and music’. Info asas pengisian festival ada saya kongsikan pada artikel sebelum ini bertajuk Genting International Children's Festival Dan Shaolin Kung Fu Sempena Cuti Sekolah

Kunjungan pada Ahad, 28 Mei bersama kak long sememangnya menghiburkan. Persekitaran Sky Avenue meriah dengan pelbagai acara menarik seperti ‘Cheers & Pom: Cheerleading' di aras 1, ‘Storyland: Cosplay Meet & Greet’ di aras 2 dan 'Street Beats: Brass Ensemble’ di aras 3. Lebih menarik, kami turut berpeluang menyertai perarakan dan bergambar bersama-sama ikon Cosplay yang menarik.

Genting International Children’s Festival, Sky Avenue Resorts World Genting,
Genting International Children’s Festival, Sky Avenue Resorts World Genting,
Genting International Children’s Festival, Sky Avenue Resorts World Genting,
Genting International Children’s Festival, Sky Avenue Resorts World Genting,

Teater Soul Of Shaolin: Hui Guang’s Story


Antara pengalaman terbaik Genting International Children’s Festival adalah menonton persembahan teater Soul Of Shaolin: Hui Guang’s Story. Kami merupakan kumpulan pertama menyaksikan pementasan teater yang menceritakan perjalanan hidup Shaolin ini. Berdasarkan pengalaman menonton teater, ia persembahan bertenaga yang luar biasa… bukan calang-calang berlakon teater.

Terpukau menyaksikan segala pergerakan berseni terlatih yang memuatkan pelbagai skill kung fu, akrobatik dan penghayatan pentas yang menyeluruh. Kehebatan tidak disangkal kerana kumpulan teater ini telah mendapat pengiktirafan Broadway di New York dan dipersembahkan di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Itali, Norway, India, Korea, Turki, Macau dan Hong Kong.

Soul Of Shaolin: Hui Guang’s Story, Genting International Showroom,
Soul Of Shaolin: Hui Guang’s Story, Genting International Showroom,
Soul Of Shaolin: Hui Guang’s Story, Genting International Showroom,
Soul Of Shaolin: Hui Guang’s Story, Genting International Showroom,

Teater Soul of Shaolin ini juga merupakan ‘key cultural export project’ oleh Kementerian Kebudayaan, Kementerian Perdagangan, State Administration of Radio, Film & Television dan General Administration of Press and Publication negara China. Ia adalah persembahan teater ‘the Best of China’ yang dibawakan khas oleh Asian Art Connection.

Tiket Soul of Shaolin: Hui Guang’s Story boleh diperolehi dengan harga RM156.00 (VIP), RM126.00 (PS1), RM96 (PS2) dan 10% diskaun untuk members Genting Rewards Card (GRC). Persembahan teater bertenaga dengan skill yang memukau dari mula sehingga ke akhir persembahan.

Soul Of Shaolin: Hui Guang’s Story, Genting International Showroom,

Penghargaan Genting International Children's Festival Dan Soul Of Shaolin


Sempena bulan Ramadan, kami turut dihidangkan juadah berbuka puasa di The Coffee Terrace dengan pelbagai sajian istimewa tempatan dan antarabangsa. Antara juadah pilihan adalah Nasi Ayam dan Western Food. Mushroom soup pun tidak kurang hebatnya… dua mangkuk mushroom soup bersama roti dan butter sebagai penutup juadah… yummy!

Ini juga merupakan antara pengalaman musim cuti sekolah yang berharga buat saya dan kak long. Amat terhibur dengan Genting International Children’s Festival dan persembahan teater Soul of Shaolin: Hui Guang’s Story. Penghargaan terima kasih buat Resorts World Genting, Irene Chua dan Jay Ang Tan serta rakan-rakan yang turut sama berkongsi keceriaan dalam suasana yang cukup meriah. 

Justeru, info lanjut pengisian menarik boleh anda layari di www.rwgenting.com.

8 comments:

  1. pengalaman yang best dpt berbuka kat genting kan

    ReplyDelete
  2. HUwa best nyer ! pengalaman berharga jugak ni ;)

    ReplyDelete
  3. PERSEMBAHAN TEATER YG AMAT MENARIK DITONTON TU

    ReplyDelete
  4. pergh.. siap dengan cosplay..

    ReplyDelete
  5. pengalaman yg menarik.. lawanya watak beauty & the beast tuu

    ReplyDelete
  6. gmbr2 atas tu dah mcm pesta cosplayer laa pulak ;-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.