Meraikan Sambutan Hari Ibu Di Sky Avenue, Resorts World Genting

Sambutan Hari Ibu di Sky Avenue, Resorts World Genting, BMS Organic, Tokyo Secret, Gong Cha, Inside Scoop, Just Heavenly, Madam Waffle,

Kasih ibu membawa ke syurga. Sempena Sambutan Hari Ibu pada 14 Mei 2017, saya berpeluang meraikannya bersama isteri dan rakan-rakan di lokasi istimewa 6000 kaki dari aras laut di Sky Avenue, Resorts World Genting. Acara yang meriah dengan pelbagai pengisian menarik juga turut memberikan pengalaman yang amat berharga buat diri ini disamping menghargai jasa dan pengorbanan ibu.

Awana Skyway, Sky Avenue, Resorts World Genting, Genting Bloggers,

Sambutan Hari Ibu Di Sky Avenue, Resorts World Genting


Pengalaman menyambut Hari Ibu pada tahun ini sangat unik dan istimewa antaranya berpeluang mengenali lebih ramai rakan-rakan dan bersama-sama terlibat dalam pengisian aktiviti seharian yang menyeronokkan. Bermula jam 11 pagi, kami tiba di perkarangan terminal Awana Skyway yang membawa kami menaiki ‘Glass Gondola’ mendaki ke terminal Sky Avenue di kemuncak.

Perasaan teruja tetap dirasai walaupun ini pengalaman kedua menaiki Glass Gondola ke Sky Avenue. Cuaca persekitaran yang bertukar sejuk dan berkabus semasa separuh jalan menuju ke puncak, menambahkan lagi keterujaan menyambut Hari Ibu dalam suasana sejuk dan nyaman. Apatah lagi berpeluang menyambut Hari Ibu bersama isteri... ibu kepada anak-anak saya… wow, romantis.

Glass Gondola, Awana Skyway, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Setibanya di Sky Avenue, saya terlebih dahulu menjamu selera makan tengah hari di BMS Organic. Kali pertama menikmati hidangan masakan dari bahan-bahan organik tumbuh-tumbuhan. Sajian organik tumbuh-tumbuhan sangat bagus untuk kesihatan badan dan menu yang disajikan pun unik dan sedap. Suasana outlet pun menarik, segar dengan kakitangan yang mesra.

Saya makan BMS Signature Nasi Lemak dan BMS Soy Milk Curry Laksa Noodles. Habis licin 2 kedua-duanya bersama Dragon Fruit Juice sebagai minuman berkhasiat. Isteri pula makan nasi lemak bersama minuman bancuhan Lemon, Beetroot, Apple Hijau dan Madu yang diberi nama Will Power. Pengalaman makan yang menarik dan patut cuba jika anda berkunjung ke Sky Avenue.

BMS Organic, Sky Avenue, Resorts World Genting,
BMS Organic, blogger, Sky Avenue,
BMS Organic, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Meraikan Hari Ibu Bersama Ibu-Ibu Tunggal Dan Kanak Kanak


Seterusnya, bermulalah acara kemuncak Sambutan Hari Ibu bersama ibu-ibu tunggal dan anak-anak kurang bernasib baik dari sekitar Raub, Pahang yang diundang khas ke Sky Avenue, Resorts World Genting untuk diraikan. Mereka dibawa berkunjung menikmati kecerian di Snow World sebelum bermula acara rasmi yang diadakan di persekitaran Sky Avenue.

Acara yang berlangsung turut diraikan oleh Datin Paduka Chew dan dimeriahkan lagi dengan persembahan Flash Mob yang menceriakan lagi suasana di perkarangan Sky Avenue. Datin Paduka turut menyampaikan hadiah ‘Video Message to Mum's contest’ yang dibuka kepada orang ramai dan sumbangan hamper sebagai cenderahati kepada ibu-ibu tunggal.

Mother's Day, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Mother's Day, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Mother's Day, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Mother's Day, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Mother's Day, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Kemeriahan tidak terhenti setakat itu, tetapi diteruskan dengan hi-tea istimewa bersama ibu-ibu tunggal dan kanak-kanak yang diraikan. Berpeluang menikmati hidangan di beberapa outlet antaranya Tokyo Secret, Gong Cha, Inside Scoop, Just Heavently, Madam Waffle dan Gindaco. Bukan calang-calang desserts... sedap dan bercitarasa antarabangsa.

Tokyo Secret, Resorts World Genting,
Gong Cha, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Inside Scoop, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Inside Scoop, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Gindaco, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Acara berakhir sekitar jam 6 petang dengan kemeriahan yang pastinya menjadi satu pengalaman yang berharga buat semua yang hadir termasuk diri ini. Penghargaan terima kasih kepada rakan istimewa Irene Chua Teng Teng dan Resorts World Genting atas pengalaman berharga ini. Tidak lupa juga buat semua rakan-rakan yang berkongsi kemeriahan bersama-sama meraikan Sambutan Hari Ibu di Sky Avenue, Resorts World Genting.

Hargailah ibu. Setiap kita hanya ada satu ibu dan pengalaman di sini akan sentiasa mengingatkan saya tentang besarnya peranan dan jasa seorang ibu kepada kita semua. Terima kasih ibu.

Info lanjut Sambutan Hari Ibu boleh layari www.rwgenting.com

COMMENTS

BLOGGER: 13
Loading...
Name

Bisnes,42,Blogging,67,Durex,2,ECERDC,11,Ekspresi,117,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,IJM Land,5,Informasi,102,Intervensi,27,INTI,32,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,121,MDEC,3,Motivasi,116,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,44,RWGenting,22,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,86,Sunway,6,Teater,6,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wellness,21,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Meraikan Sambutan Hari Ibu Di Sky Avenue, Resorts World Genting
Meraikan Sambutan Hari Ibu Di Sky Avenue, Resorts World Genting
Sambutan Hari Ibu di Sky Avenue, Resorts World Genting, BMS Organic, Tokyo Secret, Gong Cha, Inside Scoop, Just Heavenly, Madam Waffle,
https://4.bp.blogspot.com/-wJQgb_L48wU/WRmq3kfJ9uI/AAAAAAAAPtQ/dBvaI88We0YBXSmKJiyerCjYittZApMXgCLcB/s640/hari%2Bibu%2Bgenting.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-wJQgb_L48wU/WRmq3kfJ9uI/AAAAAAAAPtQ/dBvaI88We0YBXSmKJiyerCjYittZApMXgCLcB/s72-c/hari%2Bibu%2Bgenting.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/05/meraikan-sambutan-hari-ibu-di-sky.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/05/meraikan-sambutan-hari-ibu-di-sky.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy