Miliki MBA Dengan Jalan Pintas Melalui Pengalaman Berkerja

Miliki MBA dengan jalan pintas melalui pengalaman berkerja, INTI menyahut seruan Kementeriian Pengajian Tinggi mempromosikan pengajian sepanjang hayat,

Malaysia mempunyai lebih 660 institusi pengajian tinggi dan 1.2 juta pelajar yang kini berdaftar di peringkat pengajian tinggi dan menjadikan pasaran pekerjaan begitu kompetitif dengan kehadiran para graduan berkemahiran. Melalui akses yang semakin mudah melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi juga menjadikan permintaan terhadap sumber manusia lebih berkualiti lebih tinggi. Segulung ijazah sarjana muda mungkin tidak lagi mencukupi untuk membezakan pekerja dalam kalangan hampir 200,000 graduan setiap tahun.

Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL),

Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)


Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedar dan akur akan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat sebagai salah satu tunggak pembangunan bakat dan sering menekankan kepelbagaian pilihan pendidikan dalam usaha menggalakkan golongan bekerja untuk terus melanjutkan pelajaran. Lonjakan 3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) bertujuan membudaya dan mewujudkan sebuah ‘Negara Pelajar Sepanjang Hayat’.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh, “Sebagai sebahagian daripada Agenda Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat, pembelajaran fleksibel ialah fokus utama dasar pendidikan negara untuk meningkatkan kualiti modal insan dan juga mewujudkan sumber manusia yang kompeten. Kami bekerjasama rapat dengan institusi-institusi pengajian tinggi menyediakan penyelesaian bagi membolehkan warga Malaysia terus memperbaiki dan memantapkan keupayaan agar terus relevan dalam ekonomi pekerjaan hari ini yang semakin kompetitif.”

Antara usaha yang diperkenalkan di bawah Pelan Pendidikan tersebut ialah pengenalan Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL). Ia mengambil kira pengalaman bekerja terdahulu dan berkaitan sebagai kelayakan ke universiti.

Di bawah fasa pertama program APEL iaitu APEL (A) atau APEL (Akreditasi) diperkenalkan bagi membolehkan individu tanpa pendidikan formal namun memiliki banyak pengalaman untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi, tidak kira sama ada peringkat sijil, diploma, sarjana muda atau sarjana.

Fasa kedua APEL (C) atau APEL (Kredit) memberi peluang kepada individu menjimatkan masa dan wang dengan menukarkan pengalaman sebagai kredit dalam program pilihan. Selepas permohonan rasmi, calon akan menjalani penilaian khusus atau dikehendaki menyediakan portfolio yang akan dibentang kepada pihak fakulti dan jawatankuasa APEL (C) untuk kelulusan akhir. Keseluruhan proses mengambil masa sebulan. Seorang penasihat peribadi akan ditugaskan membantu setiap calon sepanjang proses permohonan. 

APEL (C) selaras dengan usaha Kementerian Pengajian Tinggi dalam menggalakkan warga Malaysia terus belajar sepanjang hayat dengan peluang yang lebih fleksibel. Tambah Dato’ Seri Idris Jusoh. “KPT berharap dapat menyingkir sebarang penghalang kepada pendidikan menerusi pelbagai inisiatif termasuk inisiatif pertama di dunia mengiktiraf kredit bagi Kursus Terbuka Online Secara Besar-besaran atau Massive Open Online Courses (MOOCs).”

Miliki MBA Dalam Tempoh 2 Tahun Dengan APEL (C)


APEL (C) kini ditawarkan di 4 institusi pengajian tinggi terpilih dan dijangka akan diperluaskan ke institusi lain menjelang penghujung tahun ini. INTI International University & Colleges (INTI) adalah satu-satunya institusi pengajian tinggi buat masa ini dan yang pertama menerima kelebihan APEL (C).

Timothy Bulow, Ketua Pegawai Eksekutif, INTI berkata, “Kami mendapat maklumbalas daripada golongan bekerja yang mereka tidak mempunyai masa dan sumber mencukupi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Sehubungan itu, INTI telah merangka program yang dapat memenuhi tuntutan gaya hidup. Program MBA Simplified Learning INTI mengambil masa 2 tahun setengah, menawarkan pembelajaran online yang hanya memerlukan komitmen 1 jam sehari dan RM1,000 sebulan. APEL (C) menjimatkan masa 6 bulan menerusi pengecualian kredit. Ini membolehkan calon menamatkan MBA dalam hanya dua tahun.”

Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL),

Pelajar yang sedang menjalani program MBA INTI Simplified Learning, Lai Chai Gim, merupakan pelajar pertama INTI menerima APEL (C) setelah membuat permohonan mengikuti program menerusi APEL. Lai mula bekerja setelah tamat diploma untuk mencari pendapatan sendiri agar tidak membebankan ibu bapa menampung perbelanjaan pendidikan. Kini, Lai menganggap peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi adalah satu pencapaian peribadi.  

APEL (C) kini ditawarkan bagi program MBA INTI menerusi kerjasama University of Hertfordshire, United Kingdom dan bagi program MBA Learning Simplified dengan pengambilan pelajar bermula 10 Jun, 19 Ogos dan 28 Oktober. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.newinti.edu.my

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Miliki MBA Dengan Jalan Pintas Melalui Pengalaman Berkerja
Miliki MBA Dengan Jalan Pintas Melalui Pengalaman Berkerja
Miliki MBA dengan jalan pintas melalui pengalaman berkerja, INTI menyahut seruan Kementeriian Pengajian Tinggi mempromosikan pengajian sepanjang hayat,
https://1.bp.blogspot.com/-s80MbGqcQSM/WScRUIKeebI/AAAAAAAAP2g/v5lCPUvf0RMA6KGKgxRnvYL6vll2UsgAQCLcB/s640/INTI%2B1%2B%25281%2529.JPG
https://1.bp.blogspot.com/-s80MbGqcQSM/WScRUIKeebI/AAAAAAAAP2g/v5lCPUvf0RMA6KGKgxRnvYL6vll2UsgAQCLcB/s72-c/INTI%2B1%2B%25281%2529.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/05/miliki-mba-dengan-jalan-pintas-melalui.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/05/miliki-mba-dengan-jalan-pintas-melalui.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy