Selera Bufet Ramadan Citarasa Malaysia Di Awana Hotel Resorts World Genting

Ramadan semakin menghampiri dan pastinya pelbagai persiapan sedang dilakukan oleh kita semua yang menyambutnya termasuklah pilihan tempat berbuka puasa. Atas aspirasi tersebut, Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting turut bersiap sedia untuk memberikan pengalaman berbuka puasa dengan sajian bufet Ramadan citarasa istimewa buat semua pengunjung.

Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting, Khir Khalid,

Bufet Ramadan Awana Hotel Resorts World Genting


Pada Khamis 4 Mei 2017, saya telah menghadiri preview bufet Ramadan di Rajawali Coffee, Awana Hotel untuk menikmati sendiri pelbagai juadah berbuka puasa yang bakal dihidangkan nanti. Bufet Ramadan Awana Hotel tahun ini bertemakan ‘Ramadan Bersama Keluarga’, yang membawa erti merapatkan ikatan keluarga atau organisasi sebagai sebuah keluarga melalui berbuka puasa.

Sajian berkonsepkan tradisional Melayu yang popular di setiap negeri seluruh Malaysia. Antara sajian utama adalah Asam Pedas Ikan Pari, Gulai Lemak Daging Salai, Rendang Tok, Patin Tempoyak, Sweet & Sour Lala, Ikan Bakar, aneka Sup termasuk Mee Kari, Char Kuay Teow, Sotong Kangkung, Laksa Johor, Laksam Kuala Kedah dan aneka Ulam Ulaman, Kerabu serta pelbagai lagi.

Tidak kurang dengan itu, turut menghidangkan Australian Roast Lamb dan Satay, termasuk pelbagai pilihan buah-buahan dan kuih muih daripada Kuih Lapis, Goreng Pisang sehinggalah Bubur Kacang Hijau, Bubur Lambuk termasuk Ais Batu Campur dan Cendol. Selebihnya biarlah gambar menceritakan keistimewaan Bufet Ramadan Rajawali Coffee House Awana Hotel ini.

Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,
Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,
Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,
Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,
Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,
Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,
Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,
Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,
Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,
Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting, Blogger,

Sajian Tradisional Melayu Bufet Ramadan Awana Hotel


Kami juga berpeluang menemubual En. Isaaz Ishak Yunus, Pengurus Besar Awana Hotel bersama Mr. Lawrence Paul, Pengurus F&B dan Chef Ahmad Rosnie. Terdapat 100 sajian yang bakal dihidangkan untuk Bufet Ramadan nanti. Pihak Awana Hotel sentiasa memastikan mutu hidangan yang menepati citarasa tradisional Melayu dengan harga yang berbaloi.

Bufet Ramadan Awana Hotel akan bermula pada 27 May sehingga 24 Jun 2017, dari jam 6 petang hingga 9:30 malam. Pengunjung juga bukan sahaja bakal disajikan hidangan yang istimewa tetapi juga dengan persembahan Ghazal yang menambahkan lagi kecerian sepanjang menikmati juadah berbuka puasa di Awana Hotel.

Rajawali Coffee House, Awana Hotel, Resorts World Genting,

Justeru, bagi anda yang berhasrat membuat tempahan berbuka puasa di Rajawali Coffee House Awana Hotel, rate harga Bufet Ramadan adalah RM100nett seorang (dewasa) dan RM50nett seorang (kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas). Terdapat Early Bird Promotion RM80nett seorang untuk tempahan awal sebelum 23 Mei 2017.

Sebarang info lanjut berkaitan Bufet Ramadan Awana Hotel boleh layari www.rwgenting.com

7 comments:

  1. Mesti ramai yg serbu kala nk berbuka puasa sbb hidagannya bnyk pilihan mnyelerakan.

    ReplyDelete
  2. hidangan yang sungguh menyelerakan

    ReplyDelete
  3. Fuhh semua sedap sedap menu ni :)

    ReplyDelete
  4. menarik menu..jemput blogwalking www.blogaqiem.com

    ReplyDelete
  5. wah teruja tengok gambar makanannya..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.