Berbuka Puasa Bufet Ramadan De Palma Shah Alam Yang Menceriakan

Buffet Ramadan De Palma Shah Alam,

Bulan Ramadan yang mulia ini pastinya lebih meriah bila dapat berkumpul bersama keluarga, rakan dan kenalan untuk berbuka puasa bersama-sama. Begitulah antara pengalaman baru-baru ini, berbuka puasa Bufet Ramadan di De Palma Shah Alam yang bukan sahaja menghidangkan sajian yang sedap malah dalam suasana yang meriah penuh dengan pengisian bermanfaat dan meriah.

Ramadan Buffet De Palma Shah Alam, Blogger Malaysia,

Bufet Ramadan De Palma Shah Alam


Petang Khamis 1 Jun 2017, saya telah menghadiri undangan berbuka puasa di De Palma Shah Alam atas undangan saudara Muiz Misri bersama beberapa rakan blogger yang turut serta. Bufet Ramadan De Palma Shah Alam ini sememangnya menjadi antara pilihan ramai menjelang Ramadan yang menghidangkan pelbagai sajian bercirikan tempatan dan juga antarabangsa.

Bufet Ramadan di sini diserikan lagi dengan pengisian yang bermanfaat dan menambahkan lagi keceriaan suasana ketika berbuka puasa. Alunan zikir menemani pengunjung sementara menunggu waktu berbuka disamping memilih pelbagai juadah yang dihidangkan. Sempat merakam beberapa gambar persekitaran dan sajian Bufet Ramadan De Palma Shah Alam ini.

Ramadan Buffet De Palma Shah Alam,
Ramadan Buffet De Palma Shah Alam,
Ramadan Buffet De Palma Shah Alam,
Ramadan Buffet De Palma Shah Alam,

Bufet Ramadan De Palma Bertemakan 'Rasa Muhibbah'


De Palma Shah Alam cukup terkenal dengan keenakan masakan ala kampung tradisi membariskan juadah seperti Ayam Masak Lemak Cili Padi, Assam Pedas Batang Keladi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Rendang Daging Tetel, Bendi Goreng Berlado, Talapia Merah Masak Lemak dengan Daun Kunyit dan pelbagai lagi menu tradisional Melayu untuk berbuka puasa.

Selaras dengan tema 'Rasa Muhibbah' terdapat juga hidangan istimewa masakan Cina seperti Daging Masak Halia, Egg Foo Yong, Lemon Chicken dan pelbagai lagi termasuk masakan India seperti Kambing Masala, Kari Ikan dengan Bendi, Sayur Aloo Gobi, Acar Terung, Petola Goreng, Ayam Tandoori dan sebagainya. Terdapat juga Nasi Minyak, Nasi Tomato dan Nasi Bukhari berserta lauk pauk terkenal dihidangkan setiap hari.
  
Ramadan Buffet De Palma Shah Alam,
Ramadan Buffet De Palma Shah Alam,
Ramadan Bufet De Palma Shah Alam
Ramadan Buffet De Palma Shah Alam,
Buffet Ramadan De Palma Shah Alam,

Suasana bertambah meriah dengan persembahan nasyid halwa telinga peneman berbuka puasa dan tazkirah sebagai perkongsian bermanfaat buat semua. Selain itu, turut dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi ‘legend’ Jay Jay yang tidak asing lagi dalam legasi muzik tanah air. Lagu-lagu yang membangkitkan nostalgia kenangan silam.

Abang Jay Jay peramah dan mesra. Satu penghargaan bila berpeluang berbual panjang selepas tamat persembahan. Usia beliau kini menjangkau 60 tahun tetapi mutu suara tetap sama dan awet muda. Abang Jay Jay mengadakan persembahan untuk pengisian berbuka puasa di sini. Kalau nak jumpa, jomlah ke Bufet Ramadan De Palma Shah Alam.

Ramadan Bufet De Palma Shah Alam, Jay Jay,
Jay Jay, Ramadan Buffet De Palma Shah Alam, Khir Khalid,

Senarai Harga Bufet Ramadan De Palma


Kesempatan ini saya sertakan sekali senarai harga Bufet Ramadan De Palma Shah Alam, Ampang dan Kuala Selangor untuk rujukan anda semua.

De Palma Shah Alam
Dewasa RM69.00
Kanak-kanak RM34.00

De Palma Ampang
Dewasa RM80.00
Kanak-kanak RM40.00

De Palma Kuala Selangor
Dewasa RM49.00
Kanak-kanak RM25.00

Percuma untuk kanak-kanak 5 tahun ke bawah.

Ada berita baik buat rakan pembaca blog ini. Tawaran istimewa diskaun 10% dengan memaklumkan nama blog ini (www.khirkhalid.com) sekiranya anda membuat tempahan Bufet Ramadan De Palma Shah Alam, Ampang dan Kuala Selangor.


COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Berbuka Puasa Bufet Ramadan De Palma Shah Alam Yang Menceriakan
Berbuka Puasa Bufet Ramadan De Palma Shah Alam Yang Menceriakan
Buffet Ramadan De Palma Shah Alam,
https://4.bp.blogspot.com/-LQCHXClCMB4/WTPShoToTXI/AAAAAAAAP6U/IAfmmwDD5fsh8J6qeVbdUzJOUMO0p1xcgCLcB/s640/De%2BPalma%2BShah%2BAlam.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-LQCHXClCMB4/WTPShoToTXI/AAAAAAAAP6U/IAfmmwDD5fsh8J6qeVbdUzJOUMO0p1xcgCLcB/s72-c/De%2BPalma%2BShah%2BAlam.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/06/berbuka-puasa-bufet-ramadan-de-palma.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/06/berbuka-puasa-bufet-ramadan-de-palma.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy