Berbuka Puasa Sajian Istimewa Dan Superb! Di Delicious Café, One Utama

Guys!... Delicious Café di One Utama Shopping Centre telah berwajah baharu. Suasana restoran yang ada gaya, kelasss dan menenangkan, malah menghidangkan pelbagai sajian istimewa berkonsepkan ‘internasional!!!... sedap, menyelerakan dan unik. Itulah antara rumusan dari pengalaman berbuka puasa menikmati pelbagai juadah istimewa di sini… wow!

The Delicious Group, Blogger Malaysia,
Delicious Cafe, One Utama - kredit foto ayueidris.com

Delicious Café One Utama Kini Berwajah Baharu


Petang Khamis, 9 Jun 2017 yang istimewa buat diri ini bila berpeluang menikmati juadah berbuka puasa bersama rakan-rakan di Delicious Café, One Utama Shopping Centre ini. Ia merupakan ‘Grand Café’ yang pertama di Malaysia dibawah Envictus International Holding Limited yang established dalam industri penyediaan makanan (food and beverages - F&B).

Setibanya ke sini sekitar jam 6.30 petang meninjau persekitaran Delicious Café. Premis yang luas, sesuai untuk kunjungan bersama keluarga atau kenalan dan rakan-rakan… baru tahu kenapa ia digelar ‘Grand Café’. Suasana persekitaran pun sudah cukup membuatkan saya tidak sabar untuk merasai sendiri hidangan yang disajikan. Terasa lambat pula masa berjalan menjejaki 7.21 petang huhu.

Delicious Cafe One Utama, The Delicious Cafe,
Ini baru Starter je beb... banyak lagi tengah que :)

Hidangan pertama adalah Starter dengan nama-nama menu yang unik. Antara Starter di atas adalah Muchacho Nacho Platter yang dihidangkan bersama ‘beef chilli con carne, sour cream, cheese dip, jalapenos dan pico de galio’, fried chicken wing bersama sos Thai yang diberi nama Saved By Bell-acan, Salt and Pepper & Squid dan Movie Date Popcorn.

Seterusnya bermulalah pengalaman berbuka puasa yang lebih hebat dan sememangnya 'World!'. Bermula Starter tadi, ditambah pula dengan Salad serta pelbagai Hidangan Utama termasuk Sandwich dan Burger, hinggalah pemanis dan pencuci mulut. Tidak ketinggalan juga minuman yang menarik… apa pun, biarlah gambar berbicara… yummy.

Berbuka puasa ceria bersama rakan-rakan
Delicious Cafe One Utama, Monday Blues, Hot Cuppucino,
Antara refreshments yang saya pesan ialah Hot Cuppucino dan Monday Blues
Delicious Cafe One Utama, The Delicious Group,
One in A Melon
Delicious Cafe One Utama,
Sawa-duck-ka Salad
Delicious Cafe One Utama,
Salmon Else

Hidangan Delicious Cafe Yang Unik Dan Superb!


Seperti yang saya katakan, kesemua sajian yang dihidangkan bukan calang-calang masakan. Mari kita jelajah hidangan utama yang telah kami nikmati pula. Memang lokasi terbaik menjamu selera sekiranya anda berkunjung ke One Utama Shopping Centre. Seriously, amat berbaloi dan pasti akan teringat-ingat untuk berkunjung lagi.

Delicious Cafe One Utama,
Mad as a Croque Madame
Delicious Cafe One Utama,
Country Roast with the Most
Delicious Cafe One Utama,
Go Cheesed Lightning - 100% beef patty (180gms)
Delicious Cafe One Utama,
Dibs On The Beef Ribs
Delicious Cafe One Utama,
Seashells By The Seashore Aglio Olio
Delicious Cafe One Utama,
Duck Con-Fit For a King

Membuak-buak selera tengok kesemua hidangan. Setiap satu dinikmati... ada juga rakan yang tak larat sebab kekenyangan. Portion setiap satunya memang besar, namun kalau dah sedap tetap masih ada ruang untuk menempatkan setiap hidangan di perut ini hehe. Tidak cukup dengan kesemua di atas, kami juga dihidangkan dengan 'desserts' yang juga istimewa. 

Pelbagai pilihan roti dan manisan
Sandwiches, Salmon dan Chicken Wings
Delicious Cafe One Utama,
Panna "Kota" Kinabalu
Delicious Cafe One Utama,
Chock-a-Block Lava Cake

Delicious Cafe One Utama Shopping Centre


Kalau ikutkan menu, ada pelbagai lagi hidangan yang sedia menanti pengunjung di sini. Apa yang dinikmati ini pun sudah cukup-cukup puas hati. Penghargaan terima kasih kepada Delicious Café atas layanan mesra menikmati sajian di sini. Tidak ketinggalan juga buat blogger Bro Framestone atas undangan juga rakan-rakan yang berkongsi keceriaan dan kekenyangan... perfect… Alhamdulillah.

Blogger Malaysia, Delicious Cafe One Utama,
kredit foto: ayueidris.com

Justeru, saya sediakan alamat lokasi Delicious Café untuk memudahkan anda yang berhasrat berkunjung ke sini. Senang sangat nak jumpa tempat ini kerana ia terletak bersebelahan pintu masuk utama New Wing, One Utama Shopping Centre... dari luar tepi jalan pun dah boleh nampak.

Delicious Café
Lot G316, Ground Floor,
One Utama Shopping Centre (New Wing)

Info lanjut dan terkini Delicious Cafe ini boleh anda layari di laman instagram www.instagram.com/thedeliciousgroup atau website www.thedeliciousgroup.com

5 comments:

Powered by Blogger.