Menikmati Sajian Peru Di BRASARIA, Jaya One, Petaling Jaya

Tahu tak apa itu Pollo A La Brasa? Itulah perkataan baharu yang saya pelajari dan juga menikmatinya di BRASARIA, Jaya One, Petaling Jaya ini. Satu pengalaman yang menceriakan berbuka puasa bersama puan mem dan rakan-rakan dengan pelbagai sajian resepi istimewa negara Peru di restoran yang unik ini. Jom baca lebih lanjut jurnal saya menikmati sajian citarasa Peruvian di sini.

Brassaria, Jaya One, Petaling Jaya,
BRASARIA @ Jaya One... bersama Puan Mem dan patung Lamma yang comel :)

Pollo A La Brasa Di BRASARIA Jaya One


Ok... sebelum tu, Pollo A La Brasa bermaksud ‘Peruvian Charcoal Chicken’ iaitu sajian ayam panggang dengan resepi intimewa dari Peru. Ia merupakan ‘signature dish’ di BRASARIA ini yang memang sedap dan tersendiri. Inilah juga merupakan pengalaman pertama berbuka puasa dengan merasai sendiri keenakan ayam panggang Peruvian yang dihidangkan bersama Brasaria Aji sauce .

Selain itu juga terdapat pelbagai lagi sajian yang memikat selera dihidangkan bersama Pollo A Ala Brasa. Antaranya adalah French Fries dengan pilihan sos, Peas Saltado, Brasaria Slaw, Elote, El Sanguche “The Sandwich”, El Pollo Pie “The Chicken Pie” dan pelbagai lagi. Terdapat juga 3 jenis sos Brasaria yang iaitu Aji Mild, Aji Hot dan BBQ Peruano. Pendek kata… wow… jadi tak sabar berbuka!

Brasaria, Jaya One, Petaling Jaya,
Pelbagai sajian citarasa Peru di Brasaria... memang wow!

Hidangan Citarasa Peruvian Di Brasaria Jaya One


Memang diakui Pollo A La Brasa sangat sedap, lembut dan lebih terasa berbanding kebanyakan ayam panggang kerana ayam BRASARIA ini dipilih segar dan tidak melalui proses sejuk beku sebelum dipanggang. Tambahan lagi setiap ayam-ayam tersebut terlebih dahulu diperap semalaman dengan adunan rempah ratus resepi Peru dan dipanggang dengan api yang sederhana. Sempat juga merakam beberapa sajian citarasa Peruvian yang dihidangkan.

Pollo A La Brasa, Peruvian Charcoal Chicken, Brasaria,
Pollo A La Brasa - Peruvian Charcoal Chicken
Latin Trio - Grilled Sweet Potato, Plantain and Pineapple, Brasaria,
Latin Trio - Grilled Sweet Potato, Plantain and Pineapple
Peas Saltado - Stri Fried Peas and Black Eyed Peas, Brasaria,
Peas Saltado - Stri Fried Peas and Black Eyed Peas
Brasaria Rise - Perunian Yellow Rice with Raisins, Brasaria,
Brasaria Rise - Perunian Yellow Rice with Raisins
Elote, Brasaria,
Elote - Grilled Corn with Aji Mild Sauce, Topped with chili powder and cheese
French Fries served with your choice of sauce, Brasaria,
French Fries served with your choice of sauce
El Sanguche "The Sandwich", Brasaria,
El Sanguche "The Sandwich" - Hand Pulled Chicken Sandwich on a soft roll
with mixed greens, Aji sauce and Salsa Criollo, served with chips

Diskaun 15% Dengan Kod "POLLO ALA BRASA"


Pengalaman makan di Brasaria memang istimewa. Kini anda boleh datang dan rasai sendiri keenaakan tersendiri pelbagai hidangan di BRASARIA dengan diskaun 15% sekiranya anda menunjukkan artikel saya ini dan menyebut kod “POLLO ALA BRASA”. Promosi tamat pada penghujung Julai 2017… jom berbuka puasa atau menikmati makanan citarasa Peru di sini dengan diskaun 15%.

BRASARIA @ Jaya One, Petaling Jaya
59-G, Block D,
Jaya One Ground Floor,
72A Jalan Universiti
46200 Petaling Jaya
Tel: 03 7627 4626
Mobile: 018 280 4316

Waktu Perniagaan: 11.30 pagi – 9.00 malam setiap hari.

Ikuti info terkini Brasaria di media sosial:

5 comments:

  1. wAH BANYAK HIDANGAN YG MENYELERAKAN TU

    ReplyDelete
  2. Fuh semua nampak menyelerakan sungguh ni.

    ReplyDelete
  3. alahai sedapnya..besaq2 ayam tu
    mesti puas makan..

    ReplyDelete
  4. Tengok balik jadi terlioq pulak..:D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.