Menjaga Lidah Tuntutan Penting Dalam Ukhwah Dan Cara Hidup Islam

Menjaga lidah melalui ucapan dan lafaz sebagai tuntutan penting dalam kepentingan ukhwah dan cara hidup Islam,

Sudah agak lama tidak menulis ekspresi motivasi dalam jurnal ini. Ada beberapa nukilan yang telah pun lama dikarang namun tersimpan menanti waktu untuk disiapkan dan disebarkan. Situasi berblogging kini sedikit berbeza rentak dari sebelumnya… wallahualam. Kesempatan Ramadan yang mulia ini, terpanggil berkongsi peringatan dari tazkirah buat renungan bersama berkaitan menjaga lidah tuntutan yang berat dalam Islam.  

Menjaga Lidah Tuntutan Islam,

Menjaga Lidah Tuntutan Islam


Kita sering berkata yang sia-sia dan selalu kita terleka saat bergurau senda mahupun marah. Ada masa kita berjanji namun tidak ditepati malah kita sendiri terlupa dan terkeliru atas sesetengah janji. Terkadang berdusta dalam berbicara, mencaci dan berkata keji hingga mendatangkan benci, mengejek dan mencela hingga ada yang terasa, mengadu domba dan mengumpat namun begitu ungkapan maaf tidak langsung dilafaz. Semuanya terkait dengan lafaz melalui alunan lidah.

Dalam Islam, tuntutan menjaga lidah adalah perkara yang sangat dititikberatkan. Ini kerana implikasinya sangat besar jika terkilaf dan andai tidak bersikap wajar dalam berbicara. Terdapat berbagai-bagai ganjaran besar bagi mereka yang mampu menjaga lidahnya dengan sebaik mungkin. Sebaliknya, bagi yang tidak mampu, hukuman yang diterima amatlah berat.

Menurut hadis  daripada Sahl bin Sa’ad daripada baginda s.a.w katanya, "Barangsiapa yang dapat menjamin bagiku apa yang berada di antara 2 dagu (lidah) dan di antara kedua kakinya, maka aku akan menjamin baginya syurga.” (HR Bukhari).

Menjaga Lidah Tuntutan Islam,

Menjaga Lidah Mendidik Hati Yang Bersih


Jika kita menggunakan lidah itu sebagaimana tujuan ia diciptakan oleh Allah baginya, tergolonglah kita dikalangan manusia yang mensyukuri nikmat lidah. Sebaliknya, andai menggunakan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, tergolonglah pula kita dikalangan orang-orang yang menganiaya dan melanggar perintah Allah swt.

Majlis juga diperingatkan tentang konsep lidah melalui komunikasi jari dalam dunia serba maju kini. Informasi di hujung jari menjadikan konsep lidah berfungsi lebih luas melalui penulisan sama ada bercetak atau ruangan maya seperti blog ini mahupun jaringan media sosial. Setiap yang kita lafazkan menjadi doa atau unkapan yang mempunyai implikasi buruk dan baik.

Justeru, saya mengambil kesempatan ini memohon ampun maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf dalam penulisan dan ucapan selama ini. Semoga bulan Ramadan tahun ini lebih baik buat kita semua dengan sepenuh keberkatan dan kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin.  

COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Menjaga Lidah Tuntutan Penting Dalam Ukhwah Dan Cara Hidup Islam
Menjaga Lidah Tuntutan Penting Dalam Ukhwah Dan Cara Hidup Islam
Menjaga lidah melalui ucapan dan lafaz sebagai tuntutan penting dalam kepentingan ukhwah dan cara hidup Islam,
https://2.bp.blogspot.com/-7jsU0P4pEO8/WTfgzrzUjyI/AAAAAAAAP8I/asxrMRZAeiUa2qo8vPA1aXSaEBxtJQR4wCLcB/s400/menjaga%2Blidah%2Bdan%2Btangan.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-7jsU0P4pEO8/WTfgzrzUjyI/AAAAAAAAP8I/asxrMRZAeiUa2qo8vPA1aXSaEBxtJQR4wCLcB/s72-c/menjaga%2Blidah%2Bdan%2Btangan.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/06/menjaga-lidah-tuntutan-yang-penting.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/06/menjaga-lidah-tuntutan-yang-penting.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy