Resepi Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Rempah Ratus Mak Siti

Resepi Kari Ayam Rempah Ratus Mak Siti, cara masak kari ayam, ayam masak kari, kari ayam sedap,

Serbuk Rempah Kari Daging Mak Siti, Resepi kari ayam, rempah ratus Mak Siti,

Resepi Kari Ayam Dengan Rempah Ratus Mak Siti


Kari Ayam sememangnya antara lauk kegemaran kami sekeluarga. Sejak mula berumahtangga hinggalah sekarang, masakan resepi Kari Ayam puan mem sangat istimewa. Memang tidak dinafikan sedap oleh anak-anak dan keluarga. Kari Ayam juga sentiasa menjadi antara hidangan pilihan berbuka puasa dan Hari Raya. Kelebihan resepi pastinya pada pilihan Rempah Ratus Mak Siti yang dipercayai sejak dulu lagi.

Atas ‘special request’ puan mem sudi berkongsi resepi cara masak Kari Ayam istimewa dengan Rempah Ratus Mak Siti ini. Perkara pertama mesti diutamakan pada pilihan rempah ratus, bahan-bahan segar dan juga cara memasak. 

Masa memasak Kari Ayam: Sekitar 40 minit hingga 1 jam.

Bahan-bahan yang diperlukan;
800 gram ayam.
2 biji kentang dipotong 4.
1 kotak santan rendah lemak.
2 biji tomato.
Sehelai daun pandan yang disimpul.

Bahan-bahan ditumis;
1 batang kayu manis, 1 bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 2 pelepah daun kari.
3 biji cengkih.
Minyak masak, air, garam dan cili secukup rasa.

Bahan-bahan dikisar dan ditumis; 
Sebiji bawang besar.
6 ulas bawang putih dan bawang merah.
5 biji buah keras.
3 inci halia.
2 paket kecil Rempah Kari Daging Mak Siti.
Sedikit air untuk mengisar.

Cara Masak Resepi Kari Ayam

1. Panaskan minyak masak di periuk dengan api sederhana dan tumis bahan penumis bersama bahan yang dikisar termasuk Rempah Kari Daging Mak Siti.

2. Kacau bahan-bahan di dalam periuk dengan api sederhana hingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.

3. Kemudian, masukkan kentang, ayam dan daun pandan, kacau sebentar sehingga rata.

4. Tambahkan 500ml air dan biarkan hingga mendidih.

5. Apabila kentang dan ayam sudah empuk, masukkan santan, tomato dan garam mengikut citarasa.

6. Kemudian renihkan sampai kepekatan kuah kari ayam sesuai dengan citarasa yang disukai.

7. Kari Ayam Istimewa sudah siap untuk disajikan.  

Serbuk Rempah Kari Daging Mak Siti, Kari ayam, Rempah Ratus Mak Siti,

Kari Ayam Dengan Serbuk Rempah Kari Daging Mak Siti


Menyediakan Kari Ayam 'super sedap' sebenarnya tidak susah jika tahu cara sebaiknya. Apa yang lebih penting adalah memilih rempah ratus yang terbaik. Itulah antara sebab utama Rempah Kari Daging Mak Siti menjadi pilihan setiap kali memasak Kari Ayam untuk hidangan sekeluarga. Nak tahu cara lain ayam masak kari boleh juga rujuk resepi di www.adzril.com

Rempah Ratus Mak Siti adalah produk ramuan semulajadi yang tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan. Terdapat juga pelbagai produk rempah ratus selain Rempah Kari Daging iaitu Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup dan Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Bunjut dan Raja Sup. Semua boleh didapati di kedai-kedai runcit, supermarket, hypermarket dan secara online di laman web Mak Siti.

Rempah Ratus Mak Siti,
Rempah Ratus Mak Siti,

Pelancaran Produk Baharu Rempah Ratus Mak Siti


Oh ye… baru-baru ini pun saya berpeluang menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersempena Pelancaran Produk Baharu Mak Siti. Baru saya tahu sebenarnya terdapat lebih 70 jenis Rempah Ratus Mak Siti yang hangat di pasaran. Ladang Rempah Ratus Mak Siti yang terletak di Pagoh, Muar, Johor, merangkumi 3,200 ekar pun telah mendapat pengiktirafan sebagai ‘The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysian Book of Records.

Pelancaran Produk Baru Mak Siti,

Bersempena Pelancaran Produk Baru Mak Siti, syarikatnya Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah memperkenalkan kepelbagaian lagi jenis produk terbaharu dengan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit.

Produk Baru Mak Siti,
Rempah Ratus Mak Siti,

Produk baru Mak Siti ini juga telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak diperkenalkan semasa Ekspo MIHAS 2017 yang berlangsung baru-baru ini. Justeru, memang tidak dinafikan mereka pakar dalam penyediaan rempah ratus yang diproses segar dari ladang. Rempah Ratus Mak Siti sememangnya menjadi pilihan terbaik buat kami sekeluarga.

Justeru, untuk info lanjut atau pembelian, sila hubungi;

Rempah Ratus Mak Siti

Laman Rasmi: www.maksiti.com

Alamat;
Nasuha Enterprise Sdn Bhd
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor.
Tel: 06-9737508
Whatsapp: 017 330 9330

COMMENTS

BLOGGER: 33
Loading...
image
Name

Bisnes,32,Blogging,64,Ekspresi,110,Familia,35,Foodie,34,Gadget,8,Hartanah,13,Health & Fitness,11,Hiburan,26,Informasi,98,Intervensi,27,Komuniti,36,Lifestyle,58,Motivasi,118,Movie,12,Pendidikan,38,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,42,Segmen Dan Giveaway,68,Sosial,41,Teater,5,Travelog,14,Umrah Dan Haji,3,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: Resepi Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Rempah Ratus Mak Siti
Resepi Kari Ayam Lebih Sedap Dengan Rempah Ratus Mak Siti
Resepi Kari Ayam Rempah Ratus Mak Siti, cara masak kari ayam, ayam masak kari, kari ayam sedap,
https://1.bp.blogspot.com/-4n0iwfBL5c8/WUZ8MTeexHI/AAAAAAAAQFE/89eQqNRf_28PySF2KtR4IToWerY_JenLQCEwYBhgL/s640/Kari%2BAyam%2BRempah%2BRatus%2BMak%2BSiti.jpeg
https://1.bp.blogspot.com/-4n0iwfBL5c8/WUZ8MTeexHI/AAAAAAAAQFE/89eQqNRf_28PySF2KtR4IToWerY_JenLQCEwYBhgL/s72-c/Kari%2BAyam%2BRempah%2BRatus%2BMak%2BSiti.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/06/resepi-kari-ayam-lebih-sedap-dengan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/06/resepi-kari-ayam-lebih-sedap-dengan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy