Vision City Video Games Park, Resorts World Genting,
Vision City Video Games Park di Resorts World
Genting, pastinya buat anda teruja. Merupakan lokasi santai yang menghiburkan buat para Gamers
dan semua yang berkunjung ke sini. Ia dikenali antara pusat arked terbesar di
Malaysia, menempatkan sebanyak 429 unit mesin yang menawarkan 4 jenis permainan
seperti video games, redemption games, kiddie rides dan skill games.
Vision City Video Games Park, Resorts World Genting
Pada Sabtu 10 Jun yang lalu, saya dan abang ngah
telah berkunjung ke Vision City Video Games Park untuk merasai sendiri
pengalaman bermain pelbagai games di sini. Ketibaan kami sekitar jam 3 petang
bersama rakan-rakan sememangnya mengujakan. Apatah lagi ketika ini merupakan hari hujung minggu dan penghujung musim cuti sekolah… sangat meriah.
Vision City Video Games Park ini juga merupakan
antara lokasi hiburan pilihan yang terdapat di Resorts World Genting untuk
dikunjungi ramai. Terdapat pelbagai video games yang menyediakan permainan
menembak, perlumbaan kereta dan motor, ‘fighting games’ dan permainan muzik
merangkumi mesin video games terkini ‘state-of-the-art’ yang didatangkan dari
Jepun, Taiwan dan China.
Antara permainan video pilihan saya semestinya yang
melibatkan skill tembak-menembak. Memang terdapat pelbagai video games
tembak-menembak di sini antaranya video games terkini Transformers, Star Wars,
Dark Escape dan pelbagai lagi. Punya seronok bermain sehinggakan tidak sedar
orang sekeliling… kawan lalu tegur pun tak perasan… fokus dan bersemangat menembak musuh.
Berlainan pula dengan abang ngah yang lebih
gemarkan perlumbaan motorsikal dan kereta… maklumlah orang muda. Selain itu,
ada juga mencuba skill yang terpendam dengan bermain pelbagai redemption games. Cuba punya cuba
ternyata skill tak cukup power lagi seperti 2 rakan amoi tu yang dapat macam-macam reward. Sempat bergambar ambil aura ‘luck’ mereka... yeay :).
Segalanya Mudah Dengan eZicash Vision City Video Games Park
Segala games di sini memerlukan kita menggunakan eZicash
card untuk bermain. Kita hanya perlu topup amaun cash ke dalam eZicash di
kaunter yang disediakan. Nak semak baki pun ada mesin yang disediakan. Jadi ia
lebih mudah dan selamat tanpa perlu bawa ‘token coin’ ke sana sini. Hanya topup
ke eZicash dan swipe di mana-mana mesin atau kaunter games.
Bagi permainan seluruhnya, kami memperolehi nilai
eZicash sebanyak RM200.00. Memang puas dan berbaloi bermain bermacam-macam
games di sini. Bermula sekitar 3.30 petang hinggalah 7.00 petang, sememangnya
satu pengalaman bermain games yang puas dan menceriakan. Terima kasih Resorts
World Genting atas peluang yang diberikan.
Pengalaman Berharga Di Vision City Video Games Park
Selesai bermain, kami bertolak pula ke Rajawali Coffeehouse
di Awana Hotel & Resort untuk berbuka puasa. Perbagai juadah bufet Ramadan
yang dihidang berkonsepkan Citarasa Malaysia yang pernah saya kongsikan preview
sebelum ini. Suasana berbuka puasa di sini amat meriah dengan pengunjung yang
datang bersama keluarga dan juga rakan sekerja.
Hidangan bufet Ramadan pun memang tak dinafikan
sedap-sedap. Chef dan kakitangan yang ada tetap ramah dan sentiasa senyum walaupun
kesibukan melayan pengunjung yang ramai. Bertambah meriah lagi bila dapat
beramah mesra dengan rakan-rakan menikmati juadah sambil berbual-bual seperti
satu keluarga. Sambil bual, sambil makan sampai licin… lepas tu groupfie haha.
Apa pun ia sememangnya jurnal pengalaman bermain
games yang menceriakan di Vision City Video Games Park. Antara tempat hiburan
yang menarik untuk dikunjungi di Resorts World Genting. So, ada brani main
games?... boleh layari info lanjut di www.rwgenting.com.
COMMENTS