36-Hours Food Trail Marathon Sky Avenue, Resorts World Genting

36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Kali pertama saya menyertai 36-Hours Food Trail di Sky Avenue anjuran Resorts World Genting dan merupakan pengalaman mencabar yang menyeronokkan. Berkunjung ke 18 kafe dan restoran terpilih dalam tempoh 36 jam untuk merasai keistimewaan setiap outlet yang terlibat. Makan-makan, jalan-jalan, berehat, tidur, jalan dan makan, makan, makan lagi… cabaran, pengalaman dan kenangan manis buat diri ini bersama puan mem dan rakan-rakan dihujung minggu… wow! 

36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting, Khir Khalid,

36-Hours Food Trail Sky Avenue Resorts World Genting


Ungkapan yang paling tepat ialah “ini ialah marathon makan!” setibanya di pusat membeli belah Sky Avenue, Genting Highland pada pagi Sabtu, 21 Julai 2017. Kami diberi penerangan ringkas, seterusnya, terpulang outlet yang mana yang hendak dikunjungi dahulu sehingga jam 8 malam pada keesokan harinya. Justeru, saya kongsikan 18 kafe dan restoran, menikmati ‘signature dish’ dan ‘specialty’ tersendiri.

Starbucks Reserve

Outlet pertama yang kami kunjungi adalah Starbucks Reserve yang terletak di Level 3, Sky Avenue. Kami diperkenalkan dengan citarasa kopi terbaru Nicaragua La Roca keluaran Starbucks Reserve yang telah saya tulis pada artikel sebelum ini di sini: Nicaragua La Roca, StarbucksReserve.

Starbuck Reserve, Sky Avenue, 36-Hours Food Trail,

DC Comics Super Heroes Café

Ikonik super heroes sememangnya diminati ramai, apatah lagi jika ada café ikonik seumpamanya. DC Comics Super Heroes menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Outlet menarik dengan setiap hidangan disajikan dengan tema Super Heroes DC Comics seperti Superman, Batman, Wonder Woman dan pelbagai lagi. Lihat gambar di atas sekali tu… super power marvels! Dapat juga bergambar bersama Superman dan Batman 6000 kaki dari paras laut :).

36-Hours Food Trail, DC Comics Cafe, Khir Khalid, Sky Avenue,
36-Hours Food Trail, DC Comics, Khir Khalid, Sky Avenue, Genting Highlands,

I Love Yoo!

Restoran I Love Yoo! menyediakan sajian yang simple tapi memikat kerana ia merupakan makanan kegemaran kebanyakkan kita. Antara yang hidangan adalah Taufu Fa, Bubur, Cakoi dan Cakoi Kacang Merah. Kunjungan kami ke sini selepas selesai melawat pameran SeniKome Peng Heng dan 'check-in' di First World Hotel adalah satu 'refreshment' di waktu petang yang dingin. 

36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid, Genting Highlands,
36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting, Genting Highlands,

Papparich

Ambil nafas dengan berjalan-jalan seketika di persekitaran Sky Avenue sebelum ke Papparich yang pastinya tidak asing dikalangan kita dengan 'signature dishes' sajian citarasa 'Malaysian'. Antara pilihan kami adalah Nasi Briani, Nasi Ayam, Char Kuey Teow dan Nasi Lemak. Restoran Papparich ini terletak berhadapan pintu masuk platform Awana Skyway di Level 4, Sky Avenue.

36-Hours Food Trail, Khir Khalid, Papparich, Sky Avenue,

Koong Woh Tong

Take a break dengan menikmati khasiat jeli herba di outlet Koong Woh Tong. Terdapat lebih 20 herba tradisional yang diadun rapi sesuai dinikmati semua peringkat umur. Rasanya sedap dan menyegarkan selepas menikmati makan berat sebelumnya. Antara khasiat istimewa adalah detox badan, menyegarkan kulit, membantu pelawasan, mengurangkan panas badan dan pelbagai lagi.

36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Just Heavenly

Hidup pastinya kurang manis jika tiada pemanis... kan. Pada sebelah malam memang dah tak larat untuk makan berat-berat. Maka sebaiknya kami manfaatkan menikmati suasana malam di Sky Avenue sambil menikmati Cheese Blueberry Cake dan Chocolate Cake di outlet Just Heavenly... memang heaven... tengoklah sendiri cake kami mmm...

36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Inside Scoop

Seterusnya, tambahan lagi pemanis aiskrim istimewa Inside Scoop yang terletak di lokasi berhampiran. Tak sangga makin malam, makin sejuk... makin ramai yang menikmati aiskrim Inside Scoop ini. Kali pertama menikmati Inside Scoop sewaktu meraikan Hari Ibu di sini, sememangnya aiskrim Inside Scoop memang sedap, apatah lagi dinikmati waktu malam... best.

Inside Scoop, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,Resorts World Genting,

Dome Cafe

DOME Cafe merupakan persinggahan terakhir pada malam Sabtu sebelum pulang ke bilik untuk berehat kenyang dan puas. Di sini kami dihidangkan dengan beberapa hidangan popular yang menjadi pilihan pelanggan antaranya Salt Pepper Squid, Wild Mushroom dan Spicy Olio Pasta. Nampak 'luxury' dan terasa keenakannya.

36-Hours Food Trail, Dome Cafe, Sky Avenue,

RichDad

Seawal pagi Ahad, kami meneruskan aktiviti dengan bersarapan di RichDad Gourmet Foods. Persekitaran restoran yang sarat dengan pengunjung walaupun masih pagi. Kami disajikan dengan Nasi Lemak dan Chicken Chop... sarapan pembuka hari yang perfect!

RichDad, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid,

Babajia

Babajia menjadi persinggahan seterusnya menikmati sajian berat waktu pagi. Hidangan di Babajia memang membuka selera antaranya Bubur Cha Cha, Mee Laksa dan Char Kuey Teow. Malah orang-orang di Babajia ini semuanya sangat peramah dan sentiasa tersenyum... meriah.

Babajia, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,

San Francisco Coffee

Outlet yang membuatkan saya terkenang minum kopi sewaktu musim bunga di UK dan Europe. Antara pengalaman menarik di San Francisco Coffee, Sky Avenue bila menikmati kopi dan Lasagne di ruangan terbuka dalam suasana tengah hari sekitar 25 Celsius. San Francisco Coffee pun ada orange tau.

36-Hours Food Trail, San Francisco, Sky Avenue, Khir Khalid,

BMS Organics

BMS Organics menyediakan makanan sihat berasaskan organik. Ini juga merupakan kali kedua kami makan di sini. Mee kari laksa di sini sedap dan memang menjadi hidangan pilihan saya jika berkunjung. Makan sambil tersenyum membuat hati bertambah ceria!

BMS Organics, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid,

Dal.Komm Coffee

Dal.Komm Coffee bukan sekadar menyediakan adunan kopi yang istimewa tetapi menghidangkan 'desserts' yang sedap... sangat sedap. Ia membuatkan saya teringat-ingat hingga ke hari ini. Antara 'desserts' yang ingin saya nikmati lagi jika berkunjung ke Sky Avenue di lain masa.

Dal.Komm, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid,

Tian Ma Bird Nest

Bagi menstabilkan perut yang penuh dengan pelbagai makanan sedap, Tian Ma Bird Nest menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Khasiat Sarang Burung sememangnya diperakui dunia memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan. Rasanya sedap, lagi sedap dimakan panas-panas.

Tian Ma Bird Nest, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,

Tokyo Secret

Tokyo Secret memang terkenal dengan Cheese Tart dan Cheese Cake yang disukai ramai. Kali kedua juga dapat bertemu dan berjabat tangan bersama Mr Andy Teh, pengurus Tokyo Secret. Terima kasih juga dapat tapau... bawa pulang, simpan ikut tips Mr Andy dan makan sambil berblogging... very inspirational!

Tokyo Secret, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,
Tokyo Secret, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Andy Teh,

Madame Waffle

Madam Waffle juga tidak kurang hebatnya. Berpeluang juga tapau Tiramisu untuk dibawa pulang. Antara 'dessert' pilihan bersantai sambil menikmatinya... sayang pula nak makan bila melihat adunan yang cantik dengan strawberi segar... sayang nak makan tapi selera sangat.

Madame Waffle, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,

Kyochon 1991

Kyochon 1991, resipi ayam goreng dari Korea ini merupakan antara lokasi kunjungan ramai si Sky Avenue. Mujur juga berjumpa dengan rakan-rakan sewaktu ke sini. Dapat berehat seketika sambil bersembang santai menikmati ayam goreng. Ada dua perisa, original dan pedas.

Kyochoon 1991, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,
Kyochoon 1991, Irene Chua, Venny Lee, Khir Khalid, Sky Avenue,

Tampopo

Tampopo merupakan restoran makanan Jepun dan lokasi terakhir sebagai pilihan makan malam. Suasana interior yang santai dan ekslusif amat sesuai untuk pilihan seisi keluarga. Sajian yang dihidangkan pun menyelerakan dan sedap-sedap. Saya dan puan mem menikmati sajian Tampopo sepuas hati... perfect.

Tampopo, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue,
Tampopo, 36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Khir Khalid,

Penghargaan 36-Hours Food Trail Resorts World Genting


Sekalung penghargaan terima kasih istimewa buat Resorts World Genting atas peluang cabaran 36-Hours Food Trail yang menyeronokkan ini... memang best!. Penghargaan juga buat Irene Chua, Jay Ang Tan dan Robyn J Lopez atas segala 'hospitality' dan kemudahan, serta semua rakan-rakan Bloggers dan Influencers yang berkongsi keceriaan sepanjang aktiviti berlangsung.  You guys the best... pengalaman yang best... semua best, best, best! :)

Info lanjut apa lagi yang best di Sky Avenue boleh layari www.rwgenting.com
  

COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: 36-Hours Food Trail Marathon Sky Avenue, Resorts World Genting
36-Hours Food Trail Marathon Sky Avenue, Resorts World Genting
36-Hours Food Trail, Sky Avenue, Resorts World Genting,
https://1.bp.blogspot.com/-Q1l0SZ8_s00/WXcJeGQcWQI/AAAAAAAAQXQ/Y6GZ8YZ7faY8FQlqmRzKyBC3OdLTilNZQCLcBGAs/s640/36%2BHours%2BFood%2BTrail%2BDC%2BComics-min.png
https://1.bp.blogspot.com/-Q1l0SZ8_s00/WXcJeGQcWQI/AAAAAAAAQXQ/Y6GZ8YZ7faY8FQlqmRzKyBC3OdLTilNZQCLcBGAs/s72-c/36%2BHours%2BFood%2BTrail%2BDC%2BComics-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/07/36-hours-food-trail-sky-avenue.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/07/36-hours-food-trail-sky-avenue.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy