AYDA Meraikan Ulang Tahun Ke-10 Memupuk Kecemerlangan Rekabentuk Di Asia

Ulang tahun ke-10 AYDA memupuk kecemerlangan reka bentuk di Asia, Asia Young Designer Award 2017,

Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint), meraikan Asia Young Designer Award (AYDA) edisi ke-10, yang telah memberi pendedahan kepada lebih 10,000 pelajar seni reka muda berbakat meliputi 15 buah negara di Asia. Bermula hanya 87 penyertaan pada 2008, kini lebih 4,500 pelajar rekaan dalaman dan seni bina telah menyertai pertandingan berprestij ini. AYDA kini telah menjangkau ke 15 negara seluruh Asia termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Pakistan, Indonesia, Papua New Guinea, Vietnam, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan, India dan Sri Lanka.

Ayda 2017, AYDA Xchange 2017,

Asia Young Designer Award 2017


AYDA 2017 bertemakan 'You for Tomorrow: Future Living as Envisioned Today' bakal mencabar wawasan dan keupayaan teknikal para pereka muda hari ini untuk mengetengahkan keperluan masa hadapan. Mereka perlu menghasilkan rekaan yang memenuhi kehendak warga dunia akan datang. Tema ini menggalakkan ciri-ciri kelestarian alam, mengutamakan masyarakat, menerjah sempadan reka bentuk, bersifat individu disamping menghasilkan reka bentuk bersifat futuristik.

Sepanjang satu dekad sejak dimulakan, tema AYDA sentiasa berubah agar terus kekal relevan kepada para pereka muda di Asia. Ia sentiasa menekankan kepentingan sifat keaslian dan keberanian dalam menghasilkan idea baru. Usaha ini melangkau amalan rekaan biasa meliputi kesedaran tentang kelestarian persekitaran, keprihatinan terhadap keperluan insan menerusi model yang dipacu oleh masyarakat, berfikiran terbuka serta maju.

Sejak 2008 juga, AYDA telah mengalami perubahan daripada sekadar pertandingan idea reka bentuk bakat muda kepada acara lebih menyeluruh. Pereka muda berpeluang mendengar ceramah tokoh-tokoh industri, mendapat pendedahan latihan peribadi, bengkel pementoran dan kemahiran oleh pensyarah dan tokoh utama berpengalaman dalam industri, disamping belajar daripada rakan-rakan negara Asia. Pengalaman pembelajaran berbilang aspek merapatkan jurang antara pengetahuan akademik dan kemahiran yang diperlukan untuk berjaya di pasaran sebenar.

AYDA 2017,

AYDA XChange 2017 turut menyaksikan penyertaan alumni AYDA dalam forum perbincangan berkongsi pengalaman bekerja dalam industri. Ini menggalakkan rakan seangkatan membiasakan diri dengan inovasi dan berfikir ke hadapan dalam penghasilan rekaan. Pada masa yang sama mereka perlu menggabungkan pandangan peribadi dengan elemen penting yang difikirkan perlu untuk gaya hidup masa depan.

Selain itu, AYDA juga mewujudkan Program Pembelajaran Serantau kepada para pemenang pingat emas di 15 buah negara. Mereka menyertai pertandingan peringkat akhir serantau bagi merebut Anugerah Platinum yang menawarkan hadiah bernilai USD1,000 setiap satu bagi kategori Seni Bina dan Rekaan Dalaman. Para peserta program juga berpeluang meningkatkan lagi kemahiran komunikasi, persembahan dan pengalaman merentas sempadan melalui pertukaran pengetahuan rakan sebaya pelbagai latar belakang budaya, penceramah utama industri serta latihan. Tahun ini Malaysia menjadi hos Program Pembelajaran Serantau AYDA sempena ulang tahun ke-10 anugerah ini.

AYDA disokong oleh pelbagai badan kerajaan dan persatuan-persatuan dalam industri termasuk Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA), Pertubuhan Arkitek Malaysia(PAM), Persatuan Belia Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA Youth), Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) serta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

AYDA 2017 dibuka kepada para pelajar Seni Bina (diploma tahun ketiga dan ke atas) dan pelajar Rekaan Dalaman (diploma tahun kedua dan ke atas). Tarikh akhir penyertaan adalah pada 3 Oktober 2017. Info lanjut pertandingan di www.asiayoungdesigneraward.com.

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Bisnes,40,Blogging,67,Durex,2,ECERDC,10,Ekspresi,117,Familia,35,Fesyen,7,Foodie,40,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,IJM Land,5,Informasi,101,Intervensi,27,INTI,32,Komuniti,39,Lazada,3,Lifestyle,121,MDEC,3,Motivasi,116,Movie,14,Nippon Paint,11,Penghargaan,60,Perawatan Islam,13,Portfolio,44,RWGenting,22,Segmen Dan Giveaway,68,Sosio-Pendidikan,85,Sunway,6,Teater,6,Travelog,17,Umrah Dan Haji,3,Wellness,21,Wordless Wesnesday,21,
ltr
item
Khir Khalid: AYDA Meraikan Ulang Tahun Ke-10 Memupuk Kecemerlangan Rekabentuk Di Asia
AYDA Meraikan Ulang Tahun Ke-10 Memupuk Kecemerlangan Rekabentuk Di Asia
Ulang tahun ke-10 AYDA memupuk kecemerlangan reka bentuk di Asia, Asia Young Designer Award 2017,
https://1.bp.blogspot.com/-VgzOux2ALLg/WVehl6wE77I/AAAAAAAAQJU/k-7jPvVqae4sy3Xj2XMTWH-pG0BMrAPFQCLcBGAs/s640/Ayda%2BXchange%2B2017.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-VgzOux2ALLg/WVehl6wE77I/AAAAAAAAQJU/k-7jPvVqae4sy3Xj2XMTWH-pG0BMrAPFQCLcBGAs/s72-c/Ayda%2BXchange%2B2017.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/07/ayda-meraikan-ulang-tahun-ke-10-memupuk.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/07/ayda-meraikan-ulang-tahun-ke-10-memupuk.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy