Citarasa Kopi Nicaragua La Roca Starbucks Reserve Sky Avenue

Nicaragua La Roca, Starbucks Coffee Reserve, Sky Avenue, Genting Highlands, Resorts World Genting,

Menikmati kopi Nicaragua La Roca keluaran terbaru Starbucks Coffee merupakan antara pengalaman menarik sebagai penggemar kopi. Ia peluang istimewa yang menceriakan kerana saya bukan sahaja dapat menikmati kopi berkualiti tinggi di Starbucks Reserve Sky Avenue, Resorts World Genting, malah menyaksikan sendiri teknik membancuh kopi mengikut piawaian adunan kopi antarabangsa

Starbuck Coffee Reserve, Sky Avenue, Genting Highlands,

Nicaragua La Roca Starbuck Reserve


Starbucks Reserve merupakan outlet persinggahan pertama dalam aktiviti jelajah makanan 36-Hours Food Trail ke beberapa kafe dan restoran terpilih di Sky Avenue. Suasana kafe yang selesa mengetengahkan kombinasi klasik, moden dan esklusif. Aroma kopi yang turut menyambut ketibaan kami juga secara tidak langsung membangkitkan lagi keinginan menikmati kopi.

Di sini, kami diperkenalkan dengan keluaran kopi terbaru bernama Nicaragua La Roca yang merupakan antara kopi bermutu tinggi dari Nicaragua. Ia adalah biji kopi terpilih yang hanya dikeluarkan dalam jumlah kecil dan menjadi antara pilihan terbaik penggemar kopi di seluruh dunia. Terdapat beberapa jenis adunan yang boleh didapati di Starbuck Reserve, Sky Avenue.

Starbucks Coffee Reserve, Sky Avenue, Genting Highlands,

Coffee Master Starbucks Reserve Sky Avenue


Kami disambut oleh encik Salleh Haron, Senior Manager Public Affair & Digital Strategy, Berjaya Starbucks Malaysia dan Brunei. Beliau juga merupakan Coffee Master bersama Puan Ayesha yang pastinya merupakan individu penting di Starbucks Reserve. Puan Ayesha menunjukkan demonstrasi bancuhan kopi mengikut standard terbaik antarabangsa kepada kami.

Sebenarnya, ia bukan satu tugas yang mudah untuk menghidangkan citarasa kopi yang berkualiti dan terbaik kerana ia memerlukan skill serta pengalaman bertahun-tahun. Selain itu, 'passion' terhadap citarasa kopi juga amat perlu untuk terus menyediakan yang terbaik. Melihat teknik bancuhan oleh Coffee Master ini pun sudah buat saya terliur... tak sabar nak menikmati kopi.

Salleh Haron, Ayesha, Coffee Master, Starbucks Coffee Reserve, Genting Highlands,
Ayesha, Coffee Master Starbucks Coffee, Genting Highlands,

Memang tidak dinafikan yang kopi Nicaragua La Roca ini sedap. Aroma kopinya pun cukup memikat. Minum sedikit-sedikit pun dah terasa ia adalah kopi terpilih dan berkualiti, malah dengan adunan serta bancuhan dari yang Coffee Master menambahkan lagi keistimewaan kopi ini. Dapat juga serba sedikit tips menarik tentang teknik bancuhan kopi yang terbaik. 

Penghargaan terima kasih kepada En Salleh dan puan Ayesha serta seluruh warga Starbucks Coffee Reserve, Sky Avenue atas keramahan dan layanan mesra. Pengalaman terbaik sebagai penggemar kopi kerana berpeluang menikmati adunan kopi berkualiti yang dibancuh segar oleh orang yang pakar dalam bidangnya... memang best!

Salleh Haron, Ayesha, Coffee Master Starbucks Coffee, Genting Highlands,

Starbucks Reserve Sky Avenue Resorts World Genting


Justeru, jika berkunjung ke Sky Avenue di Genting Highlands, bolehlah singgah ke Starbucks Reserve untuk merasai sendiri adunan terbaik kopi Nicaragua La Roca di sini. Pekena kopi sambil cari inspirasi... Starbucks Reserve terletak di T28-31, Level 3, Sky Avenue, Resorts World Genting.

Sebarang info lanjut boleh anda layari di www.rwgenting.com

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Citarasa Kopi Nicaragua La Roca Starbucks Reserve Sky Avenue
Citarasa Kopi Nicaragua La Roca Starbucks Reserve Sky Avenue
Nicaragua La Roca, Starbucks Coffee Reserve, Sky Avenue, Genting Highlands, Resorts World Genting,
https://1.bp.blogspot.com/-5KnJFtXFIns/WXXzQauYMaI/AAAAAAAAQVo/3IHsQsRxNyAiym8zF8zCPGbeTAGQQeeawCLcBGAs/s640/Starbucks%2BReserve-min.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-5KnJFtXFIns/WXXzQauYMaI/AAAAAAAAQVo/3IHsQsRxNyAiym8zF8zCPGbeTAGQQeeawCLcBGAs/s72-c/Starbucks%2BReserve-min.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/07/citarasa-kopi-nicaragua-la-rosa-di.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/07/citarasa-kopi-nicaragua-la-rosa-di.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy