Dragon’s Den Competition - Pembentangan Idea inovatif Keusahawanan Pelajar INTI

Baru-baru ini, University of Hertfordshire yang merupakan rakan institusi pengajian INTI telah menganjurkan pertandingan keusahawanan Dragon's Den Competition. Pertandingan ini melibatkan penyertaan pelajar INTI International College Kuala Lumpur yang disyarat membentangkan idea dan konsep perniagaan yang inovatif kepada 3 ‘Dragon’ selaku pengadil pertandingan.

University of Hertfordshire, INTI International College Kuala Lumpur,

Dragon’s Den Competition University of Hertfordshire


Dragon’s Den Competition mengetengahkan kreativiti setiap peserta untuk memikirkan secara menyeluruh disamping perlu mengemukakan pelbagai aspek idea yang selaras dengan kepentingan realiti perniagaan. Pembentangan selama 2 minit itu perlu meyakinkan para pengadil yang arif dalam pelbagai bidang tentang idea inovasi perniagaan yang diketengahkan. 

Peserta turut diberi masa selama 30 minit untuk mengemukakan cadangan perniagaan terbaik sebelum ia dibentangkan kepada ketiga-tiga 'Dragon' diwakili Julie Newlan, Pro Vice-Chancellor (Business and International Development), Stuart Smith, Head of International Recruitment dan Sam Poulton, Regional Manager of Europe and The American daripada University of Hertfordshire..

University of Hertfordshire, INTI International College Kuala Lumpur,
University of Hertfordshire, INTI International College Kuala Lumpur,

Tempat pertama Dragon’s Den Competition dimenangi oleh Navinder Singh, merupakan penuntut tahun akhir program 3+0 BA (Hons) Business Administration, University of Hertfordshire. Beliau dianugerahkan biasiswa yuran pengajian bernilai £4000.00 (RM21,805.00). Navinder meluahkan kegembiraannya dan turut berkongsi nasihat kepada bakal peserta akan datang agar yakin apabila membentangkan sesuatu idea.

Selain itu, 1st Runner-ups dimenangi oleh Ginny Cheah Boa Gin dan Hiew Wei Lik, penuntut tahun kedua program 3+0 BA (Hons) Finance, University of Hertfordshire dan dianugerahkan biasiswa yuran pengajian bernialai £2000.00 (RM10,902.00) setiap seorang.

Manakala 2nd Runner-ups pula dimenangi oleh Wong Sue Ee dan The Yun Lei, juga pelajar tahun kedua program 3+0 BA (Hons) Finance, disertai Tommy Eng Yon Lek, tahun kedua program 3+0 BA (Hons) Event Management dan Marketing dan Putri Sofea Asjad, pelajar tahun kedua program 3+0 BA (Hons) Marketing. Setiap seorang dianugerahkan biasiswa pengajian £1,000.00 (RM5,451.00).

University of Hertfordshire, INTI International College Kuala Lumpur,

“This competition provided studens a chance to critique their entrepreneurial outlook and helped them think as business leaders would in a realistic environment. We are keen to deliver a practical learning environment at INTI to ensure the students are work-ready employees upon graduation.” – Julie Newlan.

Justeru, tahniah diucapkan kepada semua pemenang Dragon’s Den Competition. Pertandingan ini merupakan antara inisiatif yang strategik dalam menyuntik kemahiran praktikal peserta berkaitan realiti perniagaan. Ia juga merupakan antara elemen persediaan terbaik mendidik bakal pemimpin perniagaan dalam aspek pemerkasaan keusahawanan dan sosio-masyarakat berdaya maju.

7 comments:

  1. Tahniah kepada pemenang...moga masa mendatang menjadi usahawan yang berjaya..dalam bidang masing-masing :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah kepada pemenang..
    Lumayan jugak hadiah tu

    ReplyDelete
  3. yakin memmang penting untuk melakukan apa jua perkara dalam dunia..

    dengan rasa yakin boleh berjaya..

    ReplyDelete
  4. Tahniah kpd semua pemenang berani mencuba mesti ada hasilnya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.