Menghayati Khazanah Pameran Artifak Asli Rasulullah SAW Dan Para Sahabat RA

Menghayati khazanah peninggalan Baginda Rasulullah S.A.W dan para sahabat R.A merupakan satu pengalaman berharga buat diri ini apabila berpeluang berkunjung ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Pameran ini dibuka untuk kunjungan ramai bermula pada 10 Julai hingga 23 Ogos 2017. Ia dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.

Pameran artifak, Shakiddo, Khir Khalid, Masjid Negeri Selangor,
Kelambu Kaabah - Kehalusan seni dan sejarahnya yang patut kita ketahui

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W Dan Para Sahabat R.A.


Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A di Masjid Negeri Selangor diadakan atas usahasama Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Negeri Selangor, Lembaga Muzium Negeri Selangor dan Dragon Heart Sdn. Bhd. Alhamdulillah, diberi peluang berkunjung dengan izinNya menyaksikan pelbagai artifak peninggalan Rasulullah S.A.W dan para sahabat R.A yang dipamerkan.

Meneliti setiap artifak, menghayati khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A bersama kehebatan ketamadunan sains penciptaan Jam Matahari, kehalusan seni tenunan Kiswah, ketelitian pembuatan Kunci Kaabah hinggalah penghasilan Al-Quran Emas yang dicipta dengan penuh penghayatan dan kehalusan senicipta. Justeru, saya abadikan beberapa gambar sebagai perkongsian istimewa kepada sahabat pembaca yang dihormati sekelian.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Jam Matahari Mesir Kuno
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Pedang  Rampasan Perang Saidina Hamzah R.A
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Pintu Kaabah lama
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kain Kiswah dalam Kaabah
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Pintu Kaabah baharu
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Cebisan Batu Kaabah
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Antara Cop Mohor Rasulullah S.A.W
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Makam Ashabul Kahfi
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Batu tertera ayat Quran dari Masjid Kubaa

Terdapat sebanyak 25 artifak asli termasuk rambut, janggut, darah bekam, serban, penutup makam, tapak kaki, tanah makam, cop mohor, tongkat, panah dan capal Rasulullah S.A.W. Turut dipamerkan pedang-pedang rampasan perang Saidina Hamzah R.A, Khalid Ibni Al Walid dan Mu’adz bin Jabal. Selain itu, terdapat juga Kiswah Pintu dan dalam Kaabah, Kunci Kaabah, Al-Quran Emas Kerajaan Uthmani, Batu Tertera Ayat Al-Quran dari Masjid Kubaa serta pelbagai lagi.

Lebih terkesan dalam jiwa ini bila melihat artifak-artifak peninggalan Baginda Rasulullah S.A.W yang masih terpelihara. Mengamati janggut, rambut dan Penutup Makam Baginda membuatkan diri terasa sayu, Serban dan Panah Baginda menarik perhatian untuk membayangkan kehebatan keperibadian Baginda S.A.W. Paling menarik perhatian bila melihat Darah Bekam Rasulullah S.A.W yang masih kelihatan segar walaupun melangkau usia 1400 tahun… subhanallah.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Serban Rasulullah S.A.W
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Helaian Janggut Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Helaian Rambut Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Darah Bekam Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Tanah Makam Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kunci Makam Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Kain Penutup Makam Rasulullah S.A.W.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Rasulullah S.A.W, kaum keluarga serta para sahabat R.A. Sebelum ini hanya pernah melihat replika tempat tinggal dan beberapa peninggalan Rasulullah S.A.W di Kompleks Taman Seni Islam berhampiran. Kali ini apa yang dipamerkan di Masjid Negeri Selangor ini adalah artifak asli untuk tatapan semua yang berkunjung ke sini.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Busur (Panah) Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Bekas Tapak Kaki Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Capal Rasulullah S.A.W.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Al Quran Bertatah Emas
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.,
Pedang Rampasan Perang Khalid Ibn Al-Walid R.A.
Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.
Pedang Rampasan Perang Mu'adz Ibn Jabbar R.A.

Pameran Artifak: Tamadun Islam Mendahului Zaman


Terdapat pelbagai lagi artifak yang melambangkan kehalusan seni budaya dan keagungan ketamadunan Islam turut dipamerkan. Saya juga berasa bertuah kerana dihari yang sama berpeluang mengikuti lawatan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang berkunjung ke Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A ini.

Sememangnya ia satu pengalaman berharga melihat dengan lebih dekat khazanah peninggalan Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A. Pameran yang patut dikunjungi seisi keluarga mahu pun lawatan sambil belajar sekolah demi menghayati rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W, disamping menghargai kehalusan seni budaya dan inspirasi perjuangan kegemilangan ketamadunan Islam. 

YTDM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Masjid Negeri Selangor,
Lawatan YTDM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah

Sekalung tahniah kepada pihak penganjur atas pameran yang bernilai ini juga penghargaan terima kasih kepada Denaihati Network atas peluang yang diberikan. Mudah-mudahan menjadi inspirasi yang bermanfaat buat semua untuk kebaikan di dunia dan akhirat, in shaa Allah.

Bersempena pameran, pihak penganjur turut menyediakan hadiah cabutan bertuah. Pengunjung ke-1000 akan menerima sehelai t-shirt dan pengunjung ke 10,000 akan mendapat sehelai t-shirt dan 1 Al-Quran Digital. Manakala pengunjung ke-100,000 pula akan menerima sehelai t-shirt, 1 Al-Quran Digital dan Pakej Umrah untuk seorang. Mana tahu anda salah seorang pengunjung yang terpilih.

Pameran Artifak Asli Rasulullah S.A.W dan Para Sahabat R.A.
Tarikh: 10 Julai – 9 Ogos 2017.
Masa: 9.00 pagi – 10 malam.
Lokasi: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor, Shah Alam).

Harga Tiket:
* Dewasa: RM20.00 seorang.
* Pelajar: RM10.00 seorang
* Warga Emas: RM10.00 seorang
* OKU: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak 6 tahun ke atas: RM10.00 seorang
* Kanak-kanak bawah 6 tahun: Percuma

Tiket boleh diperolehi di pintu masuk, tapi bagi mengelakkan beratur panjang dan memudahkan, adalah disarankan membeli tiket secara online di www.tamadunislam.com

19 comments:

  1. tengok gambar pon dah kagum, apatah lagi kalau tengok depan. memang bertuah sangat. Nanti nak ajak Islam pergi tengok la. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  2. Memang bercadang utk ke sini. Tertarik untuk tgk lebih dekat artifak peninggalan Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  3. Subhaallah..tiggalan Rasullullah n sejarah taadun Islam yg tidak ternilai harganya wajar ambil peluang pameran ini

    ReplyDelete
  4. wahh kena plan nak pergi sini nanti. thanks for sharing KK
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...sayu rasa...apa yang ditinggalkan dijaga..dilihat..diingati..terima kasih perkongsian ini..moga selawat keatas Baginda sentiasa subur.

    ReplyDelete
  6. terima kasih infonya
    sgt2 bermakna nie..

    ReplyDelete
  7. Cn pun br berkesempatan pegi ptg td.Rasa terharu sbb dpt cium kain penutup makam baginda yg wangi sangat. Salah seorang volunteer kt situ ex-student CN.

    ReplyDelete
  8. setuju bro, baca dan tgk gambar di entri ni pun dah rasa sayu..insyaAllah akan turut berkunjung ke pameran ini juga nanti,

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..lama tidak menyinggah..entry yang cukup menarik. terima kasih atas informasi. insyallah boleh bawak my tenit ke sana. menyusuri sirah rasullah saw.

    ReplyDelete
  10. Dah dekat sangat dengan tempat miza. InsyAllah sedang mencari masa untuk singgah

    ReplyDelete
  11. pameran begini akan mengukuhkan rasa cinta kita kepada Rasulullah SAW..

    siapa yang berpeluang tu..wajib pergi

    ReplyDelete
  12. Terpegum saya melihat aktifak peninggalan Nabi Junjungan Kita Rasulullah SAW.

    Terasa nak pergi, jika ada kelapangan.

    Teruja tengok Khir Khalid pergi ke sans. Ada juga saya tengok kat FB baru-baru ni.

    ReplyDelete
  13. Selawat dan salam k atas Baginda Rasulullah S.A.W yang dirindui. Bertuah siapa yang dapat ke sana dan melihat sendiri artifak yang dipamerkan. InsyaAllah sementara sempat ni, saya pun nak ke sana.. :)

    ...

    ReplyDelete
  14. Masih belum berkesempatan untuk melihat khazanah ini

    ReplyDelete
  15. Selawat dan Salam keatas junjungan Baginda Rasulullah SAW. Menarik sekali koleksi artifak dalam pameran ni.

    ReplyDelete
  16. Subhanallah... bagus sangat kalau dapat melihat di depan mata
    اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

    https://pustakamuasz.blogspot.my/

    ReplyDelete
  17. besarnya tapak kaki nabi tu...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.