Street Churros Menganjurkan National Churros Eating Championship 2017

Berita baik buat penggemar Churros!!... Street Churros, rangkaian ‘global no. 1 take out café’, resipi istimewa Korea kegemaran ramai di Malaysia kini menganjurkan pertandingan National Churros Eating Championship 2017 di beberapa cawangan outlet. Pertandingan makan Churros yang mencabar dan menyeronokkan dengan hadiah yang menarik buat pemenang yang menyertainya.

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

National Churros Eating Championship 2017


Petang Sabtu hujung minggu yang lalu, saya telah ke cawangan Street Churros di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya untuk menyaksikan pertandingan National Churros Eating Championship 2017 yang dianjurkan. Ia merupakan pertandingan ke-3 diadakan selepas outlet yang pertama di Berjaya Times Square dan kedua di One Utama sebelum ini.

Acara yang bermula sekitar jam 3 petang ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran para penyokong setiap kumpulan peserta untuk memberi perangsang dan semangat. Terdapat 3 kumpulan dengan 3 orang peserta dalam setiap kumpulan dengan nama-nama menarik iaitu Team A: Churritas, Team B: Suplex City dan Team C: Topokki. 

Kesemua kumpulan yang bertanding dihidangkan 30 Churros dengan 3 perisa berbeza iaitu 10 perisa Cinnamon, 10 perisa Coklat dan 10 perisa Cheese. Peserta diberikan masa selama 15 minit untuk makan dan makan! Kumpulan yang paling banyak menghabiskan Churros akan dipilih sebagai pemenang pertama dan layak untuk menyertai pertandingan di Grand Final. 

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

National Churros Eating Championship 2017 @ Empire Shopping Gallery


Suasana persekitaran outlet Street Churros di Empire Shopping Gallery bertambah padat dengan orang ramai menyaksikan pertandingan sejurus ia bermula. Bila loceng berbunyi, mulalah kesemua peserta makan sambil penonton bersorak. Melihat pelbagai aksi setiap peserta berusaha bersungguh-sungguh menghabiskan Churros seberapa banyak dan secepat yang mampu juga membuatkan semua terhibur… meriah!

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,
Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,
Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

Selepas loceng penamat dan kiraan rasmi, Team B: Suplex City menang dengan keseluruhan 17 Churros berjaya dihabiskan. Team B: Suplex City memenangi RM200.00 voucher tunai Street Churros dan RM100.00 voucher tunai Softree. Ketua kumpulan juga turut terpilih sebagai pemenang ‘Winner of the Match Award’ dan membawa pulang Limited Edition Street Churros Bottle and fan.

Tempat kedua dimenangi Team C: Topokki dan memperolehi RM100.00 voucher tunai Street Churros dan RM100.00 voucher tunai Softree, manakala Team C: Churritas pula ditempat ke-3 memenangi RM50.00 voucher tunai Street Churros dan RM30.00 vaucher tunai Softree. 

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

Jom Churros!... Sertai National Churros Eating Championship 2017


Amacam… ada berani?. Ada beberapa lagi lokasi cawangan yang bakal mengadakan pertandingan untuk anda yang berhasrat menyertai National Churros Eating Championship 2017 ini. Penyertaannya pun mudah, hanya perlu memohon dengan menampilkan nombor resit dan tarikh pembelian Street Churros di sini > National Churros Eating Championship Application Form.

Disertakan juga lokasi Preliminary Rounds National Churros Eating Championship 2017:

1) Street Churros @ Berjaya Times Square
- Jam 3 petang, 15 Julai 2017
(Sila hantar permohonan sebelum 9 Julai 2017)

2) Street Churros @ 1 Utama
- Jam 3 petang, 22 Julai 2017
(Sila hantar permohonan sebelum 16 Julai 2017)

3) Street Churros @ Empire Shopping Gallery, Subang
- Jam 3 petang, 29 Julai 2017
(Sila hantar permohonan sebelum 23 Julai 2017)

4) Street Churros @ IOI City Mall, Putrajaya
- Jam 3 petang, 5 Ogos 2017
(Sila hantar permohonan sebelum 30 Julai 2017)

5) Street Churros @ MyTOWN Shopping Centre, Cheras
- Jam 3 petang, 12 Ogos 2017
(Sila hantar permohonan sebelum 6 Ogos 2017)

6) Street Churros @ Sky Avenue, Genting Highlands
- Jam 3 petang, 19 Ogos 2017
(Sila hantar permohonan sebelum 13 Ogos 2017)

GRAND FINALS:
LOKASI: STREET CHURROS @ BERJAYA TIMES SQUARE
TARIKH : 16 SEPTEMBER 2017
MASA : 3 PETANG

Pastikan tarikh tutup permohonan di setiap cawangan Street Churros di atas. Sebarang permohonan selepas tarikh tutup tidak akan dilayan.

Sila hubungi Cik Izzati: 017-4905098 atau Ms Choco: 018-6699290 untuk sebarang pertanyaan..

Siapa tahu, mungkin anda bakal menjadi pemenang pertama National Churros Eating Championship 2017 ini… JOM CHURROS!

Street Churros, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya,

Justeru, setiap peserta yang memenangi tempat pertama ‘Prelimenary Rounds’ ini layak terpilih ke pertandingan Grand Final National Churros Eating Championship 2017 yang akan berlangsung di Street Churros, Berjaya Times Square pada 19 September 2017. Pemenang pertama Grand Final bakal dapat makan CHURROS PERCUMA selama setahun!

National Churros Eating Championship 2017 yang dianjurkan oleh Street Churros ini turut ditaja oleh Cornery – The Popcon Gallery dan Softree. Jom layari website dan follow media sosial Street Churros di bawah;


Facebook: @StreetChurrosMY

Instagram: @StreetChurrosMY

JOM CHURROS!

5 comments:

  1. Nampaknya peserta perlu tahan makan dulu sebelum menyertai National Churros Eating Championship. Acara yang best, perut kenyang dan dapat hadiah.

    ReplyDelete
  2. Wahhh siap ada pertandingan makan churros. Untung siapa yang join. Kenyang & dapat hadiah wang tunai jugak :)

    ReplyDelete
  3. wah best sambil bertanding sambil dapat makan hehehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.