Neffos X1 Telefon Pintar Bergaya Dengan Harga Berbaloi

Pasti ramai dikalangan rakan pembaca yang sudah tahu tentang telefon pintar jenama Neffos dengan dutanya yang anggun sering muncul di kaca TV. Dikenali sebagai peranti mampu milik, Neffos kini memperkenalkan satu lagi siri Neffos X1 dengan rekabentuk berasaskan logam yang bergaya serta penawaran fungsi yang memuaskan. Satu lagi keluaran TP-Link yang mempunyai kelas tersendiri, canggih dan berbaloi untuk dimiliki.

Neffos X1,

Neffos X1 Peranti Mampu Milik Keluaran TP-Link


Baru-baru ini saya telah diperkenalkan oleh rakan blogger Bro Framestone untuk merasai pengalaman menggunakan Neffos X1 ini. Melihat pada keseluruhan fitur dan spesifikasi, perkara pertama yang menarik minat adalah rekabentuknya yang stylish dengan harga yang memang mampu milik. 

Bermula dengan harga RM769, ia merupakan telefon pintar yang berbaloi dalam kelasnya. Neffos X1 mempunyai daya penarik tersendiri dengan rekabentuk logam yang elegan dengan fungsi terkini pengimbas cap jari, pengecasan pantas, pilihan memori setinggi 3GB dengan storan antara 16GB/32GB, micro SD sehingga 128GB. 

Neffos X1,

Keistimewaan Rekabentuk Dan Fungsi Neffos X1


Saya suka dengan rekabentuk Neffos X1 sejak kali pertama melihatnya kerana nampak ringkas dan profesional untuk peranti yang setaraf dengan harganya. Ada sedikit lengkungan di bahagian sisi yang membuatkan ia lebih selesa dipegang malah ringan dengan kenipisan 7.7mm. 

Neffos X1 mempunyai saiz skrin sebesar 5.0 inci dengan resolusi 1280x720. Kualiti paparan juga amat terang dengan teks dan gambar yang jelas serta selesa dilihat menggunakan ketumpatan pixel 294 ppi. Paparan Neffos X1 menggunakan kaca 2.5D yang dilindungi dengan kaca Gorilla Glass yang mampu mengurangkan kesan hentakan dan calar.

Neffos X1,

Dari segi fungsi, Neffos X1 mempunyai 'back' dan 'multitasking' yang boleh diubah melalui halaman setting. Membawakan antaramuka menerusi NFUI 1.1 di atas Android 6.0 Marshmallow dan menggabungkan antaramuka stock bersama sokongan theme bagi memberi keseimbangan pada penampilan. Selain itu, terdapat juga penambahan elemen kecil Android 7.0 Nougat untuk notification drawer dan akses butang secara pantas.

Kapasiti bateri juga memuaskan dengan hasil melebihi 24 jam masa nyalaan skrin yang agak lama. Walaupun menawarkan kapisiti bateri 2250 mAh yang dikatakan agak kecil berbanding kebanyakkan yang ada di pasaran, ia memberikan masa bertahan disebabkan penggunaan skrin 5 inci dengan resolusi 720p. Masa pengecasan juga pantas dengan 50% pengecasan dalam masa 30 minit.

Neffos X1,
Neffos X1,

Fungsi Kamera Dan Kualiti Gambar Neffos X1


Neffos X1 mempunyai keupayaan kamera yang cukup baik dengan 13MP Sony IMX 258 untuk kamera utama dan 5MP kamera selfie dengan kemampuan Phase Detection Auto Focus (PDAF) sepantas 0.2s. Prestasi fokus memang pantas dan lancar dengan kualiti gambar jelas, 'clean' dan 'sharp'. Kapisiti rakaman video adalah 1080p dengan audio dan hasil rakaman yang memuaskan.

Saya cuba merakam beberapa gambar untuk menguji kemampuan kamera dalam keadaan asas yang tidak semua kamera telefon pintar mampu memberi mutu imej sebaiknya. Saya memilih waktu penghujung senja, selfie melawan cahaya matahari pada waktu petang dan wefie indoor. Hasilnya memang berkualiti dan memuaskan.

Neffos X1,
Neffos X1,
Neffos X1,

Neffos X1 kini di pasaran dengan harga;
RM769 (2GB RAM + 16GB ROM) 
RM849 (3GB RAM + 32GB ROM).

Pilihan Terbaru Neffos X1 Lite Dengan Harga Lebih Murah


Bagi yang menjangka bajet yang lebih rendah, kini terdapat juga Neffos X1 Lite yang baru diperkenalkan di pasaran dengan harga RM499. Walaupun harga lebih murah, ia masih mengekalkan ciri-ciri spesifikasi yang baik. Neffos X1 Lite ditawarkan dalam satu versi 2GB RAM + 16GB dengan 2 pilihan warna Cloudy Grey dan Sunrise Gold.

Neffos X1 Lite,

Kamera utamanya didatangkan dengan sensor 13MP f/20 dengan sokongan PDAF (phase-detection auto-fokus) dan dual-tone LED Flash. Manakala kamera hadapan 5MP dengan sokongan lensa sudut lebar 84-darjah. PDAF juga sepantas 0.2 dan masih mengekalkan ciri unlock sepantas 0.2 saat menggunakan fungsi finger print.

Neffos X1 Lite juga boleh didapati secara online di> Lazada. Lebih menarik, setiap pembelian di Lazada akan menerima barangan istimewa edisi terhad berupa Neffos Premium Gift Box atau Fabulous Warrior T-Shirt bertanda tangan Fazura.

Promosi bermula dari 25 hingga 31 Julai (Selagi stok masih ada)

16 comments:

  1. Reka bentuk telefon pintar berasaskan logam kini semakin digemari ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, nampak lebih mantap kan :)

      Delete
  2. Telefon pintar satu keperluan manakala jenama itu adalah pilihan dan kehendak..comel pulak design nya...bila mampu milik maka lebih ramai yang berpeluang memilikinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dgn fungsinya mmg berbaloi.. rekabentuk pun cantik dan ringan. Mmg pilihan ramai ni :)

      Delete
  3. HP Pintar harga mampu milik canggih lagi msti ramai nk beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg ramai yg nak especially bila harga pun murah tp fungsi canggih kan :)

      Delete
  4. cantik neffos ni. tergugat la oppo..

    ReplyDelete
  5. Cantiknyaaa gambar guna Neffos ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah cantik.. gambarnya clean je :)

      Delete
  6. Cantik la neffos ni.. Nak kena kumpul duit kalau nak beli hahahaha

    ReplyDelete
  7. skrg org da x plhn brand org pilih apa yg brand tu smpi kn (memnuhi kehendak pelanggan)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.