Assalamualaikum. Cara buat duit dengan blog.

Kebelakangan ini, banyak topik perbualan tentang cara buat duit dengan blog. Malah, ramai juga dikalangan penulis blog yang berkongsi pengalaman ini.

Ada pelbagai kaedah boleh dipraktikkan mengikut kesesuaian sendiri. Antara yang popular adalah melalui poster iklan yang dipaparkan di blog dan menerima tawaran menulis advertorial dan review dari syarikat atau agensi pemasaran.

Tapi, adakah itu sahaja caranya?

Bagi usahawan atau peniaga, adakah cara ini releven untuk blog anda?

Bolehkah ia dijadikan sumber untuk membina kerjaya?

Sebab ramai yang menulis blog untuk side income.. mereka ada kerja hakiki. Bagaimana pula jika anda buat bisnes full time atau bekerja sendiri dan berhasrat menjadikan blog atau platform website sebagai extension aspirasi kerjaya.

Maka saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman picisan terlibat sebagai penulis blog dan realiti menjadikan laman web sebagai platform menyokong aspirasi menulis.

Btw, artikel ni panjang. Kalau tak serius, baik jangan baca.. buang masa je.

Cara Buat Duit Dengan Blog

Buat duit dengan blog sebenarnya bukanlah isu baru.

Menulis blog sebenarnya tidak susah jika ada idea menulis.

Tapi.. cabaran sebenar adalah bagaimana untuk memperolehi hasil ‘buat duit’ yang benar-benar berbaloi, apatah lagi yang dapat menyara kos kehidupan. Adakah kita mampu berhenti kerja dan menjadikan blog satu prospek kerjaya?

Berdasarkan pengalaman sendiri, ada 4 cara buat duit dengan blog.

Keempat-empat cara ini pernah saya buat dengan pelbagai trial n error. Ia boleh anda praktikkan mengikut kesesuaian matlamat dan tujuan anda sendiri dalam menulis blog.

Buat duit dengan blog. Tips membina kredibiliti laman web dengan google.

4 Cara Buat Duit Dengan Blog

Berikut adalah cara buat duit dengan blog berserta huraian:

1. Poster Iklan & Affiliate Marketing
2. Google Adsense
3. Advertorial & Review
4. Menjana Pelanggan Bisnes

1. Poster Iklan & Affiliate Marketing

Pilihan pertama ini asas bagi kebanyakkan yang terlibat menulis blog.

Cara buat duit dengan blog ini berguna jika anda ada bisnes sendiri, kerjasama bisnes, nak buat side income atau terlibat dalam affiliate marketing. Melalui penglibatan tersebut anda perlu mencipta poster yang menarik berserta informasi yang jelas, lalu memaparkannya di blog dan ruang artikel yang ditulis.

Ukuran poster bergantung pada kesesuaian anda. Setiap poster tersebut juga, boleh anda integrasikan dengan pautan (link) yang mengarah ke laman produk atau perkhidmatan tersebut. Namun, jika anda terlibat sebagai affiliate marketing untuk blog, usah risau.. anda biasanya akan dibekalkan dengan marketing tools seperti poster dan seumpamanya bagi memudahkan anda membuat promosi.

Pautan atau link tersebut juga boleh anda sertakan pada bahagian-bahagian ayat yang ditulis bagi menarik pembaca untuk menekan link tersebut. Tujuannya juga sama, bagi menjana langganan atau komisyen dari prospek pelanggan yang membaca.

Maka jika ada prospek yang berlanggan, anda berpeluang mendapat komisyen ejen dari link poster atau ayat-ayat yang ditulis itu. Jika isi poster adalah bisnes anda sendiri, inilah salah satu sumber untuk anda mendapat prospek pelanggan.

Selain itu, melalui ruangan paparan poster juga boleh dijadikan tapak sewaan kepada sesiapa yang berminat untuk beriklan kepada pembaca blog anda. Harga sewaan adalah berdasarkan saiz poster atau banner dan tempoh masa yang anda tetapkan.

2. Google Adsense

Pilihan kedua ini hampir serupa, cuma kaedahnya berbeza.

Google Adsense adalah platform periklanan antarabangsa yang mengisi ruangan digital seperti blog dan YouTube. Antara contoh, anda boleh lihat iklan di blog ini.

Namun ia memerlukan kesabaran dan usaha untuk blog anda dikira layak untuk mendaftar serta diterima untuk buat duit dengan blog melalui kaedah ini. Penting juga anda mempunyai masa dan minat untuk menulis secara konsisten.

Cara pendapatan dikira oleh Google Adsense dan hanya boleh cash out setelah cukup USD 100. Selain itu, terdapat jenis-jenis paparan di blog seperti Display Ads, In-Feed Ads, In-Article Ads dan sebagainya. Artikel ini menjelaskan perincian tersebut > Jenis-Jenis Iklan Pada Google Adsense Dan Cara Kerjanya.

Antara contoh formula pengiraannya pula seperti di bawah:

The page clickthrough rate (CTR) is the number of ad clicks divided by the number of page views. Page CTR = Clicks / Page views. For example, if you received 2 clicks for 250 page views, your page CTR would be 0.8%. ( 2/250=0.8%) Note that this metric is only available under the “Custom” metric family tab.

Apa pun, saya tak ambil peduli sangat tentang formula tu. Asalkan ada penambahan hasil, alhamdulillah. Lagi pun, blog ini bukan popular.. maka hasil pun biasa-biasa.

BTW, sebelum Google Adsense saya pernah mencuba platform periklanan Nuffnang. Pernah mendapat hasil pembayaran beberapa kali sehingga akhirnya senyap begitu sahaja. Ada baki yang sepatutnya diterima pun senyap.. wallahualam.

3. Advertorial & Review

Kaedah ini juga antara yang popular.

Melalui penglibatan menulis blog, saya turut menerima pelbagai undangan event dan trip termasuk review dan advertorial. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.

Penglibatan seperti ini dikategorikan dalam pemasaran sebagai segmen influencer marketing. Anda perlu aktif di blog dan media sosial agar tetap releven di dunia maya.

Semakin anda dikenali atau terkenal sebagai blogger, personaliti atau selebriti media sosial dengan engagement dan jumlah followers yang ramai, semakin besar peluang anda untuk ditawarkan kolaborasi Influencer Marketing dengan rate yang lebih baik.

Bagi saya, ia cara buat duit dengan blog yang menarik. Namun apabila artikel iklan dan review semakin membanjiri kandungan blog, saya dapati ia tersasar dengan tujuan asal saya menulis. Saya mula menyedari yang ia bukan pengisian yang sesuai untuk jadikan blog dalam membina krebiliti kepada prospek pembaca yang saya sasarkan.

Ia juga telah menjadikan saya perlu komited untuk lebih popular dan terus releven. Artikel advertorial dan review pula kebanyakkan bersifat short term, iaitu promosi dan kempen. Maka, semakin banyak cover event kempen dan promosi, menjadikan blog saya carca marba.. acah jadi retis pulak haha.. blog semakin kehilangan ‘niche’ untuk prospek pasaran dan authoriti digital dalam industri yang diceburi.

Ini tidak bermaksud ia tidak bagus, tetapi tidak sesuai untuk saya jadikan sebagai fokus menulis atau penglibatan sepenuh masa untuk jangka panjang.

Oleh itu, pilihan cara ketiga buat duit dengan blog adalah dengan menulis sebagai seorang ‘Blogger’ atau ‘Influencer’ dalam segmen pemasaran ‘Influencer Marketing‘.

4. Menjana Pelanggan Bisnes

Penulisan blog juga membantu membina kredibiliti dalam industri yang saya ceburi secara organik. Syukurlah, ada sebahagian artikel berkaitan dengan niche kerjaya ketika itu, selain advertorial & review telah membuka peluang dan kepercayaan industri.

Bermula tawaran penterjemahan artikel dan siaran akhbar, tawaran menulis dan mengurus kandungan untuk portal organisasi, hinggalah pelbagai usahasama pemasaran digital kepada agensi, institusi dan sektor perniagaan.

Dari situ juga saya mula memahami cara pendekatan yang beza dikalangan pemain dan peneraju industri dalam memanfaatkan kandungan blog bagi memperkukuh profesionalisme. Berdasarkan blog Neil Patel, Brian Dean sehinggalah Datuk A Kadir Jasin juga membuka mata saya tentang keupayaan niche blog, seterusnya lebih ramai lagi dari kenalan rakan industri dan pembacaan.

Selain itu, terdapat beberapa input berkaitan yang pernah saya kongsikan dalam artikel terdahulu yang antaranya bertajuk 5 Blog Pemasaran Digital Yang Informatif dan Penulis Digital Untuk Rujukan Membina Kandungan Efektif yang menyuntik idea dan inspirasi buat duit dengan blog dengan niche yang lebih fokus.

Penglibatan bersama WordPress Malaysia turut membuka ruang mengenali lebih ramai pengusaha dan pemain digital yang memanfaatkan website dan blog untuk kerjaya.

Mereka memfokuskan penulisan pada niche dan pasaran tertentu untuk buat duit dengan blog dengan memperkukuh kredibiliti kerjaya atau menjana bisnes.

Kaedah ini memberi inspirasi agar saya lebih fokus dalam menulis kandungan yang selaras dengan niche kerjaya. Ia membantu memperkukuh authoriti digital dan niche dalam industri yang diceburi.

Sebagai contoh, sama ada anda seorang pemasar seperti saya, perunding hartanah, ejen insurans, pemilik nurseri, guru, malah apa jenis kerjaya atau bisnes sekali pun, konteks penulisan blog sebaiknya difokuskan kepada bidang kepakaran anda dan menjana pembaca dari kalangan prospek pasaran anda.

Kaedah ini membuka landasan memperkukuh kerjaya, menjana peluang perniagaan dan meneroka potensi pasaran yang lebih baik melalui niche atau profesyen anda.

Bagi saya cara ini lebih membantu. Namun, ia tidak berlaku semalaman.

Cara buat duit dengan blog ini adalah kaedah terbaik dalam memanfaatkan potensi blog sebagai aset digital. Anda bukan hanya penulis blog tetapi menulis atas kredibiliti sebagai seorang ahli dalam bidang yang anda ceburi melalui pengisian long term kepada prospek pembaca yang anda sasarkan.

Wordpress Meetup Malaysia di Cyberjaya

Menulis Blog Sebagai Kerjaya

Justeru, kesemua kaedah ini boleh menjadi pilihan berdasarkan kesesuaian dan aspirasi anda sendiri dalam menulis blog. Perspektif cara buat duit dengan blog ini merangkumi aspek memanfaatkan potensi blog dan pengukuhan kerjaya atau bisnes di ruangan digital.

Bagi saya, pilihan kedua dan ke-4 menjadi dasar yang telah banyak membantu prospek kerjaya dan bisnes untuk kebaikan jangka panjang. Ia juga mengajar saya untuk terus menambahbaik fokus pengisian yang evergreen, iaitu yang terus releven dalam industri yang disasarkan.

Semoga perkongsian cara buat duit dengan blog ini menjadi pengisian bermanfaat, insyaaAllah.

Baca lagi > Kepentingan Blog Untuk Pemasaran Digital

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini:

4 Thoughts to “Cara Buat Duit Dengan Blog Untuk Kerjaya Dan Bisnes”

  1. Rafzan Radzi

    Assalamualaikum. Perkongsian tuan juga membuka mata saya ttg kelebihan blog especially kaedah yg kedua tu. Saya merupakan pemilik restoran dan maklumlah dlm masa pandemik ni mujurlah kami ada khidmat food panda. Setakat ni kami dah equipt dgn media sosial dan order online, tapi tiada web rasmi utk cover search engine Ada baik juga utk manfaatkan peluang spt ni utk kredibiliti long term kami. Thanks sharing tuan, sgt bermanfaat.

  2. semoga sentiasa sukses dlm setiap bidang yg diceburi

  3. Alhamdulillah. Terima kasih Tn atas perkongsian. Blog menjadi wadah kepada blogger sama ada dijadikan kerjaya dan sumber pendapatan tetap atau pendapatan itu sekadar sambilan sahaja. Bererti bloglah tempat berkarya secara peribadi dan blog juga tempat mencari rezeki melalui review dan sebagainya tapi tidak sepenuhnya.

  4. […] Pautan artikel terkait;> Fokus Industri Dalam Peralihan Pasaran Digital.> Pemasaran Digital 2022: Pemerkasaan Gerbag Era IoT> Buat Duit Dengan Blog: Impak Kerjaya Dan Perniagaan […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.