Shila Amzah ‘My Journey’ Concert In Malaysia 2017 Di Pentas Arena Of Stars

Shila Amzah 'My Journey' Concert in Malaysia 2017, Arena of Stars, Resorts World Genting,

Penyanyi tersohor Asia Shila Amzah yang juga dikenali dengan jolokan popular ‘Asia’s Sweetheart’, bakal menyinari pentas Arena of Stars, Resorts World Genting dengan persembahan dan keunikan muzik yang telah membawa kemenangan di seluruh Asia dan pengiktirafan antarabangsa. Konsert ‘My Journey’ Concert in Malaysia 2017 ini bakal dipersembahkan pada 26 Ogos 2017 jam 8:30 malam.

Arena of Stars, Resorts World Genting,

Shila Amzah 'My Journey' Concert in Malaysia 2017


Konsep persembahan konsert ‘My Journey’ ini diinspirasikan daripada judul album terkini beliau yang turut mengetengahkan perjalanan kerjaya Shila Amzah atau nama sebenar NurShahila binti Amir Amzah dalam arena muzik, bermula kali pertama menyanyi secara professional sehingga meningkat popular bukan sahaja diterima di Malaysia malah seluruh Asia dan dikenali dunia.

Antara pencapaian dan penganugerahan dalam kejayaan Shila Amzah sebagai penyanyi termasuk Best Female Singer sempena Global Chinese Music Award ke-15, Female Artist of the Year (Hong Kong dan Taiwan) di Guangzhou Music Award 2015 dan The Best Female Singer (Hong Kong dan Taiwan) Music Pioneer Award 2016. Shila turut tercalon sebagai World’s Best Female Artiste di World Music Award.

Shila juga merupakan duta Tourism Malaysia atas sumbangan mengharumkan nama Malaysia, menerima Anugerah Kembara di Malaysian Music Award ke-20 sebagai kepujian kepada artis Malaysia ke peringkat antarabangsa dan memperkenalkan lagu-lagu Malaysia ke persada dunia. Shila merupakan artis termuda menerima penganugerahan di usia 26 tahun setelah muncul juara Asian Wave, sebuah rancangan realiti pertandingan nyanyian bahasa Cina di Shanghai pada 2012.

Saksikan Asia's Sweetheart di Arena Of Stars


Kini Shila Amzah bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi dan penulis lirik, tetapi juga penerbit, aktres dan ahli perniagaan. Selain dikenali dengan jolokan ‘Asia’s Sweetheart’, beliau juga menerima pelbagai ‘honorific title’ termasuk ‘Princess of Music’ dan ‘National Treasure of Malaysia’.

Justeru, jangan lepaskan peluang terbaik untuk menyaksikan persembahan konsert hebat Shila Amzah ‘My Journey’  di Arena of Stars, Resorts World Genting, jam 8.30 malam, 26 Ogos 2017.

Tiket boleh diperolehi dengan harga RM318.00 (VIP), RM248.00 (PS1), RM188.00 (PS2), RM138.00 (PS3) dan RM108.00 (PS4). Members Genting Rewards Card berpeluang beroleh 10% diskaun dengan pembelian tiket secara tunai, kad kredit atau Genting Points redemption. Satu tiket masuk hanya sah untuk seorang merangkumi dewasa dan kanak-kanak termasuk bayi.

Info lanjut boleh hubungi +603 2718 1118 atau layari www.rwgenting.com.

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Shila Amzah ‘My Journey’ Concert In Malaysia 2017 Di Pentas Arena Of Stars
Shila Amzah ‘My Journey’ Concert In Malaysia 2017 Di Pentas Arena Of Stars
Shila Amzah 'My Journey' Concert in Malaysia 2017, Arena of Stars, Resorts World Genting,
https://4.bp.blogspot.com/-MiBUUlJ3D34/WWC-NkVi3QI/AAAAAAAAQMU/mHTnJxi-HIswDRV2b8nh-R4yHsfRFtBKACLcBGAs/s640/WhatsApp%2BImage%2B2017-07-08%2Bat%2B7.10.25%2BPM.jpeg
https://4.bp.blogspot.com/-MiBUUlJ3D34/WWC-NkVi3QI/AAAAAAAAQMU/mHTnJxi-HIswDRV2b8nh-R4yHsfRFtBKACLcBGAs/s72-c/WhatsApp%2BImage%2B2017-07-08%2Bat%2B7.10.25%2BPM.jpeg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/07/shila-amzah-my-journey-concert-in.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/07/shila-amzah-my-journey-concert-in.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy