Therapeutic Community Sebagai Motivasi Kepimpinan Pelajar

Therapeutic Community, modul pemerkasaan kepimpinan pelajar, penuntut institusi, pembangunan sosial, remaja,

Baru-baru ini saya ada menulis tentang Therapeutic Community (TC) sebagai antara pandangan kajian yang dibentangkan dalam penilaian Innovative Ambassador bersama pengkaji sosial dan pihak berwajib.

TC merupakan program permodalan insan yang dibangunkan di Amerika Syarikat dan digunapakai kebanyakkan negara untuk modul motivasi kepimpinan pelajar hinggalah terapi pemulihan alkohol dan dadah. Di Malaysia TC menjadi pilihan institusi pemulihan dadah, koreksional dan menjadi sebahagian pengisian motivasi pembangunan pelajar.

Therapeutic Community, Motivasi Kepimpinan Pelajar, Remaja,

Therapeutic Communiti Dalam Aspek Koreksional


Saya pernah mentelaah program TC melalui penglibatan bersama motivator, penggiat, aktivis sosial dan Jabatan Penjara Malaysia. Ia merupakan program dalam fasa ke-2 Program Pembangunan Insan (PPI) Penjara Malaysia, selain pengisian agama yang diberi nama Halaqah. Penghuni penjara akan melalui program TC ini pada fasa ke-2 setelah melepasi 3 bulan fasa Orientasi.

Program TC membantu pemulihan penagih dadah secara psikologi dengan menyuntik kesedaran diri, membina ketahanan mental dan membentuk keperibadian positif. Tidak dinafikan, ramai bekas penagih dadah yang bertekad kembali ke pangkal jalan berjaya dipulihkan melalui program TC ini.   

Melalui beberapa sesi tertutup bersama beberapa bekas penagih insaf, kebanyakkan mereka memperakui TC banyak membantu memperkukuhkan niat diri untuk pulih ke pangkal jalan. Di Penjara, TC adalah program yang melalui proses dan fasa waktu yang panjang. Mengambil masa selama 6 hingga 12 bulan menjalani program setiap hari sebelum dibenarkan bekerja di penjara.

Therapeutic Community, Motivasi Kepimpinan Pelajar, Remaja,

TC Saling Membantu Membina Keperibadian Positif


Asas TC bermula dari visi ‘Man Help Man Helps Himself’ seterusnya antara 8 hingga 20 prinsip program yang wajib diselami setiap peserta sepanjang terapi. Setiap satu prinsip ada perlaksanaannya yang memberi suntikan kesedaran diri, membantu membina keyakinan dan personaliti positif agar mereka mampu memulakan kehidupan baru yang sihat dan positif.

Konsep “Membantu insan lain agar diri sendiri dapat dibantu” ini mengikat setiap residen dalam satu komuniti kecil yang membangun ke arah positif. Perincian program TC berdasarkan 20 prinsip yang dipraktikkan sepanjang program secara tidak langsung akan terpakai dalam displin kehidupan.

Tidak dinafikan ada dikalangan bekas penagih dadah yang kembali menagih. Tetapi kebanyakan yang berjaya pulih kini mampu bersaing dalam kerjaya yang diceburi dengan sokongan berterusan keluarga dan masyarakat. Cuma kebanyakkan yang berjaya tidak mahu tampil secara terbuka, demi menjaga reputasi baru yang dibina dengan sepenuh usaha dan cabaran.

Berlainan pula dengan segmen pendidikan, pembangunan akademik dan pemerkasaan pelajar. TC tidak dilabelkan secara 'direct' walaupun terdapat sebahagian elemen, prinsip dan displin yang tertanam dalam kepelbagaian program yang diimplimentasikan. 

Therapeutic Community, Motivasi Kepimpinan Pelajar, Remaja,

TC Sebagai Teras Pemerkasaan Kepimpinan Sosio-Remaja

  
Berdasarkan kajian serta pemerhatian lapangan yang telah dilakukan bersama beberapa pihak berkaitan dan ditauliahkan dalam aspek pendidikan serta bimbingan modal insan, program TC ini diolah mengikut kesesuaian matlamat program yang pada dasarnya tetap bertujuan menyuntik kesedaran disamping memperkasa pembangunan kepimpinan pelajar atau sosio-remaja. 

TC sebagai tulang belakang kepelbagaian modul pemerkasaan remaja dan kepimpinan pelajar. Setiap modul yang dibentang dan dipersetujui sebelum dilaksanakan sememangnya menyumbang impak nilai tambah berkesan dalam displin sahsiah diri dan kepimpinan sosio-remaja.   

Huraian lanjut 20 prinsip TC dan bagaimana ia terpakai dalam pengisian modul pemerkasaan pelajar dan sosio-remaja termasuk yang pernah diimplimentasikan dalam pelbagai latihan pembangunan kerjaya di seluruh dunia akan saya kongsikan dalam artikel-artikel mendatang.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Therapeutic Community Sebagai Motivasi Kepimpinan Pelajar
Therapeutic Community Sebagai Motivasi Kepimpinan Pelajar
Therapeutic Community, modul pemerkasaan kepimpinan pelajar, penuntut institusi, pembangunan sosial, remaja,
https://2.bp.blogspot.com/-lTOKf_zaZ6U/WXnMd-ejh7I/AAAAAAAAQdY/VB4683T4MeALMk5uql8zso-QSuu6EiGrwCLcBGAs/s640/Program%2BMotivasi%2BRemaja-min.png
https://2.bp.blogspot.com/-lTOKf_zaZ6U/WXnMd-ejh7I/AAAAAAAAQdY/VB4683T4MeALMk5uql8zso-QSuu6EiGrwCLcBGAs/s72-c/Program%2BMotivasi%2BRemaja-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/07/therapeutic-community-sebagai-elemen.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/07/therapeutic-community-sebagai-elemen.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy