Amanat Pemerkasaan Belia Sebagai Panel Penasihat MYHAWP

Persatuan Asrama Belia Malaysia, Malaysian Youth House Association, MYHAWP, MYHA, Wilayah Persekutuan,

Alhamdulillah, tarikh 8 Ogos 2017 merupakan antara hari bermakna dalam jurnal kerjaya keusahawan sosial apabila menerima tawaran perlantikan sebagai penasihat kepada pihak Persatuan Asrama Belia Malaysia (Malaysia Youth House Malaysia – MYHA) Wilayah Persekutuan (MYHAWP). Surat rasmi telah disampaikan sendiri oleh Presiden MYHAWP, saudara Abdul Muiz Misri disamping berkongsi beberapa aspirasi belia negara secara santai bersama.

Muiz Misri, Khir Khalid, Persatuan Asrama Belia Malaysia, MYHA Wilayah Persekutuan,

Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA)


Persatuan Asrama Belia Malaysia juga dikenali sebagai Malaysian Youth Hostel Association (MYHA) merupakan persatuan belia peringkat kebangsaan yang ditubuhkan dengan aktiviti yang menjurus kepada pelancongan dalam dan luar negara untuk golongan belia di Malaysia.

Ia telah didaftarkan pada tahun 1957 dibawah Pendaftaran Pertubuhan, sehingga tahun 2010 ia didaftarkan dibawah Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan bergabung dibawah Majlis Belia Malaysia (MBM). MYHA juga mempunyai cawangan negeri-negeri seperti badan gabungan MBM yang lain.

Pada 2011, MYHA mencipta sejarah dengan menganjurkan Youth Tourism Fair 2011 sempena Hari Belia Negara 2011, dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan serta Kementerian Perlancongan Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik yang telah dianjurkan dan diantaranya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records, serta mendapat perhatian belia dalam dan luar negara.

Perlantikan Penasihat MYHA Wilayah Persekutuan (MYHAWP)


Perlantikan sebagai panel penasihat ini merupakan satu peluang yang baik buat diri ini meneruskan aspirasi serta usaha menyokong pembangunan belia negara khususnya di Wilayah Persekutuan. Ia juga merupakan kesinambungan dari penglibatan sebelum ini dalam hasrat memperkasa pembangunan sosial secara menyeluruh.

Sejak mula bergiat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan sosial pada 2006, sehinggalah penglibatan dalam segmen motivasi pembangunan sosio-remaja, koreksional dan akademik telah mewujudkan modul pemerkasaaan Positive Unity For Life bersama institusi. Kepelbagaian jurnal di blog ini juga memainkan peranan membantu mengetengahkan pelbagai perspektif kepada masyarakat kini.

Persatuan Asrama Belia Malaysia, MYHA,

Justeru, adalah diharapkan melalui penglibatan bersama MYHAWP ini juga dapat melebarkan lagi aspirasi pemerkasaan sosial khususnya pembangunan belia Wilayah Persekutuan agar lebih dinamik dan berdaya saing positif dalam mendepani segenap arus era teknologi digital dan globalisasi kini.

Semoga segala sokongan para pembaca serta semua pihak yang terlibat selama ini juga menjadi pemangkin semangat dalam menyokong kedayaupayaan MYHA dan MYHAWP sebagai sebuah platform terbaik memperkasa belia demi melahirkan pemimpin masa hadapan yang berilmu, kreatif, berintegriti, prihatin serta berdaya saing maju, in shaa Allah.

"Meneroka, Berilmu dan Kreatif"
"Memartabatkan Belia MYHA Dari Akar Umbi"

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Amanat Pemerkasaan Belia Sebagai Panel Penasihat MYHAWP
Amanat Pemerkasaan Belia Sebagai Panel Penasihat MYHAWP
Persatuan Asrama Belia Malaysia, Malaysian Youth House Association, MYHAWP, MYHA, Wilayah Persekutuan,
https://4.bp.blogspot.com/-1mJrQcGYgok/WZF0OXVfxmI/AAAAAAAAQvA/nLagOLglGAsXikd2gsJR37WtRP58z9jmwCLcBGAs/s640/Perlantikan%2BPenasihat%2BMYHAWP-min.png
https://4.bp.blogspot.com/-1mJrQcGYgok/WZF0OXVfxmI/AAAAAAAAQvA/nLagOLglGAsXikd2gsJR37WtRP58z9jmwCLcBGAs/s72-c/Perlantikan%2BPenasihat%2BMYHAWP-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/08/amanat-pemerkasaan-belia-MYHAWP.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/08/amanat-pemerkasaan-belia-MYHAWP.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy