memanusiawi digital

Assalamualaikum. Sejak beberapa bulan lepas, saya berpeluang bersembang panjang dengan kenalan agensi dan warga institusi beberapa siri gerak kerja industri dan program pengisian institusi.

Alhamdulillah sedar tak sedar, ada dikalangan mereka ini yang sudah hampir sedekad saling terhubung di media sosial. Sejak penglibatan saya dalam social enterprise dan industry placement sehinggalah kepada kerjasama pemasaran dan kepercayaan menjayakan input akademik-industri melalui pengisian program agensi dan institusi, termasuklah perkongsian di website ini.

Maka dari perbualan, terbuka juga persoalan tentang arah tuju pengisian saya di laman web ini dalam cabaran pasaran mendatang. Maka kesempatan di ruangan ini, terpanggil untuk saya jelaskan.

Gerak Kerja Digitalisasi Industri

Ok.. bagi subscriber dan rakan-rakan yang mengikuti website ini, pasti kalian sedia maklum, melalui penglibatan digital sejak lebih sedekad lalu, saya bersyukur kerana ia telah membuka peluang untuk saya terlibat dalam pelbagai kerjasama industri.

Melalui penulisan online, naskhah dan blog, sehinggalah ditawarkan terlibat dalam pembangunan kandungan digital dan usahasama perundingan sektor industri, ia adalah satu pengalaman dan portfolio industri yang amat berharga. Terima kasih lagi atas kepercayaan yang diberikan.

Malah, peluang berkongsi perspektif berdasarkan pahit manis lebih 20 tahun kerjaya dalam pemasaran sebagai kolumnis Utusan Malaysia, Utusan Digital dan majalah online Marketing In Asia juga satu landasan yang membuka pendedahan yang baik. Secara tidak langsung membantu memperkukuh hubungan industri.

Maka dari aspek penulisan digital di laman web, blog mahu pun media sosial serta saranan komuniti industri, saya sedar untuk lebih prihatin dalam menjaga komitmen, kepentingan dan kepercayaan komuniti industri (B2B) dan konteks pendedahan sosial (industry framework, digital engagement & social exposure). Saya perlu pastikan agar dapat menyampaikan setiap input perkongsian melalui penulisan kepada segmen yang tepat.

Etika Industri Dan Landskap Sosial

Beberapa artikel yang ditulis sebelum ini pun ada menjelaskan inisiatif perubahan yang saya usahakan agar selaras dengan penglibatan industri. Ia gerak kerja jangka panjang yang penting bagi mendepani cabaran peralihan trend industri dan landskap sosial era IoT. Pautan artikel-artikel tersebut saya sertakan di akhir artikel ini.

Antara langkah yang diambil sebenarnya telah bermula seawal 2021. Ia termasuk aspek perkongsian perspektif industri yang sebelum itu saya nukilkan di Facebook dan Instagram. Setelah diamati, FB dan IG personal bukan landasan sesuai untuk bercerita penglibatan B2B.

Tambahan lagi, penglibatan sebelum ini sebagai blogger sedikit sebanyak membuatkan saya kerap berkongsi eceran dalam pelbagai topik di media sosial dengan harapan dijadikan sebagai storytelling untuk meningkatkan engagement media sosial. Saya silap.. cara itu boleh menjejaskan fokus sebenar yang mahu disampaikan kepada sasaran segmen pembaca yang betul.

Melalui pemerhatian dan penglibatan telah memberi pendedahan gerak kerja pemain digital dan memperlihatkan saya bahawa landasan media sosial peribadi bukan platform yang releven buat saya.

Memanusiawi Pendigitalan: Gerak Kerja Industri Dan Aspirasi Peribadi

Ini juga rentetan pengalaman semasa fasa PKP dan pasca pandemik, saya didedahkan dengan gerak kerja digital yang lebih terancang melalui kerjasama pemain industri.

Malah gerak kerja melalui meet up online yang kerap diadakan serta mendalami pengurusan analytics dan impak digital turut memberi perspektif baharu buat diri ini. Bila sentiasa terdedah dengan platform industri, seperti website, e-commerce, fan page dan seangkatannya, platform media sosial personal mula dilihat sebagai ‘personal’… tak sesuai cerita hal serius atau B2B di platform personal sekiranya mahu terus releven dan melangkah ke hadapan dalam digital scene industri yang sebenar.

Namun ia berbeza dengan laman web yang terus menjadi salah satu landasan yang terbukti mampu menampilkan kredibiliti dalam memperkukuh hubungan industri.

Atas faktor pelbagai elemen lagi, saya mengambil keputusan mengikut jejak pemain industri berdasarkan aspirasi sendiri. Maka dari situlah, Fb personal hanya bersifat peribadi.

Setidaknya, pengalaman industri serta peluang seperti belajar video editing dari mereka yang terlibat dalam industri ini dapat saya praktikkan di platform yang betul, untuk audiens yang betul.

Aspirasi Pasca Norma Baharu 2021

Berbalik kepada topik… bermula 2021, saya telah pun mula beralih dalam memanfaatkan dan menambahbaik database di website ini. Ia bukan sahaja kepada rakan dan pelanggan industri, tetapi juga dalam menyampaikan artikel-artikel perspektif perkongsian industri secara priority ke emel pembaca.

Maka setiap yang saya tulis atau kongsikan dapat disampaikan melalui emel secara terus dengan lebih personal, fokus dan beretika buat pembaca yang mengikuti dan memberi kepercayaan.

Semoga setiap perkongsian dapat terus menyumbang nilai tambah yang bermanfaat untuk kebaikan bersama, insyaaAllah. Terima kasih.

Pautan artikel terkait;
> Fokus Industri Dalam Peralihan Pasaran Digital.
> Pemasaran Digital: Pemerkasaan Gerbang Era IoT
> Buat Duit Dengan Blog Untuk Kerjaya Dan Bisnes

Photo by Khairi Harry: https://www.pexels.com/photo/aerial-view-of-people-walking-on-street-during-nighttime-2716060/

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini:

One Thought to “Gerak Kerja Industri Dan Niche Penulisan”

  1. […] Selebihnya saya pernah berkongsi beberapa artikel sebelum ini berkaitan gerak kerja industri, Marketplace termasuk aspirasi peribadi dalam kandungan digital dan videografi. Antaranya boleh dirujuk pada artikel ini > Memanusiawi Digital: Gerak Kerja Industri Dan Aspirasi Peribadi. […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.