Hotel On The Park Resorts World Genting Yang Unik Dan Menceriakan

Hotel On The Park, Resorts World Genting, memberikan pengalaman bermalam yang unik, selesa dan menceriakan. Itulah perasaan yang dirasai sejak mula melangkah masuk menerokai kreativiti persekitaran lobi termasuk rekabentuk dan dekorasi interior bilik hotel yang istimewa. Satu idea pengalaman yang menarik dan menginspirasikan sehingga membuatkan kami teruja!

Hotel On The Park, Genting Highlands, Resorts World Genting, Khir Khalid,
Hotel On The Park, Resorts World Genting

Hotel On The Park, Resorts World Genting


Pada hujung minggu yang lalu, kami telah berkunjung ke Hotel On The Park dan merasai pengalaman menginap di sini. Hotel On The Park ini telah diubahsuai dengan imej serta penjenamaan baharu bertemakan imaginasi dan fantasi yang menarik untuk dikunjungi bersama keluarga dan juga rakan.

Persekitaran lobi seluas 8,000 kaki persegi mengetengahkan keunikan kreativiti fantasi yang mampu menghidupkan imaginasi kita. Terdapat susunan cawan besar dan ‘giant bench’ menyambut kehadiran tetamu di ruang lobi pintu masuk. Paling menarik perhatian adalah kreativiti 'trick mirrors' membuatkan kami semua seronok bergambar dengan pelbagai gaya… wow!  

Reception Area di Lobi Hotel On The Park
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
A pillar of higgledy piggledy stacked giant tea cup yang mencecah siling hotel
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Posing di 'giant bench' di pintu masuk Hotel On The Park

Bagi anda yang pernah ke Genting Highlands, Hotel On The Park sebelum ini dikenali sebagai Theme Park Hotel bersempena lokasinya bersebelahan taman tema popular yang telah ditutup pada 2013. Bangunan yang dibina sekitar 70an ini bermula dengan nama Highlands Hotel, juga merupakan hotel yang tertua di Resorts World Genting.

Hotel On The Park berwajah baharu, unik dan kreatif, antaranya sebagai persediaan memenuhi keperluan penginapan pengunjung ke Twentieth Century Fox World Theme Park yang pertama di dunia dan sedang dalam pembinaan bersebelahan hotel ini. Ia masih mengekalkan struktur asal bangunan dengan 448 bilik, tetapi segala kemudahan dan kelengkapan dalaman telah diperbaharui untuk memberikan sentuhan istimewa kepada setiap tetamu yang menginap di sini.

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highland,
Trick mirrors di lobi Hotel On The Park - kredit: www.yeelinda.blogspot.my

Keunikan Dan Keistimewaan Bilik Hotel On The Park


Terdapat pilihan bilik hotel untuk kesesuaian pengunjung. Teruja dengan keunikan 'interior' bilik, saya mengambil beberapa gambar untuk diabadikan sejurus 'check in'. Kami menginap di bilik jenis Quads berkeluasan 260 kaki persegi yang dilengkapi 2 tilam 'queen size' dan boleh menempatkan seramai 4 orang. Cuma, kami hanya berdua sahaja dan bilik ini sememangnya nyaman dan selesa.

Selain itu terdapat juga bilik jenis Sixers berkeluasan 300 kaki persegi yang dilengkapi 3 tilam 'queen size' dan boleh memuatkan 6 orang, serta bilik hotel khas untuk golongan kurang upaya. Segala keperluan seperti minuman, shower gel, berus gigi dan pelbagai lagi lengkap disediakan di kesemua bilik. Kami juga turut dibawa melawati persekitaran dan meninjau beberapa bilik Hotel On The Park. 

Bilik Quads - Hotel On The Park

Quads Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting,
Relax dulu minum kopi susu :)
Quads Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Casing TV dan lukisan dinding yang menceriakan.
Quads Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Beberapa kelengkapan dan keperluan di bilik 
Quads Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Fridge pun ada disediakan... sangat memudahkan.
Quads Room Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Kasut di bilik pun sangat comel.. happy feet!
Quads Room Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang sinki, bilik mandi dan tandas yang selesa

Bilik Sixers - Hotel On The Park

Sixers Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting,
2 Tilam Queen Size di bahagian bawah dengan Tatami style platform
Sixers Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Built-up bunk bed memberikan ruang yang lebih selesa
Sixers Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Tilam Queen Size di bahagian atas
Sixers Room, Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang sinki dan toiletaries yang lebih luas
Sixers Room Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Bilik mandi dan tandas berasingan yang juga lebih luas

Bilik Warga Kurang Upaya - Hotel On The Park

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Bilik yang mampu menempatkan keluarga dan warga kurang upaya
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang yang luas memudahkan pergerakkan menggunakan kerusi roda
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang sinki yang direka khas untuk kemudahan warga kurang upaya
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang tandas dan bilik mandi yang luas dan selesa

Hotel On The Park Menerapkan Elemen Inspirasi Seni 


Seperti yang anda lihat, terdapat pelbagai lukisan yang diterapkan pada dinding, lantai dan juga bidai di bilik hotel kesemuanya merupakan lukisan tangan original yang dihasilkan oleh artis senilukis terpilih. Rekabentuk dalaman juga memberikan ruang keselesaan dan juga kemudahan yang menyeluruh.

Saya turut dimaklumkan terdapat 4 honeymoon suites yang direka khas bagi memenuhi keperluan bulan madu, lamaran dan perkahwinan. Lokasi bilik terletak di bahagian istimewa dengan permandangan semulajadi kehijauan hutan dan gunung-ganang Genting Higlands. Sempat saya bertanya untuk melihat bilik tersebut, tapi ada tempahan penuh semuanya... takkan nak ganggu pengunjung berbulan madu pula kan huhu.

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Ruang jalan kaki yang selesa dan privacy
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Kalau rasa nak mengunyah atau haus, tak perlu keluar jauh
English Garden, Hotel On The Park,
English Garden yang terletak bersebelahan Hotel On The Park

Hotel On The Park ini sememangnya memberi inspirasi kepada tetamu yang berkunjung dari aspek dalaman dan juga persekitaranya. Malah lokasinya yang terletak berhampiran dengan pelbagai lokasi menarik yang lain di sekitar Resorts World Genting, memudahkan pengunjung untuk berjalan kaki sama ada bersiar santai menikmati percutian, makan-makan dan juga membeli belah.

Setelah selesai melawat setiap bilik dan persekitaran Hotel On The Park ini, kami berpeluang berkumpul menikmati makan malam di Coffee Terrace bersama-sama. Bertambah seronok bila berpeluang juga saling mengenali lebih akrab dengan rakan-rakan yang turut sama diundang meninjau keunikan dan keistimewaan di Hotel On The Park ini. 

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands, Blogger Malaysia,
Groupfie kenangan petang bersama rakan-rakan 
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands, Blogger Malaysia,
Group photo selepas dinner... macam family reunion :)

Menikmati Keunikan Dan Keindahan Hotel On The Park, Resorts World Genting


Tidak habis dengan itu, keesokan pagi saya dan puan mem meluangkan sedikit masa untuk bersiar-siar menikmati suasana pagi di persekitaran Hotel On The Park, Resorts World Genting. Pagi sekitar jam 8 yang sejuk pada 23 darjah celsius, berangin dan berkabus tebal, namun ia juga menjadi sebahagian pengalaman yang menyeronokkan. Wefie-wefie happy-happy! 

Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands,
Gambar berlatarbelakangkan Hotel On The Park yang diseliputi kabus
Hotel On The Park, English Garden, Genting Highlands,
Bersiar-siar di persekitaran English Garden di Hotel On The Park
Hotel On The Park, Resorts World Genting, Genting Highlands, Blogger Malaysia,
Kenangan groupfie bersama rakan-rakan di Hotel On The Park

Penghargaan terima kasih kepada Resorts World Genting atas peluang dan kepercayaan untuk pengalaman yang menginspirasikan ini. Sesungguhnya, suasana ruang kreativiti kesenian, keselesaan serta layanan mesra yang diterjemahkan pasti menjadi sebahagian jurnal bernilai dan menginspirasikan buat semua yang menginap di Hotel On The Park ini.

Bagi anda yang berhasrat ke Hotel On The Park, saya yakin ia juga bakal menjadi pengalaman yang bernilai buat anda. Hotel yang unik dengan sentuhan kreativiti seni imaginasi dan fantasi ini pasti tersemat sebagai memori yang menceriakan sepanjang berada di Resorts World Genting. 

Anda boleh dapatkan info lanjut Hotel On The Park dengan melayari www.rwgenting.com

17 comments:

  1. Tengok je pintu masuk tu PC dah tertarik...bila tengok gambar segenap sudut biliknya..memang teruja...unik..

    ReplyDelete
  2. bestnya, lama dah tak ke genting

    ReplyDelete
  3. cantiknya hotel...sy nk cawan gergasi tu

    ReplyDelete
  4. Cantiklah pemandangan di Hotel On The Park di Genting Resort ni. Maklum sajalah tanahnya yang tinggi dan berbukit-bukit.

    Sejuk mata memandang apatah lagi menginap di situ.

    ReplyDelete
  5. Trick mirrors tu nampak real sungguh! Btw cantikkkkkkkkkkkkk sgt bilik dia punya decoration!

    ReplyDelete
  6. Kalau bawa anak-anak ke Hotel On The Park Resorts World Genting ni tentu meriah. Lakaran unik pada setiap dinding tentu memberi inspirasi kepada anak-anak untuk try buat pada dinding rumah pula, ops.. Paling best setiap gambar landskap ada kabus semula jadi. Sangat menarik.

    ReplyDelete
  7. Unik sekali hiasan hotelnya, lengkap selesa utk dihuni

    ReplyDelete
  8. cantik... keadaan bilik nmpak sgt selesa... fuhh kalau theme park dah dibuka nnti mesti lg best kannn sbb lokasi hotel yg sgt dekat...

    ReplyDelete
  9. Wahhh cantiknyaaa hotel ni. Nanti boleh menginap dekat sini pulak :)

    ReplyDelete
  10. Comel gila bilik dia ! Arghh jelesss

    ReplyDelete
  11. Suka dengan konsep dia...memang menarik

    ReplyDelete
  12. Macam menarik je... teringin nak menginap di sini juga.

    ReplyDelete
  13. menarik dekorasinya...unik...syok la dpt merasa hotel on the park ni

    ReplyDelete
  14. genting dah banyak kali pergi tapi x pernah masuk hotel pun, [pergi ride naik moto je, lepas tu terus turun.. sekadar nk layan koner kat jalan otw ke sana je.. hahaha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.