Filem MALAY REGIMENT Menghargai 'Unsung Heroes' Malaysia

Malam Khamis 24 Ogos 2017, saya telah menyaksikan tayangan perdana filem Malay Regiment atas undangan rakan blogger dan PR Puan Rosmawati, di eCurve Damansara. Sebuah filem patriotik yang bakal ditayangkan sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 2017.

Kebetulan juga hari tersebut merupakan hari ulang tahun kelahiran puan mem, justeru satu peluang meraikannya dengan menonton filem. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang semakin hampir, tayangan Malay Regiment ini juga sememangnya bersesuaian dengan waktunya.

Tayangan Perdana Malay Regiment,

Sinopsis Malay Regiment


Malay Regiment arahan Dato Jurey Latif Rosli ini diinspirasikan dari kisah benar jurnal pertempuran yang berlaku pada 16 April 1976 dan 15 Julai 1976 melibatkan tentera darat unit 17 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) menentang pengganas komunis di Gubir Kedah.

Memaparkan beberapa peristiwa serangan di sempadan Malaysia-Thai dalam Ops Kota Gubir I dan II. Usaha tersebut telah mengorbankan ramai tentera Malay Regiment termasuk Kapten Zainal bin Abd Rashid dalam operasi kedua setelah berjaya membunuh 3 pengganas komunis. Operasi tersebut juga berjaya membunuh 6 dari 15 pengganas komunis selain merampas pelbagai senjata dan bom.

Malay Regiment dibintangi pelakon Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar, Yuswaisar, Normah Damanhuri, Nad Zainal, Z.Z Zamri dan beberapa lagi pelakon terkenal tanah air.

Tayangan perdana Malay Regiment,
Ahmad Tarmimi Siregar, tayangan perdana Malay Regiment,

Malay Regiment Mendapat Sokongan Industri Perfileman Negara


Tayangan perdana Malay Regiment meriah dengan kehadiran ramai jemputan. Secara tidak langsung ia menunjukkan filem ini berjaya mendapat sokongan industri filem apabila melihat kehadiran ramai warga filem yang telah mencipta nama dalam industri perfileman tanah air menyaksikan tayangan perdana ini.

Gimik persembahan, pemakaian baju pendekar Melayu dan tentera menyemarakkan lagi kemeriahan majlis sebelum tayangan bermula sekitar jam 9.30 malam. Berpeluang juga berbual mesra dengan beberapa pelakon dan ikon terkenal tanah air disamping bergambar bersama-sama sebagai penghargaan dan kenangan berblogging.

Yusof Haslam, tayangan perdana Malay Regiment,
Mubarak Majid, Tayangan perdana Malay Regiment,
A Galak, tayangan perdana Malay Regiment,

Ulasan Plot Penceritaan Filem Malay Regiment


Sejujurnya, pembukaan cerita yang memaparkan tragedi sebuah helikopter tentera meletop dan mengorbankan kesemua prajurit kerana diserang pengganas komunis amat memberangsangkan. Sayangnya, plot penceritaan seterusnya agak hambar dan kurang menyengat. Peralihan babak dan gaya penceritaan gagal menimbulkan perasaan sedih, sayu, kagum atau bersemangat kepada diri ini.

Namun, olahan latar belakang suasana, grafik dan kelengkapan lakonan yang sesuai dengan zamannya sangat menarik perhatian. Filem ini berjaya memaparkan serba sedikit realiti suasana sekitar tahun 1976 seperti kelengkapan tentera, stesen keretapi dan pakaian orang awam dengan baik. Saya akui kesemua itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Rani Kulup, tayangan perdana Malay Regiment,
Kamil Salleh, blogger Malaysia,

Selain itu, kedengaran juga pendapat bahawa filem ini bersifat perkauman dan boleh mengguris perasaan kaum Cina, walaupun ia dibuat berdasarkan fakta sejarah pertentangan ideologi Demokrasi dan Komunisme. Pada zaman itu, kaum Cina mendominasi penyertaan komunis dan Malay Regiment diamanahkan untuk menjaga kedaulatan negara.

Mungkin filem ini perlu lebih kreatif dalam memisahkan perbezaan ideologi dan perkauman dengan fakta lanjut seperti usaha komuniti Cina ketika itu melawan komunis. Mungkin juga menyelitkan serba sedikit senario keseluruhan ancaman komunis yang turut dipelopori orang Melayu seperti Rashid Mydin atau Shamsiah Fakeh bagi menekankan bahawa fahaman komunis bukan isu perkauman.

Apa pun ia sekadar pendapat diri ini terhadap filem ini yang terkait dengan pandangan sesetengah pihak tetang isu perkauman dalam menjaga pengukuhan perpaduan bangsa dan negara era digital dan globalisasi masa kini. Bagi saya tiada isu permusuhan kaum dalam filem Malay Regiment.

Malay Regiment, poster malay regiment,

Malay Regiment Di Pawagam 31 Ogos 2017


Perkara penting yang cuba disampaikan adalah bagaimana besarnya cabaran dan tanggungjawab Malay Regiment dalam usaha menghapuskan pengganas komunis sehingga beroleh keamanan yang kita kecapi sekarang ini. Selain itu, menghargai wira-wira yang tidak didendang (unsung heroes) yang sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan kedaulatan negara. Malay Regiment sememangnya satu inisiatif yang patut dipuji.

Filem Malay Regiment bakal ditayangkan di seluruh negara bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-60 pada 31 Ogos 2017. Jangan lupa menonton dan anda nilaikan sendiri.

9 comments:

  1. Review film yg sgt menarik..happy birthday mem dik KK

    ReplyDelete
  2. Wah... Bro KK dah ulas tentang Malay Regiment.

    Saya akui filem berkaitan kisah benar dan aksi tentera sesuatu yang sukat tetapi jalan ceritanya sukar nak difahami.

    Banyak aksi bertempur kurang real dan tidak menyengat. Terlalu banyak potongan adegan hingga tudak tahu mana musuh yang yang terbunuh.

    Semacam tembak secara rambang je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. ada sedikit kekeliruan pada scene flashback dan kurang punchline. Tapi satu cerita yg patut menjadi renungan dan tauladan kita dlm menghargai jasa wira yg berkorban utk negara.

      Delete
  3. yes !! dah baca review baru berani nak tengok.. hee~ takut frust.. jadi cari sumber sohih dulu..

    ReplyDelete
  4. Dah baca review serba sedikit fpt gmbaran..nanti nak ajak suami pergi. Sbb dia pun unit ramd gak. Kalo ape2 xphm psl tentera memg rujuk dia je

    ReplyDelete
  5. saya belum ada kesempatan untuk menonton wayang buat masa sekarang ini

    ReplyDelete
  6. Selepas membaca buku 'PERGERAKAN BERSENJATA PARTI KOMUNIS MALAYA 1968-1989' tulisan Ho Hui Ling terbitan Universiti Malaya, rasa nak menonton filem MALAY REGIMENT pula. Ramai juga pelakon veteran yang hadir tu. Satu penghormatan buat semua.

    ReplyDelete
  7. diakui sukar utk menerbitkan filem sebegini tp bila ada usaha utk membawanya ke layar perak ia satu pujian utk para karyawan

    ReplyDelete

Powered by Blogger.