Meet My Future Employer Menyuntik Kesedaran Kepentingan STEM

Meet My Future Employer, Program Sosio-Pendidikan, Inti International University and Colleges,

Pemerkasaan sosio-pendidikan merupakan antara perkara penting era informasi teknologi masa kini. Pelbagai pihak termasuk institusi pendidikan tinggi, ahli akademik, perunding dan warga pendidik juga turut sama memikirkan kaedah terbaik menyuntik persediaan dan kesedaran kepada pelajar.

Atas aspirasi tersebut, INTI International University & Colleges telah mendepani program Meet My Future Employer bagi meningkatkan kesedaran dan minat pelajar sekolah menengah terhadap kepentingan STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematic) dalam tuntutan industri.

STEM, INTI, Meet my future employer,

Program Meet My Future Employer INTI


Meet My Future Employer merupakan program tanggungjawab sosial mendekati pelajar sekolah menengah dalam menyuntik minat, meningkatkan kefahaman serta kesedaran tentang kepentingan STEM sebagai aspek penting masa kini dalam membina kerjaya mampan dimasa hadapan.

Ia menyaksikan penyertaan lebih 350 pelajar sekolah menengah dari pelbagai sekolah di Malaysia. Meet My Future Employer dianjurkan dengan kolaborasi 6 syarikat multinasional, juga merupakan antara 450 rakan industri INTI yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang industri.

Aktiviti yang dilaksanakan membuka peluang kepada pelajar sekolah menengah melalui penyertaan lawatan ke Microsoft Malaysia, Fuji Xerox Asia Pasific Pte Ltd, On-Semi Conductor, Top Glove, George Kent (Malaysia) Berhad dan ASEAN Data Analytics eXchange (ADAX).

Microsoft, Meet My future employer, STEM, INTI,

Kepentingan STEM Dalam Pembangunan Industri Dan Kerjaya


Pengisian induk memperkenalkan pelajar dengan melawat lokasi bagi melihat sendiri setiap elemen pekerjaan yang dilaksanakan. Penerangan terperinci turut disampaikan oleh pakar industri tentang fungsi dan keperluan utama industri, etika budaya kerja serta membina peluang kerjaya masa hadapan.

Ini juga antara modul pemerkasaan sosio-pendidikan yang dilaksanakan bagi menerapkan kefahaman menyeluruh kepada generasi muda agar lebih bersedia terhadap persaingan tempatan dan global. Selain itu, turut menterjemahkan komitmen INTI mendepani sistem pendidikan kepada masyarakat.

Sememangnya pengisian Meet My Future Employer dapat memberi pendedahan dari aspek akademik dan praktikal kerjaya kepada semua pelajar terlibat. Ia menjadi antara inisiatif penting dalam mendidik generasi muda tentang kepentingan STEM sebagai platform pemerkasaan akademik serta kerjaya.

Fuji Xerox, INTI, Meet My Future Employer, STEM,

Pemerkasaan Sosio-Pendidikan Strategik STEM


Melalui ruang komunikasi terus antara pelajar dengan pakar industri juga dapat membina reputasi kepimpinan pelajar. Pendekatan 'akademik melalui industri' ini membantu membina kesedaran dan persediaan khusus generasi muda kini terhadap trending budaya industri sebenar dan tuntutan pasaran kerjaya dalam perspektif yang lebih meluas, praktikal dan strategik.

Antara pengajaran penting menyatakan, generasi muda kita lebih sedar tentang kepentingan 'content' dan 'database' setiap industri untuk terus berdaya maju. Meet My Future Employer juga antara inisiatif strategik berterusan menyuntik kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan STEM dalam kelestarian daya saing institusi dan industri demi melahirkan pemimpin masa hadapan yang berdaya maju, intelek serta dinamik.    

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Meet My Future Employer Menyuntik Kesedaran Kepentingan STEM
Meet My Future Employer Menyuntik Kesedaran Kepentingan STEM
Meet My Future Employer, Program Sosio-Pendidikan, Inti International University and Colleges,
https://2.bp.blogspot.com/-S6OawQ7M62c/WZD4jZPUz_I/AAAAAAAAQuY/PDCt4CqwAQAsS6-WPnl1Pc-EFKga9bXggCEwYBhgL/s640/Meet%2BMy%2BEmployer%2BINTI-min.png
https://2.bp.blogspot.com/-S6OawQ7M62c/WZD4jZPUz_I/AAAAAAAAQuY/PDCt4CqwAQAsS6-WPnl1Pc-EFKga9bXggCEwYBhgL/s72-c/Meet%2BMy%2BEmployer%2BINTI-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/08/meet-my-future-employer-menyuntik.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/08/meet-my-future-employer-menyuntik.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy