Alasan Mengapa iPhone 6 Masih Menjadi Pilihan Ramai

Bagi para pengguna iPhone pastinya mengetahui, iPhone 6 masih menjadi pilihan ramai dalam barisan smartfon jenama Apple. Perkara ini saya sedari sewaktu mula meninjau beberapa maklumat berkaitan di kedai-kedai smartfon dan secara online. Hasrat hati juga untuk mencari smartfon atau gajet tambahan bagi kegunaan kerja telah menarik perhatian saya berkenaan iPhone 6 ini.

Alasan Mengapa iPhone 6 Masih Menjadi Pilihan Ramai,

iPhone 6 Smartfon Mantap Dan Berbaloi


Alasan utama mengapa iPhone 6 menarik perhatian saya adalah disebabkan kebolehpercayaan model ini dalam pasaran sehingga kini sejak ia mula dilancarkan pada tahun 2014. Saya masih ingat lagi laporan media yang menunjukkan bagaimana ramainya peminat smartfon dan gadget Apple berkumpul berasak-asak untuk menjadi antara membeli terawal sewaktu iPhone 6 dilancarkan.

Sambutan iPhone 6 terus meningkat sejak itu termasuk belian secara online.  Ia smartfon jenama Apple yang memecah tradisi revolusi teknologi dengan pelbagai fungsi baru melalui penggunaan iOS 8 dan sokongan LTE yang lebih pantas. Kamera juga dinaik taraf untuk gambar lebih cantik dan masih dikategorikan antara penghasilan kualiti gambar kamera smartfon yang mantap sehingga kini.

Selain itu, aspek kerangka rekabentuk iPhone 6 dikeluarkan dengan saiz yang lebih besar dan beresolusi tinggi dengan cip Apple A8 untuk tenaga pemprosesan 25% lebih pantas dan grafik 50% lebih laju berbanding sebelumnya. Paling penting juga adalah penggunaan bateri yang lebih menjimatkan dan efisyen.

Alasan Mengapa iPhone 6 Masih Menjadi Pilihan Ramai,

Perkhidmatan Sokongan iPhone 6 Yang Memudahkan


Walaupun iPhone 6 telah berada di pasaran hampir 3 tahun dan terdapat juga model-model terbaru dalam barisan iPhone, ia masih mempunyai nilai yang kompetitif. Malah jika dibandingkan dengan persaingan industri smartfon dan gajet secara keseluruhan, terdapat pelbagai kategori smartfon terkini masih belum dapat menandingi ciri-ciri keistimewaan iPhone 6.

Sistem sokongan yang ditawarkan untuk iPhone 6 juga amat memudahkan pengguna. Selain ‘friendly user’ sistem sokongan perkhidmatan baikpulih atau peralatan ganti kini lebih mudah diperolehi dengan harga yang berpatutan. Setiap perkhidmatan baikpulih atau ‘maintenance’ iPhone 6 melalui agen yang ditauliahkan juga memperolehi warranty serta penjagaan sebaiknya.

Alasan Mengapa iPhone 6 Masih Menjadi Pilihan Ramai,

Sesungguhnya kesemua ciri-ciri yang saya perolehi tentang iPhone 6 ini menambahkan lagi kepercayan saya untuk  mendapatkan iPhone 6 sebagai gajet yang bersesuaian untuk digunapakai bagi keperluan peribadi dan memudahkan urusan kerja. Senang kalau apa-apa pun ada perkhidmatan sokongan yang dipercayai dan alatganti yang original.

Justeru, saya berpendapat bahawa iPhone 6 sememangnya pilihan smartfon terbaik yang memudahkan dan berbaloi untuk dimiliki.

20 comments:

  1. Replies
    1. Boleh je slow2.. skrng pun dah murah sikit dan berbaloi :)

      Delete
  2. Teringin juga nak guna..insyaAllah kalau ada rezeki..

    ReplyDelete
  3. Sy teringin iphone 6+..tp one kumpul duit kalau nak beli kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. iPhone 6 ni pun lama bertahan.. masih ada market lg klu slow2 kumpul duit nk beli :)

      Delete
  4. belum mampu lagi nak pakai iPhone.tak sanggup nak abis duit semata mata nak beli smartfon walau memang tahu guna iphone ni sangat best..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah.. Klu ada rezeki lain tiba2 ada peluang dpt atau beli best jugak kan :)

      Delete
  5. Teringin untuk memilikinya tapi orang macam saya agak kurang sesuai.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manalah tau ada rezeki nanti, siapa tau kan :)

      Delete
  6. Macam tau-tau kan. Memang akan beli Iphone 6 ni. Senang nak buat kerja

    ReplyDelete
  7. iphone 7 lak macam mana? katanya power gak ip7

    ReplyDelete
  8. Baru je beli masa offer baru-baru ni.. nak beli yang 6s, jauh beza harganya. Hihi. Tu yang ambil 6. :)

    ReplyDelete
  9. Apple ada kelas penggunanya yang tersendiri. Ana pernah cuba guna IPhone tapi sebab dah sebati dengan peranti Android ana lg prefer jenama selain dr Apple. Family mertua Ana memang pengguna tegar Iphone.

    ReplyDelete
  10. WAAAA teringin nak pakai brand iPhone. tapi apakan daya harga mahai bebeno. Apa pun ramai yg puas hati dengan brand Apple ni kan. TQ info detail pasal iPhone 6 ni abg khir.

    ReplyDelete
  11. Masih setia dgn Samsung.. but Iphone6 boleh buat orang yang berkulit hitam jadi cerah.. nasib baik bukan putih... :)

    ReplyDelete
  12. Setakat ni menggunakan iphone 6, ada pro cons juga dengan android. Namun bab keselamatan, lebih kepada ip6

    ReplyDelete
  13. dulu samsung, skrg oppo... tggu rosak laa br rembat iphone ni hahahaa

    ReplyDelete

Powered by Blogger.