Pengaruh Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial

Pengaruh ICT Vietnam terhadap pembangunan sosial negara,

Pasaran ICT ASEAN menjadi antara faktor yang mempengaruhi ‘market behaviour’ dan pembangunan sosio-ekonomi serantau. Saya terpanggil berkongsi serba sedikit fakta bermula dengan pasaran ICT Vietnam yang menjadi antara pemangkin modul pemerkasaan sosial kepada institusi pengajian sebagai elemen kesedaran sosio-pendidikan.

Kajian pasaran ICT Vietnam ini juga merupakan fakta kajiselidik terkini IDC Malaysia yang saya perolehi merangkumi beberapa negara ASEAN. Sebahagiannya juga pernah diketengahkan dalam sesi pembentangan kajian lanskap pasaran ICT ASEAN undangan MDEC sebelum ini.

Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial,
Viet ICT Comm 2017 - SECC

Fakta Pasaran ICT Dan Sosio-Ekonomi Vietnam


Vietnam merupakan sebuah negara ASEAN yang ‘economically recovered’ pada 2015 dan mencapai tahap GDP tahunan tertinggi sebanyak 6.68% sejak 2011. Imbangan dagangan pada 2015 juga telah mencatatkan peningkatan kepada 3.2 billion USD, bersamaan 1.65% GDP. Pelaburan FDI turut meningkat sebanyak 19.9% kepada 15.6 billion pada penghujung 2015.

Vietnam merupakan antara negara yang mempunyai populasi warga muda tertinggi dengan catatan ‘median age’ 29 tahun. Populasi penduduk adalah seramai 90 juta dengan peratusan 30% bermastautin di bandar dan 70% penduduk keseluruhan mempunyai pekerjaan dan kerjaya.

Justeru, Vietnam menjadi pemerhatian pembangunan sosial era teknologi digital kini sebagai 'recovered nation' yang berkembang pesat. Atas aspirasi tersebut, saya memperolehi fakta praktikal tambahan melalui hubungan rakan sealiran di Vietnam, juga bantuan isteri sewaktu beliau bersama rakan niaga ke Vietnam. Ia menjadi antara pengisian fakta keusahawanan sosial yang diusahakan.

Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial,
Kenangan bersama rakan keusahawanan sosial Vietnam antara yang
membantu asas progran Positive Unity For Life.

Vietnam Ke Arah Negara Maju ICT Menjelang 2020


Vietnam adalah negara yang sarat dengan warga belia dan komited merangka ‘framework’ pembangunan sosio-ekonomi sebagai sebuah negara yang menjadikan ICT ‘strategic role’ memasuki pasaran ekonomi global. Kerangka utama adalah melalui pendidikan ‘society knowledge’ berasaskan informasi teknologi dalam memperkasa keupayaan digital masyarakat.

Masterplan pembangunan Vietnam juga menekankan untuk menjadi sebuah negara maju ICT menjelang 2020. Oleh itu, kedayaupayaan Vietnam mampu bersaing maju di pasaran antarabangsa jika segala fokus pembangunan berjalan lancar. Masyarakat mereka terutamanya golongan belia mula dididik untuk menerima kuasa digital secara positif sepenuhnya. 

Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial,

Ia secara tidak langsung menjadi faktor pemulihan rakyat dan menjadikan masyarakat Vietnam terutamanya golongan remaja serta belia antara golongan yang kedepan dalam pengetahuan digital.

Kini, penggunaan internet Vietnam mencecah 70% pada 2017 dengan perbelanjaan komunikasi 9.12 billion USD. Kebanyakkan pengguna adalah dikalangan belia dengan bimbingan serta panduan strategik institusi yang ditauliahkan sepenuhnya. 

Perbandingan kedayaupayaan ICT negara-negara ASEAN yang mempengaruhi pembangunan sosial akan saya bentangkan lebih lanjut. Ia juga merupakan sebahagian pengisian modul pemerkasaan sosial kepada institusi pengajian tinggi dalam menyuntik kesedaran belia terhadap persaingan globalisasi serantau dan antarabangsa.  

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,126,English,18,Familia,36,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,110,Intervensi,27,INTI,38,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,146,MDEC,3,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,12,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,48,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,99,Sunway,11,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pengaruh Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial
Pengaruh Pasaran ICT Vietnam Dalam Elemen Pemerkasaan Sosial
Pengaruh ICT Vietnam terhadap pembangunan sosial negara,
https://1.bp.blogspot.com/-OKDWfsWknz8/WZb1yJiFIrI/AAAAAAAAQy4/FCI12UWXU8QNmP9Y4i6Y2vr_UDDFaz3UgCLcBGAs/s640/ICT-Comm%2BVietnam-min.png
https://1.bp.blogspot.com/-OKDWfsWknz8/WZb1yJiFIrI/AAAAAAAAQy4/FCI12UWXU8QNmP9Y4i6Y2vr_UDDFaz3UgCLcBGAs/s72-c/ICT-Comm%2BVietnam-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/08/pengaruh-pasaran-ict-vietnam-dalam.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/08/pengaruh-pasaran-ict-vietnam-dalam.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy