Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial

Perkara yang kita perlu tahu tentang Keusahawanan Sosial, Social Enterpreneurship,

Keusahawanan Sosial telah mula diterima kebanyakkan usahawan dan industri hari ini sebagai satu modul membangunan perniagaan. Tidak lengkap sesuatu perniagaan untuk bersaing lebih mampan jika tiada suntikan elemen Keusahawanan Sosial dalam strategi yang dilaksanakan. Ia mendapat perakuan pelbagai industri sebagai elemen penting untuk bersaing maju.

Lebih sedekad yang lalu sejak terma ‘Keusahawanan Sosial’ mula mendapat perhatian di Malaysia. Ia menjadi salah satu platform yang membantu menambahbaik sistem masyarakat dalam kelestarian sosio-ekonomi negara. Pelbagai inisiatif diketengahkan oleh kerajaan, swasta dan institusi-institusi berkaitan demi menggalakkan Keusahawanan Sosial agar terus subur.

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,

Definasi Keusahawanan Sosial Dalam Perspektif Global


Apa itu keusahawanan sosial pernah saya perjelaskan pada 2015 dalam artikel bertajuk; Keusahawanan Sosial Memperkasa Pembangunan Ummah. Alhamdulillah, artikel tersebut mendapat pelbagai reaksi melalui email dan whatsapp sehingga hari ini. Menjadi antara pencetus inspirasi untuk terus mengetengahkan ‘Social Enterprise’ sebagai aspirasi kerjaya.

Atas faktor tersebut juga, saya telah berkongsi status berkaitan Keusahawanan Sosial pada minggu lepas di laman LinkedIn yang baru diaktifkan semula khusus bagi perkara berkaitan kerjaya. Ia adalah pandangan yang pernah saya bentangkan dalam satu pertemuan pihak komersil dan akademik di Universiti Malaya sebelumnya.

Status Keusahawan Sosial tersebut mendapat respon positif dari beberapa individu baru dikenali yang turut terkait dalam konteks motivasi dan keusahawanan sosial. Boleh dikatakan, dalam pelbagai perbincangan tertutup bersama institusi dan industri, Keusahawan Sosial dilihat sebagai elemen penting membina kelestarian sosio-ekonomi masyarakat sejagat.

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,

Keusahawanan Sosial Adalah Satu Perniagaan


Keusahawanan Sosial adalah perniagaan atau lebih tepat menjadi budaya atau sebahagian strategi perniagaan. Model yang digunapakai keusahawan sosial sebenarnya merupakan model perniagaan kapitalis yang diperbaiki dari aspek keperihatinan sebagai strategi komersil era baru.

Apa yang membezakannya dengan keusahawanan konvensional yang lebih terarah keuntungan ‘monitery’ semata-mata, adalah sistem operasi perniagaan yang menjurus untuk membantu kelestarian alam sekitar, menyelesaikan isu sosial, pemerkasaan pendidikan serta pelbagai lagi konteks keuntungan perniagaan, komuniti dan juga negara.

Keusahawanan Sosial bukan Badan Kebajikan atau Non-Profit Body. Ada juga yang menyamakannya dengan Aktivisme, malah mendefinasikan perkataan ‘sosial’ kepada kegiatan 'aktivisme membendung gejala sosial'. Keusahawanan Sosial  merangkumi kepelbagaian aspek keperihatinan alam sekitar, pendidikan, sosio-masyarakat dan ‘goodwill’ perniagaan itu sendiri.

Paling penting perlu kita ambil kira adalah fakta kajian lapangan yang menunjukkan trending keusahawanan sosial bakal mengubah kepercayaan konvensional perniagaan beberapa tahun lagi. Kemajuan tidak dipengaruhi elemen teknologi semata-mata tetapi fahaman Millennials dan cluster generasi seterusnya yang cenderung menguasai keusahawanan sosial dalam aspek kerjaya. 

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,

Keusahawanan Sosial Dalam Model Perniagaan Kini


Kesedaran tentang Keusahawanan Sosial ini sebenarnya telah mula dirasai penghujung 90an di Barat. Pada masa itu saya menceburi bidang asset management dan bertugas ke beberapa negara di Eropah. Walaupun ia masih baru, beberapa negara di Eropah telah menubuhkan kementerian bagi menyelia program Keusahawanan Sosial bernilai ratusan juta dollar sebagai komitmen membangunkan usahawan tempatan dan masyarakat yang dinamik.

Antara contok terbaik menjadi rujukan pengkajian sosial adalah Restoran Fifteen di United Kingdom milik chef dan personaliti TV terkenal, Jamie Oliver. Ia merupakan restoran eksklusif bercitarasa tinggi, namun Restoran Fifteen ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda tersasar agar mempunyai skill memasak dan penyediaan makanan yang diiktiraf dan dibimbing menjadi insan berguna dan berjaya.

Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial,

Sebaliknya di Malaysia, saya ada beberapa senarai syarikat yang mengusahakan perniagaan disamping membuka peluang keusahawanan dan kerjaya sebagai latihan kepada insan-insan tersasar. Tapi sayangnya kebanyakkan mereka tidak mahu mendedahkan kepada umum disebabkan persepsi masyarakat yang boleh menjejaskan reputasi perniagaan.

Ada pelbagai lagi senarai Usahawan Sosial besar, sederhana dan kecil, tempatan dan antarabangsa sama ada mengusahakan Keusahawanan Sosial secara terus atau melalui jenis-jenis perniagaan yang dijalankan. Terdapat juga pelbagai inisiatif tempatan yang sebenarnya disediakan kepada anda yang berhasrat membangunkan kerjaya dengan memberkasa Keusahawanan sosial ini.

Justeru, aspirasi lanjutan akan saya kongsikan dalam artikel mendatang. Sebahagian penglibatan Keusahawanan Sosial yang diusahakan dalam segmen pembangunan sosio-remaja dan sosio-akademik juga ada saya abadikan di blog ini sebagai portfolio rujukan pembaca dan industri bersama pelbagai coretan jurnal blogger dalam aspirasi gaya hidup.


COMMENTS

BLOGGER: 16
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,126,English,18,Familia,36,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,110,Intervensi,27,INTI,38,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,146,MDEC,3,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,12,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,48,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,99,Sunway,11,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial
Perkara Kita Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial
Perkara yang kita perlu tahu tentang Keusahawanan Sosial, Social Enterpreneurship,
https://1.bp.blogspot.com/-AoCE8cpGn9c/WZJY6FX2xeI/AAAAAAAAQwk/iY_etX4GIWoQCVCeYZTCjDZYOWalGXeVACLcBGAs/s640/Social-Entrepreneurship2.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-AoCE8cpGn9c/WZJY6FX2xeI/AAAAAAAAQwk/iY_etX4GIWoQCVCeYZTCjDZYOWalGXeVACLcBGAs/s72-c/Social-Entrepreneurship2.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2017/08/perkara-kita-perlu-tahu-tentang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2017/08/perkara-kita-perlu-tahu-tentang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy