6 perkara perlu tahu membeli rumah townhouse
Membeli atau menyewa rumah townhouse dari laman seperti Property Guru merupakan peluang terbaik sama ada anda berhasrat menjadikannya sebagai pelaburan, rumah bermastautin tetap atau ‘weekday home’ yang berdekatan tempat kerja. Sekiranya anda pertama kali mencari townhouse, pasti anda tertanya apa bezanya membeli atau menyewa jenis-jenis hartanah yang lain dan apakah soalan yang sepatutnya ditanya kepada tuan tanah atau agen hartanah.
Berikut adalah faktor utama yang perlu diperhatikan sewaktu anda mencari rumah.
 
1. Kejiranan
 
Sebuah rumah townhouse berkongsi dinding dan persekitaran bersama komuniti. Oleh itu, amat penting untuk memastikan jiran tetangga tidak membuat bising yang melampau pada setiap masa. Adalah sebaiknya anda melakukan lawatan bersama agen hartanah dan bertanya kepada jiran di lokasi persekitaran. Maklumkan bahawa anda sedang meninjau hartanah di kawasan sekitar dan tanyakan tentang masalah tempatan yang patut anda ketahui. Sekiranya anda mendengar terlalu banyak cerita tentang permasalahan tempatan, parti yang mengganggu atau pelbagai maklumat yang tidak menyenangkan, ia merupakan ‘red flag’ untuk anda mencari lokasi yang lain.
 
2. Kos Penyelenggaraan
 
Terdapat pelbagai perdebatan tentang kebaikan dan keburukan rumah townhouse berbanding rumah-rumah biasa, tetapi ia kebiasaannya bergantung kepada keperluan peribadi. Kebaikan paling besar tentang rumah townhouse adalah penjimatan kewangan dan waktu terhadap kos penyelengaraan. Hanya sebahagian kecil ruang yang terlibat dalam persekitaran komuniti yang perlu diselenggara dan dijaga. Menjaga halaman yang luas dan rumah yang besar pastinya lebih mahal di lokasi urban. Memilih townhouse sememangnya menjimatkan kos penyelenggaraan dan waktu mengemas, tetapi ia juga mengurangkan privasi anda berbanding rumah biasa. Perhatikan kesemua faktor penjimatan kewangan dan masa dan pilih yang bersesuaian buat anda.
 
3. Komitmen Jangka Panjang
 
Walaupun bukan sebagai pelaburan, adalah penting untuk anda perhatikan apa yang anda mahukan dari townhouse anda untuk 10 atau 20 tahun kehidupan. Sememangnya mustahil untuk mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan tetapi sekurang-kurangnya jangkaan yang ada dapat memudahkan anda. Adakah satu masa nanti anda akan bersara dan berpindah ke rumah yang mempunyai halaman yang luas? Adakah anda mahu menjadikannya sebagai rumah tetap yang akan diwariskan kepada anak-anak? Adakah keluarga anda akan membesar dan menambahkan lagi townhouse? Sekiranya anda melabur, apakah jangkaan anda tentang pasaran beberapa tahun mendatang? Persoalan ini perlu diperhatikan demi keputusan membeli rumah yang sebaiknya.
 
4. Pencahayaan Semulajadi
 
Permasalahan lain tentang rumah yang berkongsi dinding adalah tentang cahaya yang hanya diperolehi dari dua bahagian rumah sahaja. Kebanyakkan arkitek akan memerhatikan perkara ini sama ada dengan memasang ‘skylight’ dan memastikan bahagian dalam rumah mendapat pencahayaan sebaiknya. Terdapat pelbagai lagi cara dalam memastikan lebih banyak pencahayaan di rumah, tetapi anda perlu juga memastikan agar pencahayaan tersebut tidak merosakkan keselesaan rumah anda.
 
5. Lokasi
 
Ia merupakan faktor terpenting dalam pemilihan rumah. Townhouse berdekatan dengan kawasan kedai, restoran, sekolah dan pusat perniagaan disamping memperolehi persekitaran yang lebih luas berbanding apartment. Tetapi walaupun begitu, perhatikan sebaiknya lokasi townhouse tersebut agar ia benar-benar memudahkan anda. Sekiranya pekerjaan atau persekolahan anak-anak anda memerlukan perjalanan pemanduan atau pengangkutan awam, kajilah terlebih dahulu tentang faktor trafik dan kepadatan pengguna pengangkutan awam yang ada serta anggaran kos yang diperlukan setiap bulan. Sekiranya ia membebankan, anda perlu memikirkan semula lokasi anda. Sekiranya anda membeli sebagai pelaburan, kajilah kawasan mana yang popular dengan penyewa, nilai hartanah dan perkhidmatan terdekat yang anda boleh maklumkan kepada penyewa berpotensi.
 
6. Kemudahan
 
Setiap rumah townhouse mempunyai kemudahan yang berbeza, oleh itu anda perlu memastikan sama ada rumah townhouse yang anda pilih mempunyai kemudahan yang anda perlukan termasuk tambahan lain yang
menyenangkan lagi anda. Kemudah merangkumi tempat letak kereta atau garaj dan mungkin pusat jagaan kanak-kanak termasuk yang kurang penting seperti kolam renang, tennis, kelab sosial atau taman permainan. Kesemuanya bergantung kepada situasi anda dan pastikan setiap kemudahan yang anda perlukan ada disediakan.
 
Perkara diatas merupakan idea pandangan penting tentang apa yang perlu anda perhatikan sewaktu memulakan pencarian membeli atau menyewa rumah townhouse. Perhatikan kesemua faktor tersebut demi memastikan anda memperolehi rumah townhouse yang bertepatan untuk anda, keluarga, ataupun penyewa anda.
 
 

19 Thoughts to “6 Perkara Perlu Tahu Apabila Membeli Rumah Townhouse”

  1. Townhouse adalah pelaburan yang tidak merugikan, kalau ada duit lebih la.

  2. Lokasi amat penting, apa lagi kalau beli untuk pelaburan.
    Tapi, rupanya ada banyak lagi faktor yg perlu diketahui. Kena belajar dgn sifu nih :3

  3. membeli properties begini ada untungnya jika kena pada cara..harga bisa naik dan tak mustahil bisa turun jika keadaan ekonomi sekarang menentu…

  4. lokasi cantik, tapi harga pula mahal.

  5. Terima kasih atas perkongsian KK, teringin gak nak rumah kedua yang berbeza dari rumah sekarang…

  6. Terimakasih untuk informasinya pak, sangat bermanfaat sekali. Izin share ya? 🙂

  7. sblh tmn sy skrg ni ada 20 unit townhouse… mmg cantik. sy suka sgt2 kalu ada $$ lbh mmg sy sambar rumah tu… hehehe

    salam muncul kembali 😉

  8. Sekarang pun developer banyak dah buat townhouse kan?

  9. urmm..takat ni masih belum mampu nak beli rumah hehehe

  10. A really good info. Utk org bujang memang sesuai sangat townhouse actually

  11. Pernah dengar Townhouse ni…tapi tak biasa masuk pun..

  12. Rata-rata rumah jenis townhouse yang saya jumpa pun banyak dah menyediakan kemudahan untuk kanak-kanak bermain, bagus la macam tu

  13. Apa pandangan tuan dgn townhouse Citra Embun, Seri Pajam di Pajam? Berdekatan dgn toll Nilai dan Toll Pajam.. Adakah perlaburan yg berbaloi?

  14. townhouse eloklh dibeli sbg pertempatan atau pelaburan tapi kena perhati juga apa sajamengenainya

  15. Townhouse memang menarik. Tapi bab privacy tu sgt kurang. Lagi2 kalau berkongsi dengan keluarga yang suka buat bising.

  16. Terima kasih atas tips yang membantu .

  17. Angelo

    Cotton Care provides you an onsite sofa cleaning service regardless of the material and style your sofa has. We promise to give you the best sofa cleaning quality service to keep your sofa comfortable for you.

  18. nordzila

    saya terlibat dengan pengurusan strata.. dalam menguruskn bgn berstrata ni…. masalah yg paling kritikal kebanyakan datang dari konsep perumahan TOWNHOUSE… masalah paling biasa ialah:
    1-penyelenggaraan yang confuse
    2-x berjya tubuh JMB/MC sbb pemilikkan bagi 1 lot tanah tidak capai peruntukn akta 757. masalah ni pling serious sbb kalau timbul apa² masalah pengurusan tak tahu nak mengadu di mana. paling biasa pergilh tribunal bgn strta (kalau dlm keadaan biasa COB akan bagi nasihat dulu)
    dan banyak lagi…

    so kalau nak beli perumahan TWH selidik betul²

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.